Selasa, 15 Februari 2011

MEREKA BUKAN BLOGGER SPESIS KATAK....

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, Blogger pun tak larat tunggu lantas ada yang angkat kaki. Aku ingatkan Adun atau MP je yang tak larat. Tapi Blogger yang keluar seorang dua ni jauh lebih mulia dari beberapa ekor Adun dan MP yang menjadi katak tu.

Blogger yang keluar dari menyokong PKR, mereka lebih bermaruah dari Adun ataui MP yang melompat dari PKR. Setakat ini mereka masih bersama PR, dan mereka masih komited untuk menghancurkan Umno/Bn. Mungkin ada hikmahnya kepada PKR kerana sebagai sebuah parti yang dulunya begitu lemah, kini semakin kuat sudah tentu banyak perkara yang PKR kena pelajari dan ketahui.

Ada yang keluar kerana Anwar, ada yang melompat kerana Azmin dan ada juga yang merasa tersisih kerana rakan mereka yang lain lebih maju ke hadapan. Itu lumrah. Tidak kurang juga ada yang tidak habis-habis menuntut itu dan ini kerana mahu agar perjuangan dan pengorbanannya diberi pembalasan yang sewajarnya oleh parti. Pemimpin pula, tidak merasa takut untuk berjanji sedangkan mereka tahu bukan mudah mahu tunaikan janji.

Alahai, terpulanglah. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, tindakan pemimpin di dalam PKR dan kita sebagai pendokongnya sedikit sebanyak membuatkan beban Umno semakin ringan. Buatlah keputusan dengan bijak. Menarik benang di dalam tepung, benang tidak putus, tepung tidak berselerak....

1 ulasan:

  1. aku tabik dgn blogger dua org ni...prinsip hidup mereka tetap ada walaupun kecewa..tetapi dalam hidup ni kita tak dapat nak puaskan semua org,ni yg ALLAH dah nyatakan dalam Al-Quran..kadang2 pengorbanan kita tak diperlihatkan oleh ALLAH,tetapi kadang2 kita sendiri terkorban...tetapi yang penting kita ikhlas...keikhlasan itu dah ALLAH tunjukkan pada 2org bolgger bahawa perjuangan mereka tetapi disanjung tinggi oleh org lain...jgn kita harap pemimpin pandang kita...mereka terlalu byk utk berfikir sbb itulah mereka terpaksa lantik pembantu utk jadi mata dan telinga mereka agar mereka tidak terlepas pandang dan dapat kurangkan kesilapan kerana kesilapan itu sentiasa ada pada setiap insan...jadi pembantu mereka ini lah yg memainkan peranan penting agar ketika pemimpin ini diatas mereka sentiasa di ingatkan agar tidak lupa janji2 mereka dan juga menjaga perasaan kwn seperjuangan termasuk kaum keluarga mereka sendiri....kerana byk benda penting yg mereka kejar tetapi yg amat penting dalam hidup pemimpin ini pasti terlepas pandang...jadi kepada para pembantu kepada pemimpin jgn asyik ketepikan rakan2 dan keluarga pemimpin ini...kerana mereka lah yg byk membantu pemimpin,so selalulah ingatkan pemimpin kita itu....agar mereka tidak di salah anggap hingga dikatakan sombong atau mcm2 sedangkan mereka tidak tahu hujung pangkal cerita...jgn lah juga pembantu kepada pemimpin ini bersikap kroni juga kerana ini yg menghancurkan pemimpin kita...TQ

    BalasPadam