Khamis, 3 Mac 2011

PKR DAN UMNO TIDAK MUNGKIN BOLEH SAMA

Oleh: WFAUZDIN NS

PKR adalah parti berbilang kaum dan ugama, namun parti ini dilihat jauh lebih baik dari Umno atau Bn di dalam beberapa aspek. Apabila membaca penulisan di sini, yang menganggap bahawa PKR sama seperti Umno hanya kerana PKR akan mengadakan satu konsert hiburan bagi saya agak keterlaluan.

Pertamanya, harus difahami PKR mempunyai keahlian daripada berbagai bangsa dan ugama termasuk kepimpinan di semua peringkat. Di dalam aspek hiburan seperti yang ingin dianjurkan oleh PKR itu, tentulah amat sukar buat PKR melaksanakan seperti apa yang telah PAS laksanakan. Apa yang PKR boleh lakukan, mereka hendaklah menentukan hiburan yang ingin mereka adakan itu tidak seperti hiburan yang mana Umno/Bn pernah adakan. PKR harus mempunyai identiti sendiri di dalam aspek hiburan ini kalaupun tidak mampu melaksanakan seperti yang telah PAS lakukan. Konsert hiburan yang berunsur Islam yang telah PAS adakan sebelum ini pun menjadi sasaran pihak mereka, apatah lagi jika PKR yang adakan.

Sepatutnya konsert itu hanya terbuka kepada mereka yang bukan berugama Islam terutamanya bagi para penyokong PKR atau DAP serta masyarakat Non Muslim yang lain. Bagi pemimpin PKR atau ahli PKR yang berugama Islam, mereka tentu boleh berfikir sendiri samada konsert itu bertentangan dengan Islam atau tidak. Penganjurannya yang dikatakan untuk mendekatkan golongan remaja Non Muslim kepada PKR dikira satu kaedah yang baik .

Justeru itu, amat cantik jika konsert itu dijemput artis-artis yang terdiri dari Non Muslim kerana kita mahukan mereka yang hadir itu terdiri hanya di kalangan Non Muslim sahaja. Untuk orang-orang Islam, PKR boleh anjurkan konsert yang bertepatan dengan kehendak Islam dan PAS mungkin boleh membantu dari segi bantuan nasihat perlaksanaannya.

Pada saya, di dalam konsep hiburan ini PKR belum mampu untuk mengubahnya sekarang tetapi PKR mesti berusaha untuk mengubahnya. Apa pun, PKR jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Umno/Bn yang lebih kerap mengadakan konsert yang lebih menggila, termasuk di dalam TV. Bukan sahaja konsert, malah drama dan berbagai sitkom hiburan yang kerajaan anjurkan banyak yang melanggar hukum Islam serta nilai-nilai moral. PKR jarang sekali mengadakan konsert hiburan dan sepatutnya PKR lebih banyak mengadakannya asalkan penganjuran konsert hiburan yang dianjurkan tidak sama seperti yang Umno/Bn anjurkan./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. "PKR adalah parti berbilang kaum dan ugama, namun parti ini dilihat jauh lebih baik dari Umno atau Bn di dalam beberapa aspek"

    haha...terbaek ayat ko ni..hoi wtfuckden,ko da gile ekkk?..

    BalasPadam
  2. mmg jelas, PKR lebih baik dari Umno. Paling lekeh pun pmimpin PKR berani cabar pmimpin Umno bdebat scara terbuka...tapi pmimpin Umno takde telor...itu beza dia...ehehhh...

    BalasPadam
  3. asal ajak berdebat je, lebih baekk? hahaha ini lagi sorg babi tonyok gile..

    PKR: Parti Kencing Rakyat...hahahaa..90% pengasas PKR da cabut lari, yg tinggal 10% - parti anak beranak

    BalasPadam
  4. ehehh...yg cabut tu bpe kerat je yg lapar...bila dicabar dedahkan senarai nama yg keluar PKR tak mau plak...dlm tv sebut beribu2...ehehh..jika ikut tahun2 lepas beribu2 dh kuar parti...mesti tinggal Anwar je sorang...tapi, yg pasti PKR menakutkan Umnongok sbb tu siang mlm PKR diserang...itu faktanya..takut debat tandanya bacul dan dayus...takut kerana salah, berani kerana benar...

    BalasPadam
  5. keahlian PKR brape? 400,000 ribu? hahaha..yg kuar mengundi aritu 14 ribu aje wei..itu belum tolak pengundi hantu..

    hahahaa...

    berani kerana benar awat sampai skrg nuar tak berani bersumpah weih? kalu org gile dan bodoh suh ko berdebat, ko hendak tak buang mase layan otak mereng diorg tu? unless kalu ko pun gile mmg ko layan la..hahahahaha

    mmg gile babi tonyok la korg ni asik kena kencing je sampai mati..

    hahaha...

    BalasPadam