Jumaat, 18 Mac 2011

DEMO SOKONG ANWAR BERTEMBUNG DEMO PENGIDAM `DNA' ISNIN INI

Fitnah II: Gapet anjur demo sokong Anwar, lawan Gaps
KUALA LUMPUR: Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet) akan mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada Anwar dalam menghadapi kes Fitnah II.

Perhimpunan aman tersebut dijangka berlangsung di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada hari Isnin 21 Mac, 2011.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan menolak bukti yang diperoleh secara muslihat dan tipu helah dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa, sewaktu bercakap kepada KeadilanDaily.com berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai isyarat jelas dari rakyat bahawa Anwar mendapat sokongan padu segenap rakyat dalam menghadapi fitnah tersebut.

“Kita dengan tegas mahu mereka tahu bahawa Anwar bukan sahaja tidak perlu memberikan sampel DNA-nya kepada mahkamah tetapi kes itu juga perlu digugurkan dengan segera,” kata Fariz.

Menurutnya lagi, berdasarkan risikan yang diterima Gapet, NGO perkauman Melayu iaitu Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pekida dijangka turun berdemo untuk menimbulkan huru-hara pada masa dan tempat yang sama.
Oleh itu, Fariz berharap ahli KEADILAN dapat hadir seramai yang mungkin bagi menyatakan sokongan mereka kepada Anwar pada hari Isnin depan/KeadilanDaily

3 ulasan:

  1. PDRM AKAN KACAU DAN TANGKAP RPO ANWAR TAPI TENUK GENG PRO DNA AKAN BEBAS SESUKA HATI !

    BalasPadam
  2. Semoga Allah membuka jalan sebaik-baiknya buat kita semua. Guru pencen sikit.

    BalasPadam
  3. Hari ni Sekolah Baru Nak Buka Bagi Penggal ke 2,
    Lebih Berfaedah Tumpukan Ke Sekolah Dari Ke Mahkamah kalau bukan kita yg dibicarakan.
    Nanti Tak Pasal2 Masuk Lokap,Yg Pastinya Dapat Mandi Free Dgn Polis.

    Beginalah...
    1. Kalau Iapun DSAI Meliwat SayFool,Sebagai
    Org Islam,Hukumannya Bukan Selesai Di Dunia
    Sahaja,Di Akhirat Nanti Akan Tetap Diadili
    Olih Allah Juga.
    2. Kalau DSAI Di Fitnah,Yg Memfitnahnya itu
    Mungkin akan Terlepas Hukuman Didunia ini,
    Dan Akan Berhadapan Dengan Hukum Allah di
    Akhirat Nanti.
    3. Kita Yg Tak Terlibat Dlm Masaalah Ini,Tak
    Sepatutnya Ikut Campur Dlm Masaalah Ini,
    Sebaiknya Berdoa Agar Allah Tunjukkan Jln
    Yg Benar Pd Mereka2 Yg Berkenaan.Ini Bagi
    Mengelakkan Kita Turut Sama Di Adili Di
    Mahkamah Allah diPdg Mahsyar Nanti.
    4. Sesungguhnya Memfitnah itu adalah amat di
    Benci Allah.

    BalasPadam