Rabu, 29 Jun 2011

BENGAPNYA RAJA KATAK NI

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA bengapnya raja katak Berahim Ali yang mendakwa Perhimpunan Bersih adalah untuk menyelamatkan Anwar. Kalau sudah tidak ada hujah dan fakta, patutnya raja katak ini duduk diam-diam jangan buat kenyataan yang meloyakan seperti itu.

Apa lojiknya satu perhimpunan untuk berarak ke Istana Negara menyampaikan memorandum berkaitan sistem pilihanraya dengan menyelamatkan Anwar? Seandainya rakyat dikerah untuk berhimpun setiap kali Anwar dibawa ke mahkamah, mungkin ada lojiknya tuduhan raja katak tersebut.

Kalau Najib boleh menghimpunkan `sejuta' belia di Putrajaya, siap dengan berkata `belia akan pertahankan Putrajaya', lojik juga dikatakan perhimpunan itu untuk menyelamatkan Najib. Tetapi sejak dari Perhimpunan Bersih 1 tahun 2007 lagi, tiada sepatah pun nama Anwar disebut sepanjang perarakan. Begitu lah juga kesinambungan Perhimpunan Bersih 2.0 kali ini, tiada kena mengena dengan Anwar.

Sehubungan itu, raja katak tidak perlu bimbang jika tuntutan Bersih berjaya kerana sekiranya PR memenangi PRU akan datang belum tentu Anwar akan jadi PM. Bukankah Anwar mahu disumbatkan ke penjara? Atau, raja katak yakin Anwar tidak masuk penjara kerana tidak bersalah?

Apa pun yang pasti, samada PR berjaya menduduki Putrajaya atau tidak, raja katak akan tetap `disemadikan' di Pasir Mas di dalam PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Kalau amno lantik berahim ali jadi calon bn PRU 13 nanti aku potong Lancau skali lagi. Amno kelantan pun tak kelapaq dah dekat mangkok sorang ni.Tuan tak dak tu yang dok jadi Hantu raya, mengamok keliling kampong.

    BalasPadam