Ahad, 24 April 2011

HIDUP LAGI KERAJAAN PERPADUAN KERANA DIGALI OLEH UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU saja Umno ingin bernafas sedikit, tiba-tiba Setiausaha Agung PAS menafikan sekeras-kerasnya kenyataan beliau yang disiarkan di dalam media pencacai bahawa PAS akan kaji hubungannya dengan PKR setelah selesai kes Anwar. Mustapha Ali meminta agar akhbar tersebut memohon maaf atau bakal dikenakan tindakan oleh beliau di atas penyiaran berita putar alam itu.

Apabila kenyataan Mustapha Ali tersiar, maka ada pemimpin Umno sudah mula memasang angan-angan untuk mendirikan kerajaan perpaduan di antara PAS-Umno. Isu kerajaan perpaduan ini sudah lama dibuang ke dalam `tong najis' oleh PAS tetapi dikutip balik oleh Ahmad Maslan. Apa kata Ahmad Maslan? "Sekiranya PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang, kami sedia berbincang idea mengenai kerajaan perpaduan," katanya (agendadaily).

Saya rasa tiada pemimpin PAS yang terliur dengan Umno. Cuma Umno yang masih perasan atau gila talak dengan PAS. Saya tidak tahu samada masih ada seorang dua pemimpin atau ahli PAS yang sanggup melutut dengan Umno dan teringin untuk bersama di dalam kerajaan perpaduan yang diperkatakan oleh Ahmad Maslan.

Kepada semua pimpinan PR, mereka harus berhati-hati kerana di kala ini puak Apco sedang hebat menjalankan propaganda mereka. Hajat mereka cuma satu iaitu Anwar mesti dihalang dari terus memimpin PR dan PAS akan kembali bersekelambu dengan Umno. Nampaknya Umno akan terus mengigau dengan `Kerajaan Perpaduan' yang mengarut itu. /wfauzdin.blogspot

4 ulasan:

  1. Selagi Parti Islam Se Malaysia tidak bersekongkol dengan parti sekutu apco zionis haram jadah arus jahiliah rakyat marhaen Malaysia tetap menyokong kuat dan akan berkorban demi agama Islam yang diperjuangkan,tentang parti umno@apco-bn sampai kiamat !
    Allahu Akhbar

    BalasPadam
  2. Pemimpin PAS terliur ngan DAP je jangan terliur dengan cina doll sudah lagi teruk.Kan orang PAS tak bangga jadi melayu macam Nik Ajis .

    BalasPadam
  3. Perpaduang BELUM LAGI buang kedalam tong taik.Presiden PAS,Hadi Awang masih lagi buka,tutup,buka,tutup.Belum lagi buat kenyataan "buang kedalam tong taik".Hanya TGNA sahaja yang cakap KARUT.

    BalasPadam
  4. Bangga jadi org melayu?. Bangsa yg hidup lebeh 50 tahun tapi masih mengharap hidup 'bertongkat'?. Yg lebeh 50 tahun tapi masih belum mampu bersaing secara profesional dlm hampir semua bidang( kecuali hiburan, dadah, anak luar nikah, rempit bla bla bla...)kecuali ' bertongkat'?. Yg masih berslogankan ibarat 'bangsa terpilih'?. Sampai bila pun bangsa melayu takan maju kalau mentaliti 'kuno' ketuanan melayu menebal dlm diri org melayu namun di masa yg sama menjadi beban utk bangsanya sendiri. Cina kaya kerana kebodohan bangsa melayu bkn kerana cina itu cerdik. Bila bercakap dgn cina, kita pun bercakap dgn gaya 'telo' cina, dgn india 'telo' india bla bla bla...Jadi siapa 'tuan' sebenarnya?.

    BalasPadam