Selasa, 29 Mac 2011

JAMIL KHIR BAKAL BERDEPAN SYEIKH YUSOF QARADAWI ?

Yusof Qaradawi, Sheikh Taha sedia jadi saksi untuk Anwar

KUALA LUMPUR: Dua ulama terkemuka dunia bersedia menjadi saksi bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu pluralisme.Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sedang menyiasat ucapan Anwar di London School of Economics tahun lepas kerana didakwa kononnya mempromosi pluralisme.

Menurut Anwar, nampak jelas Jamil tidak memahami maksud pluralisme dan tidak membaca ucapan beliau. “Pluralisme bukan bermakna kita menghina atau merendahkan kekuatan Islam.Sebaliknya ia adalah fahaman yang mempromosi toleransi dan berbaik-baik antara agama dalam dunia,” kata beliau.Menjawab satu soalan Anwar berkata sekiranya kerajaan ingin mendakwa beliau ke Mahkamah Syariah, itu hak mereka. “Dua ulama terkemuka dunia Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Sheikh Taha Jabir al-Alwani sudah menyatakan kesedian menjadi saksi sekiranya kerajaan mendakwa saya di Mahkamah Syariah,” tambah Anwar.

Tindakan Jamil menyiasat Anwar menyerlahkan hipokrasi kerajaan BN kerana sebelum ini Jamil juga menghalang pelaksanaan qazaf dalam kes melibatkan dakwaan Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar.

3 ulasan:

  1. aik, spin lagi?
    aku rasa pak liwat cakap lain hari tu... :-(

    BalasPadam
  2. SATU KETIKA YUSUF QARDHAWI KELUARKAN FATWA, HARAM HUKUMNYA MEMFITNAH NUAR BRAHIM. SATU ALAM PUAK PAKATAN USUNG CD NI.

    RUPANYA KENYATAAN ITU MENJAWAB SOALAN WARTAWAN,
    " APAKAH HUKUMNYA JIKA ADA PIHAK MEMFITNAH NUAR BRAHIM?".

    KALAU AKU ADA , AKU AKAN TANYA SOALAN," APAKAH HUKUM MELIWAT?".

    PASTILAH JAWAPANNYA " HARAM MELIWAT!".

    BalasPadam
  3. Ekoran daripada isu qazaf ini, saya sudah tidak menghormati Jamil Khir lagi seperti mana terhadap Dr Mashitah sebelum ini.

    BalasPadam