Sumber:  Greenboc.blogspot
Jenayah Rogol Menteri Akan Didedahkan Di Mahkamah,
Blogger Ke Indonesia Kumpul Bukti
Buku Skandal Seks Rais Yatim? Oleh: VIVIEN SAKUNTALA (Koresponden Sabahkini.net di Jakarta)DIKHABARKAN bahawa penulis kontroversi,  Mutalib M.D akan menerbitkan sebuah buku terbaru berhubung Skandal Seks  seorang Menteri Kabinet Malaysia dan kini masih berada di luar negara  mengumpul bukti dan alibi sensasi.
Bagaimanapun, tidak  dapat dipastikan sama ada buku tersebut mencerita Skandal Seks Menteri  Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim  yang melibatkan Pembantu Rumah Tangga (PRT), Robengah, atau tokoh lain.  Kisah Rais disebarkan secara meluas di Sabahkini.net sehingga Rais  bertindak memfailkan saman pada 10 Februari lalu.
Kelmarin,  Peguam Rais, Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita,  pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini, namun ketika dihubungi  melalui email, Mutalib menyatakan beliau tidak mempedulikan saman yang  difailkan Rais kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis dan  menyalahgunakan prosiding mahkamah.
“Beban  bukti terletak pada Rais kerana beliau harus membuktikan kepada  mahkamah bahawa beliau tidak merogol Robengah sebagaimana yang didakwa  Robengah kepada Koresponden Jakarta Post, Migrant Care dan Tenaganita.  Saya hanya melaporkan apa yang dinyatakan oleh mangsa dan keluarganya  dan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran. Apakah Rais mahu menembak  pembawa berita?,” tanya Mutalib dalam emailnya.
Mutalib  turut menolak dakwaan Rais sebelum ini bahawa pihak pembangkang sengaja  mahu menjatuhkannya melalui artikel fitnah kerana beliau adalah Ahli  UMNO di Parlimen Silam dan Rocky Bru adalah pemimpin akhbar  Pro-Kerajaan.Tambah Mutalib lagi, oleh kerana Solidariti  Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat laporan polis pada 5 Januari  2011 di Balai Polis Seremban, melalui laporan bernombor 000357/11, namun  sehingga kini polis masih belum menyelesaikan siasatan.
“Sehubungan itu, saya tidak mahu mengganggu atau mempengaruhi siasatan polis dengan melayan karenah ‘menteri  yang cacat akal’ tersebut kerana telah menyalahguna kuasa dan  kedudukannya untuk mengheret para blogger yang menjadi ‘Whistleblower’  ke mahkamah sebelum polis menyelesaikan siasatan,” kata Mutalib  yang menggesa Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah tidak  melayan saman Rais yang telah ditetapkan pada 6 Mei 2011 selagi  siasatan polis belum diumumkan kepada umum.
Tambahan pula, kata Mutalib,  sebagai pegawai awam iaitu menteri yang dibayar gaji menggunakan wang  rakyat, Rais tidak boleh diwakili oleh peguam sendiri melainkan Peguam  Negara Malaysia atau dengan izin Peguam Negara.
Mutalib  menjelaskan beliau hanya akan melayan saman Rais sekiranya Polis  Seremban telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan hasil siasatan  kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut; sama ada untuk mendakwa Rais  atau para blogger yang mendedahkan Skandal berkenaan.
“Yang  boleh menentusahkan sama ada kes jenayah rogol berlaku ialah mahkamah.  Jika kes ini dibawa ke mahkamah, maka amat baik untuk rakyat dua negara  iaitu Malaysia dan Indonesia; kerana saya berpeluang untuk mensapena  Migrant Care, Tenaganita, SAMM, Robengah, Adik Robengah, Rakan Robengah,  Kedutaan Indonesia, malah Rais dan isterinya sebagai saksi untuk  berkata benar di mahkamah,” ujar Mutalib yang tidak akan tunduk  kepada desakan demi desakan Rais agar artikel mengenai beliau  dikeluarkan daripada arkib Sabahkini.net yang boleh diakses pada  bila-bila masa.
Mutalib menegaskan, ‘CCTV’  Tuhan tidak pernah padam, sekalipun Rais telah berusaha memadamkan  semua bukti yang boleh mengaitkan beliau dengan Robengah dan menggunakan  kedudukannya untuk mengheret para blogger ke mahkamah, kononnya untuk membersihkan nama beliau yang dikotorkan melalui skandal berkenaan.
“Jika  Rais ‘Anak Jantan’, bukan ‘belut yang licik’ atau ‘Menteri yang hilang  akal’, maka beliau sewajarnya mengheret punca pendedahan awal Skandal  tersebut iaitu Migrant Care, Tenaganita, Rocky Bru dan sebagainya.  Sabahkini.net hanya menyiarkan berita tersebut berdasarkan siasatan rapi  dan tidak akan berganjak daripada fakta,” ujar Mutalib M.D yang  sedang menyiapkan sebuah Video Klip berhubung isu berkenaan sebagai  persediaan untuk menghadapi Rais di Mahkamah kelak.
