Selasa, 1 Februari 2011

KISAH `LEMBU 1 MALAYSIA'

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLALU banyak Allah telah tunjukkan pada kita untuk kita berubah. Allah tunjuk satu persatu puak sekutu Apco ini buat kerja, namun kita masih bertahan dengan `ketuanan Melayu' kita.

Baru malam tadi dikatakan harga minyak Ron 97 dinaikkan. Sebelum ini Ron 97 dan Ron 95 sudah naik beberapa kali. Menang sahaja PRK Dun Tenang, puak tersebut menunjukkan ego mereka kerana rakyat telah berjaya diperbodohkan. Tidak lama lagi, ada lah Menteri yang akan kata itu bukan kenaikan harga minyak, itu cuma pelarasan sahaja. Kita pun menjadi lembu mendengarnya.

Masih tak kita ingat, sewaktu Ron 97 dinaikkan sebelum ini, Muhyiddin kata tidak mengapa Ron 97 naik harga kerana majoriti rakyat menggunakan Ron 95. Belum kering bibir Muhyiddin bercakap, diumumkan di tengah malam buta bahawa minyak petrol Ron 95 dinaikkan. Kita pun menjadi lembu lagi.

Semasa kempen PRK Duin Tenang, Chua Soi Lek menghina hukum Islam, kenyataan Chua Soi Lek sedikit pun tidak masuk ke dalam hati dan jiwa kita. Kita lebih suka menyalak pasal pemimpin DAP masuk masjid untuk memberikan sumbangan kepada surau dan masjid. Memang kita mempunyai otak lembu. Terbaru pula, Tuan Guru Nik Aziz membawa masuk berbelas kaum India ke dalam masjid. Majis Fatwa tidak mahu bersidang ke? Geng-geng songkok hitam tinggi macam menara KLCC tidak mahu berdemontrasi ke?

Selepas ini, akan ada lagi PRK Dun Merlimau. Kita tidak tahu berapa ekor lembu pula yang ada di sana. Apa yang pasti, jika puak sekutu Apco itu menang, kita pasti akan mendapat `bonus' lagi seperti yang baru kita dapat malam tadi./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Negara ini bakal menghadapi inflasi kesan dari tangan pemerintahan UMNO ini.

    BalasPadam
  2. Takpa lahhhh bukan saja minyak semua naik pun takpa pangkah lagilah BN tu....

    BalasPadam
  3. Kita sibuk cerita pasal minyaklah...pasal politiklah....tapi kau orang sedar tak yang rakyat malaysia sekarang sebenarnya hidup dalam ketakutan dalam negara sendiri. Silap haribulan kena ragut....silap haribulan kena ugut mintak duit...silap haribulan kereta kena curi...silap haribulan rumah kena rompaklah...Ini semua kerana terlampau banyak orang asing dalam negara kita...kau ingat dia orang datang tu semua nak kerja ke???Ada penyamun dari negara asal datang sini tujuan menyamun..kemudian balik negara dia. Contoh..dulu indon jalan kaki...sekarang dah banyak pakai kereta...ada permit...ada lesen ke tidak aku tak tahu...tetapi mereka dah boleh bergerak dari negeri ke satu negeri pakai kereta dalam kerja-kerja rompakan. Takkan polis dan kerajaan tak sedar perkara ni...berapa banyak kejadian rompakan melibatkan orang indon yang memandu kereta...sedar tak...kalau sedar ambillah tindakan segera sebelum rakyat bertindak sendiri....

    BalasPadam