Isnin, 11 April 2011

BN Sarawak guna konsert ganggu ceramah Anwar

Rakyat semakin bersemangat melawan regim BN



Rakyat Sarawak lebih teruja dengan ucapan Anwar berbanding konsert sebegini

SARAWAK: Barisan Nasional (BN) Sarawak semakin terdesak apabila cuba mensabotaj ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengadakan konsert berhadapan tapak ceramah di Kampung Sebuan Besar.

Sungguhpun begitu, orang ramai tidak berganjak dan terus mengikuti ucapan Ketua Umum KEADILAN itu walaupun diganggu bunyi bising dari konsert nyanyian artis di padang awam di kampung yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak itu. Seorang penduduk kampung yang juga petugas Pakatan Rakyat ketika ditemui KeadilanDaily, berkata taktik itu tidak akan dilakukan BN jika mereka tidak terdesak. “Tak apa, kita berkempen bukan hari ini sahaja. Mereka berbelanja berpuluh-puluh ribu ringgit untuk tarik ‘crowd’ (orang ramai). Belum tentu orang akan undi mereka,” katanya.

Ucapan Anwar lebih membawa makna kepada
masa depan rakyat Sarawak

Pada pagi sebelum itu, polis cuba menghentikan ceramah Anwar yang mengadakan pertemuan bersama pengundi di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah. Polis hanya membenar ucapan Anwar selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tetapi dihad kepada 15 minit.

Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, DUN Semariang dan Satok minggu lalu. Dalam program di restoran 96 di Bandar Bintulu, kira-kira 3,000 hadir – rata-ratanya kaum Tionghua sekali gus menunjukkan semangat untuk melakukan perubahan. Di Sebiu majoriti penduduknya keturunan Melanau-Islam, sambutan tidak kurang hebat. Penduduk setia untuk mendengar walaupun terpaksa berdiri sepanjang ceramah yang dijalankan perkarangan rumah.

Rakyat semakin bersemangat melawan regim BN

Anwar dalam ucapannya mengingatkan mereka, pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat jauh lebih berjaya daripada 30 tahun dalam cengkaman regim BN di Sarawak, khususnya dari segi kebajikan rakyat.

“Apa bezanya Pakatan Rakyat perintah tiga tahun dengan BN perintah Sarawak selama 30 tahun? “Adakah orang Sarawak diberi sagu hati jika masuk universiti? Adakah anak Sarawak yang baru lahir diberi saham? Adakah orang Sarawak dapat air percuma? Tidak ada. Kita tawarkan untuk merakyatkan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat. “Ini bukan janji. Perkara ini kita dah buat,” kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh.

Beliau berkata, jumlah penduduk di Selangor adalah empat juta, sekali ganda penduduk Sarawak tetapi mampu mengagih kekayaan sumber bumi melalui program kerajaan negeri. “Sedangkan, Selangor tidak ada minyak, tidak ada balak dan hasil sawit yang sedikit tetapi mengapa kami mampu lakukan? Kerana pemimpin yang amanah dan kasih kepada rakyat,” katanya./KeadilanDaily

2 ulasan:

  1. taktik konsert mcm ni dh lapuk, hanya rakyat bodo ajer yg terpengaruh...
    hancur yahudi, hancur BN...
    tahniah buat petugas Pakatan...

    BalasPadam
  2. BN sendiri menghancurkan kepercayaan rakyat terhadapnya. Menghalang Anwar berucap dan menganggu majlis pembangkang akan menjadi liabiliti kepada mereka sendiri. Tentu sekali rakyat yang hadir pada majlis tersebut akan kecewa dengan tindakan Polis balaci BN. Kekecewaan mereka mungkin akan disalurkan kepada PR di atas kertas undi nanti.

    Rancangan wanita Islam Safiyya TV9 jauh daripada konsep Islam

    BalasPadam