Ketika  ditanya sama ada buku Skandal Seks yang disiapkannya mengenai Rais atau  menteri lain, Mutalib mengatakan bahawa, “Tunggu siap percetakan dan  pendedahan penuh eksklusif. Saya tidak mahu komen buku yang belum  diterbitkan.”
Sebelum  ini Mutalib telah menerbitkan dua buah buku Skandal Seks Orang Ternama  berjudul VIP dan YB serta 23 judul lagi yang belum diterbitkan. Mutalib  juga adalah penulis buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi  Untuk Di Sewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir; 007-Lelaki  Malaysia Terakhir dan lebih 20 buku lain.Kes Skandal Seks Orang Ternama: ‘YB’  kini sedang disiarkan secara bersiri di Sabahkini.net kerana buku yang  dicetak telah habis dijual dan Sabahkini.net memperoleh hak untuk  menerbit buku berkenaan dalam versi e-book dan ada pihak yang telah  berjumpa Mutalib untuk mengadaptasi Skandal Seks berkenaan ke layar  perak.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri  Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah  menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger  Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan  injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1  dan 7 Januari lalu.
Writ saman tersebut difailkan melalui firma  guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada  10 Februari lalu.
Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata,  defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah  bertajuk ‘Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?’ dan ‘PKR cabar  Rais sumpah laknat’ dipaparkan pada 3 Januari lalu.
Sementara  pada 5 dan 7 Januari berjudul ‘Rais Yatim seperti belut’ dan ‘Video  pengakuan rakan Robe Ngah’ di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar  plaintif. Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita,  pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini.Dalam pada itu,  Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin  (Chegubard) telah membuat laporan polis terhadap Rais dan ekoran  daripada itu, Penyelaras SAMM, Norazizi A Aziz telah menulis surat  kepada Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Seremban pada 7 Mac 2011  berhubung kedudukan laporan polis yang dibuat pada 5 Januari 2011.  Berikut adalah sedutan surat beliau.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Tarikh : 7 Mac 2011
Kepada;
Insp. Zuraidah Bte Abd. Hamid
Ibu Pejabat Polis Daerah,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur
Saudara ;
MERUJUK KEPADA LAPORAN SAYA BERTARIKH ,
(NO REPORT: SEREMBAN/000357/11)Pada tarikh 05 Januari 2011 yang lepas, saya telah membuat laporan bernombor Seremban/000357/11.Laporan ini bagi tujuan mendesak satu siasatan kepada pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan YB Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan & Kesenian dalam kejadian merogol pembantu rumah warga Indonesia. Dalam laporan tersebut kami sediakan dokumen lampiran dan saya sendiri telah memberikan kerjasama dalam memberikan rakaman percakapan selama sejam lebih (anggaran: dari jam 1130 pagi hingga 1245 tengahari). Seperti yang pihak tuan janjikan akan segera bertindak atas laporan ini dan akan memberikan maklum balas mengenainya namun sehingga kini tiada maklum balas.Tuduhan ini merupakan tuduhan serius. Jika benar tindakan wajar yang serius harus diambil kerana nama yang dikaitkan bertaraf menteri iaitu kedudukan atau kedudukan yang strategik negara. Jika tidak benar polis juga harus tampil membersihkan nama yang dikaitkan dengan penjelasan yang munasabah dan mencari sumber dokumen 'palsu' tersebut.Dengan polis mendiamkan perkara ini maka ia seolah sesuatu yang tidak kena. Imej negara dan institusi pelaksana hukum boleh tercalar dengan persepsi cuba melindungi tuan-tuan besar. Kes ini amat sensitif khasnya dalam keadaan hubungan negara yang sering tegang.Kami tampil membuat laporan atas kesedaran anak muda yang ingin melihat keadilan tergegak. Kami tidak mahu kes ini hanya dijadikan modal politik sahaja tanpa tindakan konkrit ke arah melaksana keadilan. SAMM boleh sahaja menimbulkan kes ini dan laporan polis tersebut dalam siri pilihanraya kecil yang diadakan tetapi kami memilih untuk mensenyapkan kerana mahu kes ini dilihat bukan dari segi kepentingan politik semata - mata.Saya mohon respon terbuka PDRM mengenai laporan kami.Sekian dan terima kasih.
Norazizi A. Aziz
Penyelaras SAMM
Lawan tetap lawan. Oleh itu carilah bukti yang kukuh untuk dihebahkan dalam mahkamah nanti.
BalasPadam