Isnin, 30 Mei 2011

LIMA PERTEMUAN, TIGA JAWATAN MENTERI UNTUK BELI PAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

LIMA kali pertemuan, tiga jawatan Menteri untuk PAS sekiranya PAS bersedia `sekelambu' dengan Umno. Itulah pendedahan yang dibuat oleh MP Pasir Puteh, Muhammad Husain apabila beliau merujuk kepada pertemuan Mursyidul Am PAS dengan anak-anak Kelantan di Lembah Kelang di Dengkil semalam.

NONEMemetik laporan Malaysiakini, menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu (Malaysiakini).

Setelah mereka berpuluh tahun mengecop PAS sebagai parti ajaran sesat, menuduh MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz melakukan rasuah pergi menunaikan Haji, rasuah kek, penyelewengan balak, merampas tanah rakyat dan banyak lagi tuduhan yang sehingga kini gagal dibuktikan, secara tiba-tiba dan hilang rasa malu mereka ingin membawa PAS bersama parti sekular tersebut. Mana mungkin `minyak boleh bersatu dengan air'.

Hakikatnya PAS tidak pernah menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti politik asalkan parti berkenaan bersedia untuk bersama PAS memperjuangkan Islam sekiranya parti berkenaan adalah parti yang dianggotai oleh orang-orang Islam, manakala parti yang di dalamnya bercampor-campor di antara ahli-ahli berugama Islam atau Non Muslim, parti berkenaan mestilah bersedia berjuang untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. PAS tidak pernah memaksa mereka yang bukan Islam untuk menyokong perjuangan Islam, tetapi mereka diajak untuk memperjuangkan keadilan.

Sekiranya Umno yang dikatakan ahli-ahlinya terdiri dari orang-orang Islam, tiada sebab PAS untuk bersama parti berkenaan sekiranya parti berkenaan bersedia untuk berubah dengan menerima dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Umno juga perlu tunjukkan keikhlasannya di dalam hal ini dengan menunjukkan bahawa Umno telah berubah, bukan hanya berjanji dimulut. Adakah Umno telah menunjukkan perubahan itu? Tiadakah bentuk kezaliman atau rasuah yang diredhai oleh Umno sekarang ini? Mengapa dua negeri Melayu iaitu Kelantan dan Terengganu `dirampas' hak royalti mereka? Mengapa Umno masih mengekalkan akta zalim Akta ISA yang Non-Muslim juga membantah akta ini?

Apakah Umno komitmen dengan keadilan dan meninggalkan sifat keji iaitu menyuburkan amalan fitnah melalui media kerajaan? Mengapa Umno tidak bertindak tegas ke atas media yang terang-terang menyebarkan fitnah, mengaibkan seorang tokoh Melayu Islam yang pernah berjasa di dalam Umno sendiri? Sekiranya tokoh yang berbelas tahun berjasa di dalam Umno ini pun Umno sanggup mengkhianatinya, apa jaminan jika PAS bersama Umno nanti?

Sehubungan itu, tentulah tidak lojik PAS sanggup bersama Umno di dalam keadaan sedemikian. Umno tidak pernah menunjukkan keikhlasannya terlebih dahulu untuk bersama PAS atas dasar perpaduan Islam. Masa masih ada untuk Umno bersama PAS dengan syarat Umno mesti berubah. Usahlah Umno cuba `membeli' PAS dengan tawaran tiga jawatan Menteri kerana PAS berjuang bukan untuk satu, dua atau tiga jawatan Menteri itu. Jika itu lah yang diimpikan oleh PAS, sudah lama PAS bersama Umno.

Buat masa ini, cukup-cukuplah Umno untuk `melutut' dengan PAS mahu pun DAP. Kami di dalam PR sanggup menang atau kalah asalkan prinsip kami tidak tergadai dengan jawatan atau pangkat yang sementara itu. Komitmen PR kini adalah menuju ke Putrajaya, usaha kini sedang giat berjalan dan PR tidak akan berhenti untuk mencabut `kemuncup di jalanan' kerana ianya akan melambatkan perjalanan yang semakin hampir ke Putrajaya ini. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Aku sokong 110% offer ni tapi dgn syarat... jawatan menteri itu mestilah:

    1) Perdana Menteri
    2) Timbalan Perdana Menteri
    3) Menteri Dalam Negeri

    BalasPadam