Selasa, 28 Jun 2011

GEMPAR - IBU PEJABAT PKR DI TROPICANA DI GANGGU `WOLFMAN' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA benar berita di bawah ini, maka sahih lah bahawa sememangnya Pemuda Umno bacul dan dayus serta kehabisan modal di dalam meraih sokongan rakyat. Tindakan paling tidak bertamaddun dengan menunjukkan `berani' tidak bertempat berlagak seperti `Samseng Kampung Dusun' hanyalah menyerlahkan `ketololan' pimpinan mereka berpolitik.

Tiada keberanian bersemuka, jauh sekali untuk berdebat samada bos mereka yang paling tinggi sehingga ke `cicak mengkarung'. Sikap ganas dan provokasi ini seperti telah mula dihalalkan di negara ini dan amat malang sekali tiada seorang pun yang ditangkap hatta sehelai baju `merah patriot' yang dirampas. Ini lah yang dikatakan oleh DS Anwar perangai `Pandi Kutti'.

Setelah puas menyalak siang malam di dalam TV menentang Perhimpunan BERSIH, kata-kata mereka tidak laku lagi malahan ditertawakan orang. Sambutan kepada BERSIH bertambah hebat sehebat nyaringnya salakan puak ini. Akhirnya, mereka bertindak umpama `mat rempit' yang tidak bersekolah menyerbu ke Pejabat PKR. Ugutan dikeluarkan dan cabaran dibuat di hadapan bangunan batu. Tiada sesiapa pun waktu itu, andainya batu bangunan itu boleh bercakap, sudah pasti kumpulan tidak siuman itu akan ditertawakan oleh bangunan itu sendiri.

Betapa teruknya mereka, berani berdebat dan menyalak di hadapan bangunan tidak berpenghuni. Kita sering mendengar anjing menyalak di tengah malam ketika sunyi sepi dan tiada orang. Mengapa tidak boleh berfikiran rasional? Beranikah puak ini berdebat secara terbuka melalui TV tentang isu Perhimpunan BERSIH yang dibenarkan oleh Perlembasgaan ini? Jawapannya, sudah pasti tidak. Mereka tidak akan berani untuk berdebat kerana bos mereka pun tidak pernah berani untuk berdebat walaupun dicabar banyak kali oleh DS Anwar.

Tidak perlu ulas panjang, anda boleh nilai sendiri kualiti yang ada pada Pemuda Umno setelah anda membaca berita ini seperti di bawah;

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis ‘tengok’ 300 Pemuda Umno berhimpun, ugut bakar ibu pejabat KEADILAN

(Oleh Sidiqin Omar)


DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.

Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.

Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.

Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.

Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.

Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama./SK

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16085

3 ulasan:

  1. Haha.. Pemuda UMNO sudah kehilangan arah. Sekali nak buat demonstrasi anti-Bersih, sekarang berdemonstrasi mintak Bersih jangan teruskan demonstrasi.

    BalasPadam
  2. Haha.. Pemuda UMNO sudah kehilangan arah. Sekali nak buat demonstrasi anti-Bersih, sekarang berdemonstrasi mintak Bersih jangan teruskan demonstrasi.

    BalasPadam
  3. MEMANG CILAKA PUNYA ORANG..BANGSAT JUGA PUAK2 UMNO KEPARAT NI..JAHANAM..MEMALUKAN..

    BalasPadam