Rabu, 30 Mac 2011

INGATAN BUAT PIMPINAN PR, JANGAN JEMPUT `WAKIL LIDAH SYAITAN' DI DALAM APA JUA SIDANG AKHBAR

Oleh: WFAUZDIN NS

UTUSAN Meloya sudah dikenalpasti sebagai `penyambung lidah syaitan' yang menjalankan kerja-kerja fitnah jahat serta kaki putar belit demi kepentingan Apco Yahudi Laknatullah. Telah beberapa kali akhbar pencacai taraf terendah ini terbukti melaporkan perkara yang tidak benar, fitnah dan putar belit.

Sebab itu, tidak menghairankan akhbar ini `dibuang' begitu sahaja oleh sebuah sekolah Cina walaupun diberikan percuma. Cuma, masih ada yang sedia bodoh atau sanggup diperbodohkan membeli dan membaca akhbar syaitan seperti ini.

Terbaru, kenyataan Ketua Pemuda PAS Us Nasruddin Hassan Tantawi telah diputarbelitkan oleh mereka. Akhbar jijik ini melaporkan bahawa Ketua Pemuda PAS tersebut bersetuju agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pita video lucah yang kununnya melibatkan seorang tokoh Pembangkang. Sebaliknya, Us Nasruddin tidak pernah berkata sedemikian. Memetik penjelasan daripada Ketua Pemuda PAS ini, beliau hanya berkata "Yang menuduh dan memfitnah kena bagi bukti saksi yang jelas dan pengadilan mesti diberikan," Beliau menegaskan, siasatan selepas video itu disebar kepada umum adalah tindakan yang salah.

"Tuduh merata-rata dulu selepas itu baru nak nak buat siasatan, ini tindakan tak betul," katanya. Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak takut untuk disiasat namun keadilan mesti diutamakan. "Kita tidak takut pada siasatan tapi keadilan mesti ditegakkan. Suruhanjaya atau apa itu mekanisme. Prinsipnya keadilan dan ini mesti ditegakkan dulu," katanya (Harakahdaily)

Saya tidak tahu samada masih ada pimpinan di dalam PR yang masih berselera untuk memanggil wartawan akhbar jijik seperti ini di dalam sidang akhbar mereka. Mungkin kenyataan mereka dipetik oleh Utusan Meloya melalui akhbar lain tetapi diputar belitkan sesedap rasa. Tetapi jika benar wartawan akhbar ini sememangnya dipanggil di dalam sidang media, itu bermakna memang sengaja kita menjemput `wakil lidah Syaitan' untuk mendengar apa yang ingin kita perkatakan. Adakah `Syaitan' akan jujur kepada kita?/wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Hidup Utusan ..!! Bongkar semua .. Jgn kasi peluang pada pengkhianat-pengkhianat negara yg bertopeng kan agama & perasan depa saja yg baguih & betui .. macam si Tuan Punya Blog ni yang kaki maki-hamun & x ingat dosa ..!! Tu Harakah yg suka putar belit tu tak pulak hang nak tegur .. tak de teloq ke ?

    BalasPadam
  2. Inilah tahap celaka pencacai umno yang dah buta mata hati. Bila dah tahap pengecut buat cara pengecut dengan komen tanpa nama. Jenis bodoh tak boleh dibimbing, cerdik tak boleh diikut. Gua sokong lu 1000 peratus, teruskan pembongkaran utusan yang meloyakan dan berita yang menghairankan.

    BalasPadam
  3. Hello Gerakan Anti Najib/Rosmah,

    Congrat for your stupid comment. You always think that those who disagree with you are UMNO supporter. That shows how stupid you are .. I'm also an Utusan reader but I'm not an UMNO supporter either. Are you telling me that I'm also "buta mata & hati" ? Come on, if you claim yourself as an Islamic fighter or liberal to human rights, you should start practicing your Islamic value, learn some manners and learn to respect other people's opinion. If not you're just a typical bodoh sombong punya orang.. The same goes to the Blog Owner... I dont see any Islamic value in your writings. Only full of disgusting words.

    Zombie
    Kampung Pisang

    BalasPadam
  4. Lu tulis "Cuma, masih ada yang sedia bodoh atau sanggup diperbodohkan membeli dan membaca akhbar syaitan seperti ini. "

    Gua rasa lu ni ada otak x betul sikit la .. Suka hati gua la kalau gua mahu beli akhbar Utusan & baca. Lu jangan cakap banyak sebab gua beli pun bukan pakai lu punya duit. Apa lu punya hak kata orang yg baca akhbar Utusan tu bodoh kecuali lu sendiri la yg bodoh..! Lu tulis macam orang kena sawan .. maki hamun sana sini. Sejahat-jahat gua pun gua tak maki hamun org lain mcm lu buat sb gua tahu fasal dosa & pahala. Gua rasa lu ni dah lalok ..!

    BalasPadam