Selasa, 19 April 2011

VIDEO SEKS - JERAT MAKAN TUAN

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA diberitahu pihak Polis kini menumpukan kepada kes siapa yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa, maka terasa `panas' pula geng `three strooges' @ Datuk T dibuatnya. Kenyataan yang menampakkan gelabah itu datangnya dari Datuk Shuib Lazim yang mendakwa `ketidakadilan' berlaku terhadap trio mereka.

Petikan Malaysiakini menyebut, " Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang. Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan. "Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan) - Malaysiakini.

Kununnya mereka tiada niat untuk sebarkan video lucah berkenaan. Jika sudah semua editor akhbar ternama termasuk dari media Pembangkang pun dipanggil, kalau bukan untuk dihebahkan untuk apa lagi? Untuk jadi Saksi? Jika untuk jadi Saksi, mengapa perlu ugut pemimpin pembangkang dan isterinya agar meletakkan jawatan di dalam politik? Jika pemimpin itu meletakkan jawatan, maka kes video berkenaan akan ditutup. Maka, perlu apanya Saksi lagi? Saksi untuk apa? Bukankah peringkat awalnya Trio ini bertegas tidak mahu menyerahkan video lucah tersebut kepada pihak Polis. Jika tiada niat untuk diserahkan kepada Polis, bermakna mereka tidak mahu kes ini dipanjangkan untuk siasatan.

Maka lojiknya Saksi itu untuk apa? Jawapannya mudah, iaitu untuk menghebahkan kepada umum darihal video tersebut dan terbukti video berkenaan didedahkan juga melalui media bahkan tanpa segan silu ditayangkan sedikit babaknya melalui TV. Itulah yang mereka mahu sebenarnya. Jadi, tidak perlulah mereka untuk berselindung lagi.

Melucukan pula, mereka mahu diadakan ujian DNA (jika ada daki yang terlekat) pada jam Omega yang kununnya kepunyaan pemimpin Pembangkang tersebut. Selepas ini jangan hairan jika ada sekumpulan songkok tinggi yang bebal itu akan berhimpun dan menyalak meminta Anwar serahkan DNA lagi untuk dipadankan dengan `daki' pada jam Omega yang telah diserahkan kepada pihak Polis itu. Kali ini mereka akan kata DNA Anwar yang baru diserahkan kepada mahkamah di dalam kes fitnah Liwat II telah `luput tarikh'...

Tertawa dunia kepada negara kita yang tiada kerja lain melainkan mengumpul DNA Anwar, sedangkan dunia luar sibuk membangunkan ekonomi negara mereka. Ini semua adalah kerana di negara kita masih ada golongan yang tiada kerja lain selain dari berfikir untuk menjatuhkan orang lain hatta dengan tipu daya dan fitnah jahat mereka. Mungkin juga kerana di TV kita semakin banyak menayangkan filem hantu maka semakin bercambah manusia berperangai hantu Iblis.

Syabas buat kali ini kepada pihak Polis yang telah mula peka kepada kehendak rakyat agar mengambil tindakan kepada manusia berperangai hantu yang menayangkan video lucah ini. Kita harap tiada `drama' lain dimainkan di dalam isu ini melainkan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan./wfauzdin.blogspot .com

14 ulasan:

  1. Yang aku mahu ASAP, itu tiga ekor merengkok dalam penjara kerana sebar video lucah... kalau boleh mati dalam penjara sebab sakit tua...

    BalasPadam
  2. 10.39 PM macam dah hilng aqidah islam sebenar

    BalasPadam
  3. yg tayangkan salah yg buat x salah ker.......bingai bodoh gila pny penulis blog & pakatan haram ni.....

    BalasPadam
  4. La...kalau baca blog-blog UMNO APCO depa masih percaya dan kata video sex tu memang Anwar.Bantai Anwar hingga rapat ke dinding.Punya la haprak UMNO ni.Tapi....tak kesah lah...sebab mereka ni dok baca BERITA MEROYAN dan UTUSAN MELOYA.Aku cadang la kedai-kedai PAS dan Penyokong PKR atau Pakatan Rakyat boikot saja penjualan paper-paper nih. Berapa sen sangat yang hangpa dapat?Hangpa tak takot ka dosa yang hanpa tanggong sama sebab sama-sama menyebarkan FITNAH INI???? Pikiaq -pikiaq la......( Ipoh )

    BalasPadam
  5. Jangan dakwa memiliki dan menayang video seks sahaja, tetapi dakwa atas kesalahan mengugut dan memfitnah. SAMAN JANGAN TAK SAMAN..

