Sabtu, 2 April 2011

RAKYAT PAHANG TERANCAM, SURAT YB FUZIAH KEPADA MB PAHANG

Kepada

YAB Menteri Besar Pahang

Daripada

Hjh Fuziah Salleh,
Ahli Parlimen Kuantan

Saya mengalu-alukan kenyataan YAB MB Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan YAB terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa YAB MB prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya.

Namun saya berpendapat bahawa penerangan yg diterima oleh YAB MB darirpada LPTA merupakan taklimat yg tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan 'rare earth' ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian.

YAB MB seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata
pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.

Antara persoalan yg harus telah ditanya oleh YAB MB kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan 'rare earth' di bina di negara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini.

YAB MB juga harus bertanya kepada jiran kita, MB Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negri Trengganu berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yang sama di Teluk Kalung dalam tahun 2007.

YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan ThO2 - bagaimanakah ianya akan diuruskan dan peraturan apakah yg akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati
piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?

YAB MB juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada di persekitaran Gebeng.

YAB MB juga harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimanakah nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah logi pemprosesan 'rare earth'?

Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yang ada di negara Cina (yang kita semua tahu tidak mengambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.), persoalan di atas adalah amat penting.

Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?

Saya jangka YAB MB hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yg menyenangkan dari kesemua persoalan diatas. Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab.



Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
1 April 2011

2 ulasan:

  1. YB KIRA ADA MASYUK KA ? MAMPUEH PI BENDA LAIN ASAL FULUS DAA !

    BalasPadam
  2. Aku tinggal kat Balok,marah ada gembira pun ada.Marah sbb Lynas ada.Gembira sbb ramai totok UMNO dan bengang kat BN,kat kwasn perumahan aku mmg UMNO dah kantoi.Mber2 perumahan dekat2 sini pun dah senyum dgn perubahan tempat masing2.Lingkup-lungkup la UMNO kali ni.

    BalasPadam