Ahad, 6 Mac 2011

PRK DUN MERLIMAU/KERDAU - BERITA YANG MENYENANGKAN NAJIB TETAPI TIDAK PULA MENDUKACITAKAN PAS


Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Pensyarah yang mempunyai Ijazah Kedoktoran Sains Politik iaitu Ong Kian Ming, telah membuat kajian terhadap dua kawasan PRK iaitu di Dun Merlimau dan Dun Kerdau yang akan membuang undi hari ini. Hasil kajian beliau mungkin boleh melegakan Umno/Bn di mana kajiannya menunjukkan kedua-dua Dun tersebut kekal milik Bn.

Di Dun Merlimau, kajian beliau menunjukkan Bn menang besar dan beliau meramalkan undian kaum Cina terhadap Bn juga akan meningkat. Di kawasan tersebut, Bn dikatakan bakal mendapat majoriti melebihi 4 ribu.

azlan

Rengkasnya, undi Melayu, Cina dan India meningkat terhadap Bn di Merlimau. Laporan ini tentunya melegakan Najib dan Ali Rustam. Sekiranya benar, maka tocang dan keegoan Ali Rustam akan bertambah kerana ini membuktikan bahawa rakyat Melaka di kawasan berkenaan tidak kisah apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Bagaimana pula di Dun Kerdau? Kajiannya menunjukkan tiada banyak bezanya sokongan kaum Melayu terhadap Bn, namun yang jelas adalah pertambahan undi di kalangan kaum Cina sehingga 7 %, dan paling meningkat adalah undi kaum India sekitar 20 %.

Tentu kajian ini amat menyenangkan hati Najib dan Adnan Yaakob. Seperti juga Ali Rustam, pastinya Adnan Yaakob akan bertambah tegak berdirinya walaupun negeri yang dipimpinnya dipenuhi dengan pelbagai masalah kewangan dan ekonomi. Namun, rakyat di Kerdau tetap setia menyokong Bn.

Mungkin berbaloi bagi mereka yang keluar Umno masuk PAS selama 3 hari kemudiannya masuk Umno semula. Siapa yang sanggup susah bersama PAS? Jika mahu susah pun, biarlah bersama Umno asalkan pemimpin mereka senang lenang. Berbeza dengan PAS, pemimpin boleh susah asalkan rakyat dapat merasai kesenangan.


azlan

Banyak pemimpin PR yang pernah melalui rasa susah masuk penjara bukan kerana rasuah atau jenayah, tetapi kerana memperjuangkan hak rakyat. Adakah di kalangan pemimpin Umno begitu? Pemimpin Umno boleh selamat selagi ada kuasa. Lihatlah mereka yang didakwa atas kes rasuah kebanyakannya setelah tiada kuasa atau jawatan di dalam parti.

Bahkan, ada pemimpin yang rasuah masih kekal di dalam kuasa dan memegang jawatan utama di dalam parti. Tidak percaya, cuba tanya Ali Rustam, Isa Samad atau KJ. Tetapi jika rakyat sudah suka pemimpin sedemikian, apa yang kita boleh buat? Kita kena teruskan perjuangan walaupun kalah beribu kali.

Di Dun Kerdau, Pensyarah ini meramalkan Umno/Bn menang dengan majoriti sekitar 2,500 undi.

Ini semua hanya kajian di atas kertas. Di dalam hati sanubari pengundi tiada siapa boleh menentukan. Kita mesti menaruh baik sangka kepada pengundi-pengundi di Dun Merlimau dan Dun Kerdau. Beberapa hari kita berdepan dengan seluruh jentera kerajaan di belakang Umno/Bn dengan berbagai umpan dan habuan yang diberi dan dijanjikan, kita hanya berserah kepada Yang Maha Esa.

Buat semua pengundi yang berugama Islam, apabila anda menapak ke tempat membuang undi, sambil anda berjalan beristighfar dan berzikir mengingati Allah sebanyak-banyaknya. Mudah-mudahan Allah butakan mata anda dari melihat umpan duniawi yang dijanjikan dan Allah bukakan mata hati anda untuk bersama PAS di dalam memperjuangkan Islam serta hak anda sebagai insan di muka bumi ini. Jangan fikir habuan hari ini, esok atau lusa, tetapi fikirkan tentang nasib anak cucu kita di masa hadapan. Tiada yang lebih memberi keinsafan selain dari memikirkan hari kematian dan hari kebangkitan. /wfauzdin.blogsspot.com

5 ulasan:

  1. MAKA BERDUYUN-DUYUNLAH DICUCUK HIDUNG MENGUNDI PARTI SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH !

    BalasPadam
  2. Kajian ini bukan muktamad.Semuanya adalah milik Allah swt.Kita jangan mempercayai 100 peratus kajian ini.
    Orang Islam WAJIB percaya bahawa setiap yang berlaku dan yang akan berlaku adalah ketentuan Allah...BUKAN KETENTUAN UMNO ATAU NAJIB ATAU AKI ROSTAM ATAU MIDIN!

    BalasPadam
  3. Kajian spt inilah yg sebenarnya adalah senjata utk membina persepsi awal kpd pengundi sedangkan skala kajian itu pun kita tidak dpt kenal pasti akan ketelusannya..Inilah senjata propaganda yg sering Bn berjaya lakukan dan gagal PR laksanakan menjelang PRK..
    Perlu ada pergerakan strategis sebegini dan wujudkan Team tank pemikir utk menangkis propaganda sebegini..PR perlu lbh kerja kuat utk mendapatkan data pecahan kaum serta pendapatan mereka mengikut Kawasan Peti Undi sesuatu Dun..Kaji patern pemikiran pengundi Peti Undi kawasan berkenaan dan buat kerja secara manual krn ia sesuai utk golongan pertengahan utk mendapat maklumat..Blog bukalah aksess maklumat utk org2 kampung ttp menyebar maklumat secara manual dan pecahan bilangan petugas bergerak mengikut nisbah bilangan pengundi mengikut kawasan Peti Undi perlu dilakukan dan jgn hanya leka dgn ceramah krn kehadiran yg ramai itu sebenarnya bukan dari kalangan org tempatan dan Impak ceramah hanya 4% sahaja krn faktor yg sy katakan td..
    Adalah tidak praktikal membawa jentera2 petugas yg ramai tetapi tertumpu kpd kawasan2 tertentu sahaja krn ia akan menyebabkan kecairan maklumat dan menyebabkan pengundi tiada maklumat terkini dan masih dgn persepsi awal yg terbentuk dari menonton tv dan suratkhabar sahaja..Ini adalah perkara yg harus kita fikirkan supaya kita mampu mengatasi pendekatan berat sebelah BN ini..Sy mengalu-alukan pencerahan dari sahabat2 yg lain supaya kawasan Tradisi BN dpt kita tawan kelak..
    Seharusnya Istilah kubu kuat itu kita hapuskan jika kita benar2 bijak menarik pengundi dan memenangi hati mereka..Jika kita masih dgn mentaliti yg tidak dpt menyelaras tindakan dan mendalami patern pemikiran pengundi,kempen kita hanya akan ibarat Show Room kereta sahaja..org akan dtg melihat tp tidak akan memberi undi..

    BalasPadam
  4. aku harap..pada pru 13 nanti....

    kubu kuat bn akan menjadi kubur kuat bn.....

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  5. InsyaAllah, PAS akan menang.

    BalasPadam