Rabu, 18 Mei 2011

KES LIWAT - HAKIM DULU POPULAR DENGAN `TIDAK RELEVEN' , HAKIM SEKARANG DENGAN `WIBAWA'NYA

Oleh: WFAUZDIN NS

DRAMA lebih menarik lagi apabila DS Anwar diminta membela diri di dalam kes Liwat II. Keputusan Hakim ini tidak memeranjatkan kerana skrip drama telah bocor kecuali jika Hakim berpegang kepada fakta dan membebaskan DS Anwar, itu lah yang paling memeranjatkan kita.

Tidak susah untuk seseorang yang bukan peguam tahu kebenaran kes ini kerana melihat kepada perkara asas iaitu pertuduhan di bawah Seksyen 377B sahaja kita boleh tahu samada perbuatan liwat itu benar berlaku atau tidak. Ini adalah kerana kita saksikan sendiri Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa, tetapi pertuduhan tidak mengguna pakai pengakuan Saiful. Jika digunakan apa yang Saiful kata, Seksyen yang paling tepat adalah Seksyen 377C.

Mungkin ada tafsiran lain terhadap seksyen ini, atau ada sebab tertentu maka seksyen ini releven dengan kes yang dihadapi oleh DS Anwar. Diterangkan dalam mahkamah ada catatan menyebut `cubaan meliwat', tetapi Saiful dianggap masih `berwibawa'. Ada keterangan menceritakan seluar dalam Saiful di rumah seorang wanita yang bukan muhramnya, namun Saiful masih `berwibawa'. Saiful mengaku pergi sembahyang Jumaat tanpa mandi hadas atau mencuci duburnya, dan mengaku Solatnya tidak sah, tetapi Saiful tetap `berwibawa'.

`Berwibawa'nya Saiful adalah juga kerana dapat berjumpa Najib untuk mohon biasiswa sedangkan beliau gagal dalam pengajian. Pakar juga `berwibawa' walaupun mencatat tarikh pada barang ujian lebih awal dari ujian dibuat. Pegawai Penyiasat Polis Jude pula tentu dilihat `berwibawa' apabila menyimpan bahan bukti DNA di dalam almari sahaja seperti menyimpan seluar dalam, lebih wibawa `air mani' itu boleh bertahan terlalu lama melebih 90 jam yang mencipta rekod dunia. Hebat dan `wibawanya' cecair yang kununnya dimiliki oleh DS Anwar itu.

CCTV apartmen yang menjadi bahan bukti itu juga tidak kurang wibawanya kerana masa yang dicatat dalam CCTV di pintu lift lebih awal dari yang dicatat di pintu utama apartmen. Doktor kata tiada kesan kemasukan, tapi ahli kimia buat ujian kata ada terdapat `cecair itu' dalam lubang Saiful ertinya ada kemasukan. Wibawanya pakar-pakar berkenaan. Hakim tentulah lebih berwibawa apabila membatalkan keputusannya sendiri yang mulanya tidak membenarkan barang-barang kepunyaan DS Anwar di dalam lokap dijadikan bahan bukti, tetapi akhirnya diterima menjadi bahan bukti.

Melihat kepada semua ini, percayalah saya seperti yang DS Anwar katakan bahawa tiada yang pelik dan ajaib berlaku sekiranya melibatkan DS Anwar. Maka, tertawalah dunia melihat drama ini dan di mana mahu kita letakkan muka kita sebagai rakyat Malaysia? Percayalah, selepas ini lebih banyak yang pelik akan berlaku. Kita tunggu dan dunia luar pun tunggu siapa lagi yang boleh dianggap `berwibawa' selepas ini./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. ala...buat pertama kali sebelum ni peguam negara dah kata hakim yg buat keputusan tentang DR.nizar sebagai MB yg sah tu khilaf...buat pertama kali juga aku dah tahu semua hakim khilaf dalam kerja mereka...elok lah sesiapa yg nak buat rayuan kes mereka yg dah jatuh hukum sebelum ni naik mahkamah balik dan kata hakim khilaf dalam kerja mereka!!!!so kes DSAI ni pun sama, dah terang2 khilaf tapi peguam negara suka aje...nampak sangat mamat tu nak kena mandi jenazah dia guna air longkang nanti!!!dah la bodoh tetapi buat2 pandai...korang ingat...ni semua akan menjadi bencana masa akan datang bila kes bodoh mcm ni berulang dan peguam boleh lepaskan org yg bersalah dgn merujuk kes bodoh yg korang dah buat ni...bangang!!!!

    BalasPadam