Ahad, 6 Mac 2011

AKHIR ZAMAN, ORANG BUAT BAIK LAGI KUAT DIFITNAH

Guru tampil 'selamatkan' Tuan Ibrahim

Mac 5, 11

Seorang guru tampil mempertahankan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang didakwa membeli tanah seorang peneroka Felda dengan menggunakan nama isterinya.

Pendidik itu - Ibrahim Osman - mengakui membeli tanah itu dengan meminjam duit pemimpin popular PAS itu, lapor Harakahdaily.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya.

"Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

Sehubungan itu, beliau berkata dukacita kerana bantuan Tuan Ibrahim itu kini "bertukar menjadi satu fitnah".

Utusan Malaysia versi dalam talian hari ini melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tuan Ibrahim tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah yang kesempitan dengan membeli tanah mereka.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang hadir sama dalam sidang media itu dilaporkan berkata tidak mempunyai apa kaitan dengan isu ini.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata./Malaysiakini

5 ulasan:

  1. AKU KELIRU NI. MACAM MANA ORANG ZUHUD MACAM TUAN IBRAHIM BOLEH ADA TERLALU BANYAK DUIT.
    KENAPA TUAN IBRAHIM PERLU GUNAKAN NAMA ISTERINYA SEDANGKAN DIA TERKENAL IKHLAS MEMBANTU?

    APA RASIONALNYA ORANG KAMPUNG YANG SUSAH DIPAKSA BUAT TABUNG BULUH UNTUK PAS SEDANGKAN PEMIMPIN KAYA RAYA?

    BalasPadam
  2. bongok nye luncai ni Tuan Ibrahim tu Bekas Pensyarah Kanan UITM le..

    BalasPadam
  3. lobai joram pergai..6 Mac 2011 pada 1:33 PG

    Jgn layan luncai neh bro..
    Xder duit dia kutuk,byk duit pun salah..
    Jgn la nk samakan org lain dgn pemimpin UMNO yg ada keta mewah smpai 40 bijik tuh..
    Org zuhud neh Allah dh berikan rezeki,yg luncai neh pendek akal sbb x yakin dgn rezeki Allah igt org klu x sembah UMNO x dpt rezeki..bodo punya mentaliti..Baca kasi habis la Posting neh,mcm budak lembab yg x dpt abiskan bacaan karangan jer..
    Buat malu jer ada sedara seagama yg mcm neh punya pemikiran..
    Balik pg belajar la agama dari buat dosa buruk sangka dgn org bertakwa..
    Byk2 la amal,baru la nampak rezeki Allah neh luas dari menadah tangan kt UMNO jer..

    BalasPadam
  4. maka terjunlah luncai bsama2 labunya....

    BalasPadam
  5. hahaha..beli rm35k, tuan ibrahim ni jual balik ngan harga 80k..pergghhh kaya betul along pakai kepiah ni..

    BalasPadam