Khamis, 10 Februari 2011

PEMIMPIN TERLAMPAU MCA YANG HINA ISLAM KINI DIAMBANG KEJATUHAN?

Puak anti-Chua bersiap sabotaj EGM

Kuek Ser Keng Kuang
Feb 10, 11

ANALISIS Setelah gagal untuk menarik sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya kecil DUN Tenang, presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kini berdepan pula dengan satu lagi cabaran dari dalam partinya sendiri - yang boleh mengancam kepimpinannya.

Jawatankuasa pusat (CC) parti itu sedang menimbang untuk membuat pindaan terhadap perlembagaan parti untuk membolehkannya menangguhkan pemilihan parti, di semua peringkat, yang dijadual berlangsung bulan depan.

Bagaimanapun, ia perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan memperolehi majoriti dua pertiga bagi membolehkan ianya dilakukan.

tenang by election day 1 230111 chua soi lek campaigning 3Difahamkan, puak anti-Chua dalam parti tersebut itu pula mahu mensabotaj cadangan mengadakan EGM tersebut, sebagai langkah pertama untuk menggerakkan momentum yang diperlukan untuk mencabar kepimpinan Chua (kiri) dalam pemilihan parti yang akan datang.

Menurut sumber-sumber dalaman, para penyokong bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Ong Ka Ting - kedua-duanya tewas kepada Chua dalam pemilihan parti 2010 serta abang Ka Ting, Datuk Seri Ka Chuan, yang tewas bagi jawatan timbalan presiden - kini mencari peluang untuk kembali.

"Ka Chuan dan Ka Ting serta Tee Keat masih menguasai 600 hingga 700 perwakilan. Sekiranya mereka bergabung, Chua mungkin tidak akan memperolehi sokongan dua pertiga di EGM," kata seorang pemimpin parti itu yang tidak mahu namanya disebut.

"Orang Chua kini sedang melobi penyokong Tee Keat dan adik beradik Ong."

MCA mempunyai 2,377 delegasi pusat dan Chua perlu memperolehi sokongan sekurang-kurangnya 1,585 perwakilan untuk melepasi sokongan dua pertiga.

Di bawah perlembagaan, parti hanya boleh memutuskan sama ada untuk menangguh pemilihannya jika ianya dalam tempoh 42 bulan selepas pilihan raya umum lalu. Tetapi pemilihan parti itu dijadual berlangsung bulan depan, dan ianya hanya 36 bulan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Oleh itu, MCA perlu meminda perlembagaannya jika ia mahu memendekkan syarat tempoh tersebut kepada 36 bulan, bagi menangguhkan pemilihan parti./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan