Rabu, 16 Februari 2011

PKR HARUS MENGALAH ASALKAN PR BOLEH MENANG

Oleh: WFAUZDIN NS

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali bahawa satu cabaran baru buat PR di dalam pengagihan kerusi di antara mereka setelah situasi kini berlainan di mana PAS sekarang semakin diterima oleh pengundi-pengundi bukan Melayu. Keputusan PRK Dun Tenang baru-baru ini sebagai penunjuk bahawa formula pembahagian kerusi di kalangan parti di dalam PR harus diteliti dan dikaji semula.

pkr congress pc 271110  azmin"Tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. Sekarang, PAS juga mahu kawasan bercampur," kata Azmin (Malaysiakini).

Di dalam PRK Dun Tenang baru-baru ini, calon PAS Puan Normala Sudirman tewas apabila 83.3 peratus sokongan Melayu pergi kepada BN, manakala pengundi-pengundi di kawasan majoriti Cina memilih PAS. Inilah keajaiban kuasa Allah yang dulunya Umno, MCA dan Gerakan tidak pernah terfikir. Kita sendiri pun tidak pernah terfikir bagaimana kaum Cina lebih yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Orang-orang Melayu kebanyakannya masih mengira tentang siapa yang boleh mengisi perut mereka, orang itu lah yang akan disokongnya.

Justeru itu, memang wajar PAS diberi peluang yang berbeza selepas ini. Tidak salah jika PKR mengalah sedikit asalkan PR berjaya. Jangan terlalu berpegang kepada formula yang mungkin sudah tidak releven lagi pada waktu sekarang. Perubahan formula dan strategi di dalam menghadapi PRU Ke 13 nanti juga boleh mengelirukan pihak musuh kita. Letakkan matlamat PR mesti menang tanpa mengira yang menang itu adalah dari PAS, PKR mahu pun DAP. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Isn't Bukit Gantang, K. Terengganu and Permatang Pasir a mixed constituency?
    PAS is able to win the hearts of all races, not just Chinese
    It will be interesting to see PAS compete in more urban areas
    I propose that PAS contest for the Port Klang seat if a by election is called by the EC

    BalasPadam