Rabu, 11 Mei 2011

BLOGGER PROVOKASI - AKTA ISA ATAU CUKUP DENGAN BERSUMPAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

BERPELUH nampaknya beberapa blogger pro Umno untuk menepis provokasi yang dibuat oleh seorang bloger dinamakan `Bigdog' berkaitan isu Kristian agama resmi negara ini. Nampaknya provokasi blogger tidak sihat itu memakan diri dan menyebabkan Umno semakin tertekan dengan isu yang dibawanya.

Tidak menghairankan apabila Blogger `karat Umno' iaitu Papa Gomo sendiri merasa bahangnya dan menggesa agar KDN mengambil tindakan di bawah Akta ISA terhadap `Bigdog'. Alhamdulillah, kita di bawah PR tetap tenang dan bijak menangani isu sensitif ini sebaliknya yang kepanasan adalah di pihak mereka.

Blogger “Papa Gomo” menerusi entri “Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini” mengecam tindakan yang dilakukan”Bigdog” atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar. Saya juga turut bersetuju dengan Papa Gomo agar tindakan tegas diambil terhadap `Bigdog', tetapi menentang sekerasnya jika tindakan itu adalah di bawah Akta zalim ISA.

Kita sebagai penyokong PR sentiasa istiqamah dengan pendirian kita terhadap akta zalim seperti ISA ini. "Bigdog' perlu diberi peluang untuk mempertahankan dirinya di dalam mahkamah bukan disumbatkan terus ke penjara seperti binatang. Siasatan mesti dilakukan dengan telus dan adil bukan sahaja kepada `Bigdog' tetapi juga terhadap akhbar yang menyiarkan berita sensitif tersebut.

Sehubungan itu, kita tidak mahu kes ini terhenti sebaik sahaja blogger `Bigdog' membuang artikel sensitif berkenaan dari blognya. Jika terbukti beliau bersalah termasuk akhbar yang menyiarkan berita tersebut, maka tindakan tegas mesti diambil bukan melalui Akta ISA yang zalim itu. Saya bimbang sekiranya kes ini selesai begitu sahaja dengan `Bigdog' tampil berbaju besi melakukan `sumpah laknat' mengaku tidak melakukan provokasi berkenaan. Tidak mustahil, bukan?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan