Khamis, 17 Mac 2011

DIBENCI, NAMUN KU MERINDUINYA....

HARI ini aku menyambut Hari Ulangtahun Yang Ke 45. Alhamdulillah, aku masih diberi ruang di muka bumi ini untuk terus melakukan yang terbaik dan aku pohon pertunjuk dari Yang Maha Esa. Terima kasih buat teman-teman yang mengingati dan memberikan ucapan serta doa di hari ulangtahun ku ini melalui FaceBook dan SMS. Teristimewa buat isteri tersayang yang awal-awal lagi mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada ku.

Semoga kita terus diberi pertunjuk oleh Allah di dalam mengharungi masa-masa yang akan datang. Tidak pernah terlintas untuk menjadi penulis blog amatur seperti sekarang kerana aku bukannya dididik sebagai penulis. Mungkin kerana sejak usia remaja lagi aku berminat mengikuti perkembangan politik tanahair dan suasana politik yang semakin mencabar membuatkan aku ingin turut menyumbangkan sesuatu. Aku tiada kebolehan atau bakat lain untuk memberikan sumbangan, sekadar coretan kosong yang tidak semua orang menyukainya. Itu lumrah.

Aku tidak terlepas dari dikatakan sebagai Penulis Upahan, dimaki dan dihamun kerana penulisan di blog ini. Itu juga lumrah bagi sesiapa pun sebagai Penulis, apatah lagi orang yang tidak berpelajaran tinggi sepertri aku. Apa yang penting, aku ingin sampaikan apa yang aku rasa betul pada diri aku sendiri. Tiada paksaan untuk sesiapa menerimanya. Aku bersedia berkongsi pandangan dan bersedia juga untuk menjawab hujah selagi ada kemampuan.

Di sepanjang usia ini, mustahil aku tidak melalui suasana pahit dan manis. Namun, aku bersyukur kerana masih punyai kekuatan untuk menghadapi semuanya itu. Penulis bodoh seperti aku umpama orang yang bercinta. Ada ketikanya kita mencintai seseorang, tetapi cinta kita ditolak. Biarpun ditolak, kerinduan tetap membara. Penulis juga begitu, ada ketikanya penulisan kita dikritik dan dimaki hamun, namun aku tetap merindui penulisan ini.

Mudah-mudahan aku terus tabah, dan aku mengharapkan doa kelian untuk aku terus menulis..../wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

  1. 'Penulis bodoh seperti aku umpama orang yang bercinta'! Tuan bukan penulis macam media arus perdana yang kuat ampu & bodek tapi fakta terbukti bukan fitnah ! Syabas dan tahniah ,teruskan lagi kerja-kerja membongkar dan mendedahkan kemungkaran,kebejatan dan kelentongan parti sekutu apco arus jahiliah dan pengampu-pengampu nya !

    BalasPadam
  2. he he sama umur pulak kita,semoga di berkati.

    saya silent reader blog dan tulisan tuan.dan menyokogn hampir semua tulisan tuan.

    saya ahli pas

    BalasPadam
  3. Khalid berkata....
    Selamat Hari Lahir, moga diberkati.
    Biar 'cinta' ditolak, dinista hina. Itu resam manusia . Allah mengetahui agungnya 'cinta ' kita.
    Teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  4. Salam,

    Saya bukan la pembaca yang menyokong semua tulisan saudara & banyak kali menyanggah pendapat saudara & penyokong-penyokong fanatik PAS di ruangan ini.

    Walau pun bertentangan pendapat namun atas semangat persaudaraan sesama Islam, saya ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ke 45. Semoga saudara & keluarga di berkati Allah sentiasa.

    BalasPadam
  5. Selamat hari lahir saya ucapkan, pelajaran tinggi tidak menjamin ketangkasan berfifkir namun saudara bisa mencetuskan kontraversi yang membuatkan kita semua berfikir. Teruskan dengan tulisan anda.

    BalasPadam
  6. SELAMAT HARI LAHIR. MEMBACA TULISAN SAUDARA YANG INI MENGGAMBARKAN ' ADA BANTUAN ' YANG SAUDARA PERLUKAN . PERGILAH BERJUMPA KAUNSELOR UNTUK DAPATKAN BANTUAN PROFESIONAL.

    DAN AMAT PENTING, BILA KITA SERAHKAN DIRI KEPADA ALLAH, SERAHLAH DENGAN BULAT DAN JIWA HAMBA.

