Khamis, 5 Mei 2011

PORTAL UMNO REFORM PUN RAGU-RAGU DENGAN CERITA ESKAY

Datuk Eskay Pembohong?

Datuk Eskay pembohong - merujuk mengenai wanita Cina itu dalam video lucah Carcosa.

Saya semakin terhambat untuk menjawab di kalangan rakan-rakan saya mengenai perbualan dan perbincangan saya dengan Datuk Eskay dan Tan Sri Rahim Thamby Chik pada malam 21hb Mar 2011 dan apa yang dilaporkan oleh mereka dalam kenyataan media dan baru-baru ini di dalam artikel Eskay denies hiring woman in sex video http://www.malaysiakini.com/news/163229.

Semakin banyak kenyataan mereka semakin saya mempersoalkan apa cerita sebenarnya. Banyak yang berbeza dari apa yang diberitahu oleh mereka kepada saya sehingga isu wanita Cina yang dimaklumkan itu juga mempunyai kontradiksi. Saya tidak membicarakan mengenai siapa pelaku dalam video itu. Jawapannya mungkin ada pada pihak polis tetapi untuk saya jawapan mengenai sama ada saya percaya atau tidak adalah seperti berikut - Sekiranya kita mencari perbezaan dalam video itu maka perbezaan akan nampak di mata kita, dan sekiranya kita mencari persamaan maka kita akan jumpa persamaan. Dalam kita masih boleh membahaskan persamaan dan perbezaan maka akan timbul kecurigaan dan ketidaktentuan. Selagi kedua-dua perbezaan dan persamaan ada maka kita tidak akan dapat kepastian. Dengan ketidakpastian ini maka kita sepatutnya tidak membuat spekulasi.

Berbalik dalam isu wanita Cina itu – Datuk Eskay menafikan bahawa beliau yang melanggan “hire” wanita itu. Dari perbualan sebelum ini dan disaksikan oleh kami yang hadir mendengar penjelasan mengenai wanita itu – Datuk Eskay MEMAKLUMKAN bahawa beliau menyimpan wanita itu untuk keterangan. Katanya ‘yes Tan Sri’ we have that girl mana tau ada keperluan, bagi menjawab soalan di mana wanita itu sekarang.

Itu adalah kenyataan beliau yang bagi saya mengambil makna bahawa – wanita itu terus disimpan untuk kenyataan atau tujuan pengesahan kelak dan Rahim Thamby Chik mengambil maklum. Hari ini dalam www.malaysiakini.com, Dato Eskay menafikan bahawa beliau telah melanggan wanita itu untuk si pelaku dalam video tersebut. Dari apa yang difahamkan oleh Datuk Eskay – pada malam itu, wanita itu ada di bawah simpanan/kawalan mereka kerana mahu menjadikan wanita itu kemungkinan saksi sekiranya perlu.

Datuk Eskay sewaktu memberi penerangan itu TETAP dalam mengatakan bahawa kejadian itu adalah di Kuala Lumpur. Saya tidak pasti kenapa percanggahan cerita oleh Datuk Eskay khususnya mengenai Tan Sri rahim Thamby Chik tetapi – beliau mungkin terpaksa mencari jalan terbaik dalam membuat pendedahan lantas terpaksa menipu untuk membolehkan beliau mendedahkan video tersebut.

Ditambah pula Datuk Eskay dalam memberi penerangan – memang mengatakan bahawa wanita itu di sediakan oleh beliau dan hari ini beliau bertaubat – katanya tetapi Anwar Ibrahim tidak – katanya lagi. Sehingga hari ini video lucah Carcosa terus menjadi perdebatan tanpa ada nampak kesudahan./Umno-reform2

3 ulasan:

  1. Quote"perdebatan tanpa ada nampak kesudahan"Unquote

    Maka erti nya kita Dulu(Sblum nie) kini dan selama lamanya membuang masa ,jika cerita ini terus di putar putar,sahingga kita lupa utk membicarakan hal hal lain yg.lebh penting.

    Contoh nya Kenaikan Harga Minyak.

    Rakyat yg.di bebani perbelanajaan yg.meningkat naik.,sebalik nya pendapatan berkurangan tanpa pembelaan.

    The best...lupakan filem terbitan Datuk Eskay.

    Kita paparkan kezaliman penginayaan kesombongan dan keangkuhan Puak puak AMNO khususnya.

    BalasPadam
  2. Sudah SAH yang menghasilkan video seks DS Anwar Ibrahim terdiri daripada mereka yang otak telah buruk. Tak sedar bahawa Diri Sendiri rendah Moralnya

    BalasPadam
  3. bitch is back @Ropi martini7 Mei 2011 pada 12:14 PG

    Hallo bro!! dia org ni bersumpah laknat ke sumpah lahanat? tengok muka masing2 pun mcm lahanat. Suruh dia junjung kitab injil lagi baik jgn pegang Quran. buat malu islam je!!

    BalasPadam