Isnin, 7 Februari 2011

THEMA MAULIDUR RASUL - 1 MALAYSIA 1 UMMAH, BERTENTANGAN DENGAN ISLAM?

Oleh: WFAUZDIN NS

SLOGAN `1 Malaysia 1 Ummah' dikatakan menjadi thema sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini. Biasalah, kerajaan sekarang semuanya mahu dijadikan `1 Malaysia' dengan berbagai jenama `1 Malaysia' di tempelkan. Apa yang tidak kena dengan thema `1 Malaysia 1 Ummah' ini?

Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kununnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.

Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut ugama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan ugama yang lainnya.

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampor adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?

Saya merasakan thema sedemikian tidak tepat samasekali malahan ianya amat bertentangan. Umat Islam tidak boleh disamakan dengan Umat ugama lain, jauh sekali untuk disatukan. Saya berharap agar pihak-pihak berkenaan lebih berhati-hati dengan memilih thema bagi program atau sambutan keagamaan yang melibatkan ugama Islam yang maha suci ini. Jangan kerana terlalu inginkan kemegahan di dalam jenama 1 Malaysia, kita satukan kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Saudara admin, ummah melibatkan smua bngsa dan agama dlm ssbuah negara.. C0nt0hnya dlm perlembagaan madinah y dipimpin Rasulullah, k0nsep Ummah turut melibatkan bangsa Yahudi...
    Saya setuju dgn k0nsep 1ummah tp xsetuju dgn 1Malaysia y masih kabur hala tujunya...

    BalasPadam
  2. apakah maksud ummah? Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud
    1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam).
    2. Seluruh rakyat atau orang banyak.
    3. Segolongan manusia atau bangsa.
    (Rujukan DBP)
    OK DARI MAKSUD UMMAH INI KITA BOLEH TGK MANA SATU "1MALAYSIA 1UMMAH" INI YG DIGUNA PAKAI..KALAU MENGIKUT FAUZDIN BELIAU MEMILIH "1UMMAH" TERGOLONG DALAM NO.1 DAH TENTU SAYA JUGA TIDAK SETUJU SEBAB IA MEMBAWA KEPADA 1AGAMA ATAU 1ANUTAN AGAMA...TETAPI KONSEP INI MEMBAWA KEPADA NO.2 DAN NO.3 SUDAH TENTU MASIH BOLEH DIGUNAKAN.TETAPI BAGI NO.2 DAN NO.3 TELAH PUN DIMAKSUDKAN DALAM '1MALAYSIA' JADI TIDAK MUNGKIN '1UMMAH' MEMBAWA MAKSUD YG SAMA,SO SAYA JUGA RASA IA MEMBAWA MAKSUD NO.1 TADI,MAKA SAYA PUN TAK SETUJU MAKSUD INI SAMA SEPERTI FAUZDIN KATAKAN KERANA TERANG2 IA MEMBAWA MAKSUD 1 AGAMA.KERANA TAK MUNGKIN MEREKA NAK BAGI MAKSUD YANG SAMA.HASIL RUJUKAN DBP INI PENTING UNTUK TERJEMAHAN BAHASA MELAYU YANG KITA CINTAI..SO MINTA SANGAT KERAJAAN MALAYSIA NI JANGAN MAIN SEBUT AJE UNTUK BUAT SELOGAN, ASAL SEDAP TERUS NAK BUAT SELOGAN..JANGAN JADI PEMALAS UNTUK MEMBACA DAN BUAT KAJIAN DALAM B.MELAYU,KITA NI RAMAI SASTERAWAN YANG TERNAMA..RUJUK PADA MEREKA INI...INGAT..SEBAB KITA "1MALAYSIA" TAK SEMESTINYA "1KEPALA" ATAU "1PENDAPAT",YANG SALAH KITA TEGUR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BUKAN UNTUK JATUHKAN KERAJAAN...SO MMG TEPAT TEGURAN FAUZDIN INI...MINTA TINDAKAN SELANJUTNYA DIUSULKAN....

    BalasPadam
  3. kalau 1 malaysia ..1 masjid..
    amacam?...boleh tak?..

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  4. Ayuh bangun, lanyak slogan mereka yang sesat macam melanyak 'Santa Claus' Bersongkok Aidilfitri.

    BalasPadam
  5. saya pernah terbaca di online tentang "1" nie..tp saya dah lupa tajuknyee..secara am saya boleh bagi tau kalau sapa2 yang rajin tu sila rujuk pada "dasar2 luar negara US Israel".dlm bahasa ing.ada diceritakan tentang "1" nie..kalau ada sesiapa yang terjumpa artikel tu wajib tunjukkan pada rakyat Malaysia agar jangan jadi bodoh dan diperbodohkan..MasyaAllah, kalau siapa2 yang baca artikel tu rasanya macam nak mengamuk kat yahudi..tp apa boleh buat semuanya dalam perkiraan Allah, mungkin disebabkan slogan "1" nie lee punca makhluk benci dan akan membunuh semua yahudi dibumi nie..
    rujuklah..

    BalasPadam