    BalasPadam
  6. yang buat tak salah ..... sebab dia bukan merogol ..... kadang kan merogol budak bawah umur pun boleh didapati tak bersalah...

    Yang buat keje dalam video tu suka sama suka ...mana ada salah....... kalau salah pun dari hukum agama..... kenalah cari 4 orang saksi untuk buat tuduhan

    BalasPadam
  7. CERITA VIDEO NI UMPAMA SEORANG KAPTEN KAPAL YANG KEHILANGAN KOMPAS.........

    'TIDAK ADIL' JIKA DIDAKWA SEBAR VIDEO - sHUIB LAZIM. ADAKAH 'TERLALU ADIL' VIDEO ITU DITAYANGKAN KEPADA UMUM? WALAUPUN BEBERAPA ORANG WARTAWAN SAHAJA? LEPAS TU SURUH BUAT DNA PULAK? ADILKAH INI?

    KALAU HENDAKKAN KEADILAN, DATOK T BOLEHLAH MEMOHON MENJADI AHLI 'PARTI KEADILAN RAKYAT'!

    MASA BUAT KERJA TEMPOH HARI TAK INGAT TENTANG KEADILAN, BILA DAH TERSEPIT PANDAI PULA MENUNTUT KEADILAN..........'THINK BEFORE YOU LEAP'

    BalasPadam
  8. Dari pengamatan penyokong UMNO yang dok pertahankan Dato' T ni memang kaki tengok video porno. Sebab tu mereka tak tahu pun bahawa menayang dan menyebar video lucah adalah menjadi kesalahan di dalam perlembagaan negara. Malah mereka tak tahupun bahawa melihat video lucah adalah satu dosa di dalam Islam.

    Selain itu mereka ini bengap-bengap yang amat tentang undang-undang. Dapat surat saman ekor je terus bayar tanpa banyak soal, tanpa mengetahui sama ada itu mengikut peraturan atau tidak dalam perlembagaan.

    BalasPadam
  9. Kalau dah panggil pemberita tentu untuk sebar cerita video tu. Loyar buruk sungguh Aki Shuib ni. Bila nak kena batang hidung sendiri baru nak cari keadilan. Sebelum tayang video adakah beri keadilan kepada DS Anwar?

    BalasPadam
  10. seperkara lagi cari pelakun sebenar filem tu dan dakwa sekali biar semua orang tahu siapa kaki pelacur tu .dia yang makan nangka kenapa getahnya bagi kat orang.....dah buat dosa zina buat lagi dosa fitnah orang lepastu sebar pula fitnahtu.....berapa banyak dosa nak dibuat tak takut mampus ke.tak percaya pembalasan tuhan kut.dimana letak kepercayaan terhadap ugama.dimana pergi iman.hilang kemana ketakwaan.

    BalasPadam
  11. Nak dakwa apa??nak dakwa Datok T. dah buang tebiat??jangan mimpila...lu tau siapa Rahim Tambi chik???orang paling tersohor buat maksiat/segala bentuk kejahatan atas muka bumi...beranikah Gani pakati nak dakwa Rahim???sekali dia(Rahim) jerkah terus mati pucuk gani..ada brani??

    BalasPadam
  12. terlupa nak tulis..bak kata kalau hantu tu ada nama, salah satu nama dia Rahim

    BalasPadam
  13. Memang benar kata penulis, "Tertawa dunia kepada negara kita yang tiada kerja lain melainkan mengumpul DNA Anwar, sedangkan dunia luar sibuk membangunkan ekonomi negara mereka". Ternyata, semua ini berlaku lantaran di negara kita masih lagi terdapat golongan haprak, bangsat dan celaka, yang kerjanya menipu, memutarbelit fakta, memfitnah orang lain untuk kepentingan peribadi jahat mereka. Kejahatan dan kecelakaan spesis makhluk seumpama ini bolehlah disamakan dengan kejahatan dan kecelakaan syaitan dan iblis yang kerja mereka saban waktu mendurhakai Allah SWT dan menyongsang kebenaran ajaran Islam.

    BalasPadam
  14. fitnah memfitnah dah jadi macam satu tabiat geng2 umNO ni.. depa tak takut balasan dari ALLAH ke.. dulu,kini dan SEMENTARA.. dah tak relevan dah..hanya kesengangan SEMENTARA di dunia bagi depa yang penting.. ALLAH MAHA BESAR

    BalasPadam