Selasa, 8 Februari 2011

PENULIS SERANG MSO, MENGAPA SERANG ANWAR SERENTAK?

Aku ada baca tulisan seorang penulis bernama Zahash di Tranungkite, yang mengkritik MSO kerana dikatakan MSO ini memperbodohkan Presiden PAS Tuanm Guru Hj Hadi. Aku setuju banyak tentang pendapatnya itu, bahkan aku juga tak setuju sebodoh itu MSO nak perbodohkan Tuan Guru Haji Hadi hanya kerana PAS tewas di dalam Pilihanraya.

Cumanya aku bengang sikit dengan penulisan Zahash tersebut apabila beliau ingin mempertahankan Presiden PAS, beliau memburukkan DS Anwar pula. Beliau menyebut DS Anwar suka buat keputusan sendiri. Benarkah begitu atau hanya satu dakwaan? Adakah beliau punyai fakta tentang tuduhan beliau terhadap DS Anwar?

Jika kerana beberapa MP dari PKR keluar parti boleh dianggap DS Anwar lemah dan tidak boleh dipercayai, bagaimana dengan PAS yang dahulunya kehilangan Presiden mereka sendiri seperti Datuk Asri Muda? Bagaimana dengan keluarnya Naib Presiden PAS seperti Us Nakhaie dan beberapa orang lagi? Adakah PAS tidak boleh dipercayai ketika itu? Mengapa PAS bertambah kuat sekarang? Ini bermaklna, PAS telah alami proses itu dan banyak belajar dari proses itu untuk menjadi lebih kuat sekarang. Maka, apa salahnya kita anggap PKR juga seperti PAS sewaktu dulu apatah lagi PKR terlalu muda jika dibandingkan dengan PAS dan DAP.

Bukankah DS Anwar sendiri secara terbuka mengakui kelemahannya dan akan belajar dari apa yang berlaku di dalam PKR? Maka, bijakkah kita memburukkan DS Anwar setelah ada serba sedikit jasanya kepada kekuatan PAS? PAS juga mempunyai jasanya kepada PKR, begitu juga dengan DAP. Mengapa kita mahu menembak satu musuh di depan, kita mesti menembak rakan kita di sebelah serentak dengan musuh? Bijakkah kita?/budakmental.blogspot

11 ulasan:

  1. tanya chegubard ler tentang dosa-dosa anwar yg byk itu. chegubard saja tak mahu dedahkan untuk kestabilan pkr.

    tetapi anwar tetap dgn perbuata hinanya macam dulu

    BalasPadam
  2. Tanpa nama,

    tak payah tanya chegubard. Semua orang tau Anwar. Tapi PAS telan jer sebab dia perlukan duit Anwar.

    BalasPadam
  3. sian kat penyokong2 umno nii.. otak kosong, tp berlagak mcm pandai berhujah...

    BalasPadam
  4. alahai luncai dan tanpa nama, kalau betul napee tak letak bukti..ada boleh tunjukkan bukti kee atau kalau takde bukti memang korang ni kaki fitnah dan kaki bodek yang terima bulat2 apa orang cakap..
    orang cam korang niee mana ada pegangan cam lalang, lebih teruk dari munafik..
    taubat lahhh..lebih baik diam dari pedulikan perkara yang tak bersangkutan dengan diri sendiri..

    BalasPadam
  5. no 1-aku sokong apa yang ditulis mengenai Anwar kadang kadang membuat keputusan ikut otaknya sendiri.
    Wfaudin,kau tak perlu pertahankan kerana Anwar sendiri pernah mengakuinya.Contoh terbaharu Ketua PKR Sabah yang letak jawatan.
    Namun satu kebaikan Anwar,dia manusia yang bolih ditegur dan di kondem.
    no 2-Balaci balaci umno ini termasuk luncai luncai memang merayau merata rata.Depa ni tak banyak kerana spesis ni dah pun nak pupus,tapi bagi menunjukan depa banyak,penyamaran atas nama ANON perlu diperbanyakan,hakikatnya orang yanag sama.
    Depa tau kekuatan Pakatan kerana TGNA,TGHA, DSAI dan LGE.So sebab tu depa meroyan gaban,kerana depa tau selagi manusia macam pemipin Pakatan ini masih ada,susah sikit BN-umno nak perbodohkan rakyat kecuali yang macam depa.
    Depa tu jenis cari makan.

    BalasPadam
  6. JAP SP,

    KEKUATAN PAKATAN ? KALAH, KALAH,KALAH. ITU PETANDA KEKUATAN YER..

    KALAU GITU, LEPAS NI KUAT PULAK DI MERLIMAU.

    BalasPadam
  7. BN kuat sebab dia guna semua media baik tv, akhbar dan agensi2 kerajaan untuk tolong menipu rakyat bagi pihak BN. Kalau BN tak guna semua media tu, aku berani kerat jari BN akan menang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempit betul fikiran awak tu...PKR ada akhbar, bloggers dan ribuan ceramah sana sini. Bukankah ini media saluran utk PKR. Masalahnya semuanya penipu dan pembohongan!!he..he..he..

      Padam
  8. Sape la yang bagi alasan bodoh dan lapuk tu... Alasan "tak nak dedah jer"... Lancau luuuu... Klu ada bukti dah lame anuar kene. Sampai kan tilam buruk pun masuk mahkamah nak bagitau hakim anuar salah... Ape la bodoh sangat penyokong umno bg alasan

    BalasPadam
  9. PM ckp aritu dia bole bagi nuar demam... sampai skrg aku ngah tunggu PM demamkan nuar

    BalasPadam
  10. Penyokong PKR sentiasa mempunyai tahap pemikiran yg cetek. Sentiasa menyimpan berperansangka buruk terhadap org lain, resah dan gugup bila berdepan dgn penyokong parti lain lebih-lebih lagi bila sebut UMNO!. Terimalah hakikatnya DSAI tu hanya penyanggak yg berjuang utk dirinya. Perjalanan hidup dan partinya kian menghitung hari utk `dikuburkan'.

    BalasPadam