Selasa, 5 April 2011

SEMOGA ALLAH PELIHARA DIRI DAN KELUARGA KITA DARI AZAB HASIL KERJA FITNAH MEREKA



Oleh: WFAUZDIN NS

Bila kita membicarakan soal video seks yang dikaitkan dengan DS Anwar, kita hendaklah memikir dengan menggunakan akal fikiran serta ilmu agama yang sedikit sebanyak ada pada kita.

Tahukah kita, apabila kita bersekongkol dengan puak mereka, samada menyokong cara mereka, mempercayai fitnah mereka atau redha dengan perbuatan mereka yang terus membiarkan fitnah ini berleluasa, maka kita sama seperti mereka? Alangkah ruginya kita jika jadi sebahagian dari puak mereka itu kerana kita sedar betapa besarnya dosa melakukan fitnah zina ke atas seseorang.

Cuba kita bayangkan, kita di pihak keluarga Anwar. Apakah yang kita akan rasai? Jika isteri atau suami, ibu atau ayah kita difitnah sedemikian rupa, apakah yang kita rasai? Harus kita ingat, jika kita terbabit dengan perbuatan sedemikian rupa atau bersubahat, suatu hari nanti kita bimbang Allah timpakan ke atas diri atau keluarga kita. Tatkala itu, baru kita ketahui betapa fitnah itu amat zalim dan jijik.

Bukan kita taksub terhadap sesiapa. Jika benar tetap benar, salah tetap salah. Tetapi gunakanlah undang-undang untuk mengadilinya seperti yang Allah ajarkan kepada kita melalui kekasihnya Nabi Muhammad SAW. Bukan seperti apa yang ada sekarang. Video dipamirkan dikhalayak ramai, kini di muat turun ke dalam youtube sedangkan si pengedar video bebas ke mana sahaja. Di mana hukum Qazaf dicampakkan?

Marilah kita bermohon kepada Allah agar jangan negara kita serta keluarga kita ditimpa bencana akibat perbuatan fitnah yang melampau ini. Berpolitik dan berbeza pendapat itu boleh diterima, tetapi bukan dengan cara jijik sedemikian kerana ini sudah melampaui batas politik.

Malang sekali, jika kita terbabit bersama mereka menanggung dosa yang lebih besar dari membunuh, sedangkan mereka tidak takut kepada dosa dan mereka mendapat imbuhan besar kerana berbuat demikian. Kita dapat apa? Dapat laknat dari Allah SWT, Nauzubillah.../wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. bro,video tu confirm anwar al-juburi...bukan rekaan lagi bro..aku dah agak semua jawapan sama..patutlah semua blog PAKATAN di bayar rm5000 sebulan....

    BalasPadam
  2. ehehhh...byk tu bro aku dpt tuh...kaya aku bro...ehehhh...korang nk wat camne lagi??? Semua kantoi dahh...korang ingat Blogger PR bodoh cam Blogger korang ke....bawa2 lah taubat yer...sian korang...

    BalasPadam
  3. aic

    ~kesian DSAI....org2 yg fitnah dan sebarkan fitnah mmg dasar anjing. lg2 org yg percaya bulat2 video ntah

    pape..trs tuduh mmg Anuar. masyarakat yg bertamadun tidak mudah percaya pd fitnah2 cm ni. ni kerja org tak

    bertamadun..apa faedah fitnah2 nie? sekadar menjadi seekor anjing. mgkn dibayar la kot. harap2 balasan yg

    setimpal diturunkan ALlah kpd mereka yg buat fitnah + sebar fitnah ini.

    BalasPadam
  4. pencuri selalunya menuduh orang lain mencuri,penzina juga selalu menuduh orang lain berzina.dia ingat orang lain cam dia jugak!

    BalasPadam
  5. wah.. bloger PKR dapat 5000.00 sebulan yek.. Klu gitu bloger BN mesti dapat 50,000 sebulan..kan3..silap2 klu minyak naik lg tinggi diorang dapat..

    BalasPadam