    ELAKKAN BERASA BAHAWA ' AKU' SELAMANYA BENAR.

    BalasPadam
  7. selamat hari ulang tahun buatmu wan,

    katakan dan sampaikanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit utk didengar...

    BalasPadam
  8. Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini. Teruskan bersama memberi pendapat dan kita kongsi semua pendapat demi kebaikan bsama. Terima kasih atas ucapan, ingatan dan doa dari semua. Semoga kita terus diberi pertunjuk oleh Yang Maha Esa...

    BalasPadam
  9. Malaysia Merdeka 1957 = 54Thn.
    Peristiwa 13 Mei 1969 = 42Thn.
    Anda Kini 17 Mac 1966 = 45Thn.

    KATA Tun Mahathir : MELAYU MUDAH LUPA
    Melayu Manakah Yg Dimaksudkan Itu???

    Apakah yg mampu diperkatakan olih Generasi Yg Lahir Selepas Merdeka seperti anda,Betapa susah dan Peritnya Melayu ketika dibawah Pemerentahan Jepun,susahnya makan ubi kayu,
    susah tinggal di negara sendiri pd zaman itu.

    Bagaimana Bersememangatnya TGNA & TM,ketika itu berjuang Menuntut Kemerdekaan,Mereka ini juga Pernah Sebaya Anda ketika itu.

    Apakah yg mampu dikhabarkan tentang peristiwa hitam 13Mei 1969,ketika itu anda baru berusia 13 Thn.(Sekadar Hear-Say sahaja)

    Ops Lalang Okt 1987,anda berusia 21Thn.
    Jika tidak ditangani akan mengakibatkan ber
    ulangnya 13Mei,apa yg difahamkan perbezaan situasi 1969 dengan 1987???

    Ubi Kayu sekarang mahal harganya dan telah di komersialkan.
    Perpaduan antara kaum masih lagi ditahap lama dan kian mendesak ekoran idea 1Malaysia.
    UMNO/PERKASA sibuk dengan Ketuanan Bangsa,
    MCA dah Mula Menunjukkan Belangnya,MIC sibuk
    mencari pengaruh setelah ujud Pakatan Hindraf
    Isu Interlok,terkini isu Injil Versi BM.
    Apakah Isu2 sebegini akan reda dan tidak akan
    mencetuskan perbalahan kaum.

    Apakah akan berulangnya ungkapan TM - Melayu Mudah Lupa.

    APAKAH Peranan Generasi Seperti Anda Dalam Menangani Isu Sebegini???

    Apakah Kini Masanya Paling Sesuai Dipraktik dan di Guna Pakaikan Ungkapan dan Hasrat TGNA Harini UMNO Laksana Islam ESOK PAS BUBAR???

    Hari Ini Pelbagai Pertubuhan dan NGO akan
    mempertikakan jika ada mana2 pihak yg membunuh
    Hidupan Liar atas alasan Spesis (Binatang)yg Hampir Pupus dan Perlu di Jaga untuk Generasi Masa Depan.
    Dan Hari Ini Juga,Generasi Anda Sering kali Menghina dan Mencemuh TGNA/TM dengan pelbagai kata kesat dan hina yg mana tidak tergamak
    dilafazkan olih Generasi Sebelum Merdeka ter
    hadap Insan Insan ini,DIMANA Mereka Juga Kini
    Tergolong dlm Golongan Spesis (Manusia) yg Hampir Pupus.

    Bertindak Seperti Rakyat di Negara Maju,
    Gunakan Kuasa Yg Ada Dlm Memilih Pemerentah
    Jika Ingin Menjadi Negara Maju Pd Thn 2020.
    Mungkin Ada Diizinkan Allah Menyedut Udara 2020 dan dapat menyaksikan apakah isi kandungan didlm KAPSUL RAHSIA yg Tersimpan
    Di Menara Kuala Lumpur.

    Selamat Hari Lahir.
    Selamatkan Malaysia

    Abg Generasi Sblm Merdeka.

    BalasPadam
  10. selamat hari lahir n semoga diberkati Allah

    BalasPadam
  11. selamat hari lahir kepada tuan blog....semoga perjuangan ini di berkati oleh Allah...

    BalasPadam
  12. teruskan perjuangan tanpa gentar, berani kerana benar undur jangan sekali...dan terima kasih kerana beri ruang kpd pembaca utk berkongsi pendapat

    BalasPadam