Rabu, 15 Jun 2011

SIAPA BETINA INI YANG MAHU PINGAT ANWAR DITARIK?

Oleh: WFAUZDIN NS

UMI Hafilda, betina yang dulunya adik kandung kepada YB Azmin Ali dan juga kakak kepada Pengacara Azwan Ali, yang dikatakan telah dibuang dari keluarga oleh Alllahyarham ayahnya telah mengeluarkan kenyataan menggesa agar Pingat dan Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar ditarik balik.

Betina berumur yang masih belum mempunyai laki ini semakin meroyan dan masih tidak mahu insaf dengan apa yang telah terjadi di dalam seluruh kehidupannya. Sifat dendam, sakit hati dan cemburu beliau terhadap pengaruh DS Anwar seolah-olah menggambarkan beliau adalah musuh politik DS Anwar yang utama, sedangkan Umi Hafilda tiada pengaruh hatta menjadi Ketua Wanita Umno Cawangan sekalipun. Maka, memang wajar DS Anwar tidak melayani betina yang mengaku memiliki berbelas-belas video lucah ini.

DS Anwar sejak mula lagi menyebut beliau tidak hairan jika Pingat/Darjah Kebesarannya ditarik balik kerana beliau tidak pernah memintanya dulu. Bahkan, beliau bersedia untuk mengarahkan isterinya DS Wan Azizah meletakkan kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimilikinya ke dalam dulang dan diletakkan di pintu pagar rumahnya jika ada yang ingin menariknya kembali.

Untuk pengetahuan betina itu, sokongan dan dokongan rakyat terhadap DS Anwar bukan terletak kepada Pingat/Darjah Kebesaran yang beliau miliki. Rakyat menyokong kerana prinsip perjuangannya sama seperti sokongan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu walaupun beliau tidak mempunyai satu Pingat/Darjah Kebesaran sekalipun. Seandainya kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh DS Anwar itu ditarik balik kemudiannya diserahkan kepada Umi Hafilda, adakah rakyat akan menyokong dan menyanjung "Dato' Seri Umi Hafilda"? Sekejap, terasa mahu muntah pula.

Kenyataan Umi di dalam Malaysiakini, " Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini. "Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya.

Menurut Umi lagi, Anwar tidak boleh diberi muka lebih-lebih lagi pemimpin terbabit pernah menerima hukuman penjara. Umi Hafilda, 37, mengeluarkan kenyataan itu sebaik hadir memberikan sokongan kepada 13 NGO yang membuat laporan polis berkenaan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Balai Polis Melaka Tengah.

Hujah bodoh dari Umi dapat membayangkan betapa rosaknya pemikiran anak terbuang ini. Semenjak bila DS Anwar mempertikaikan kredibiliti Majlis Raja-Raja? Apakah ketuanan negara yang dimaksudkan oleh Umi itu? Saya percaya, Umi Hafilda pun tidak tahu apakah ketuanan negara kita sekarang. Adakah ketuanan Melayu atau 1 Malaysia? Hujah Umi bahawa DS Anwar pernah masuk penjara maka wajar Pingat/Darjah Kebesaran beliau ditarik balik. Mengapa tidak gesa agar Presiden Perkasa, Ibrahim Alkataki juga diambil tindakan sedemikian? Mengapa Umi Hafilda tidak menggesa Najib memecat Ezam raja Sesumpah dari menjadi Senator? Bukankah Ibrahim Alkataki dan Ezam juga pernah masuk penjara?

Demi untuk mencari sesuap nasi, betina ini sanggup berbuat apa sahaja hatta memakan `bangkai' yang disajikan. Memang kadangkala kita merasa simpati dengan anak yang terbuang ini, jika dahulu adiknya Azwan Ali bersamanya tetapi sekarang adiknya sendiri sering mengungkap perkataan `betina neraka ke tujuh' di dalam Twitternya. Memang sudah nasib dan balasan terhadap orang yang derhaka kepada ayahnya./wfauzdin,blogspot.com

12 ulasan:

  1. Sarjan...... dah Nuar Brahim pun satu,,, apo ado pado pingat,, pulang kan jo laah,,,,, bukan salah atau tak salah. buek macam anak toyo... itu bagus nya anak toyo dari anak brahim ni...

    BalasPadam
  2. bro..tak cukup mantap lagi alasan bro tu. kena cari fakta yang mantap lagi bro. baru syok buka gelanggang. bro kata umno tak islamik tapi yang mengembangkan islam di negara ni adalah umno. tengok le bro. nuar brahim dah banyak buat dosa bro. nik aziz pun dah banyak buat fatwa yang merosakkan agama dan perpaduan ummah. bacalah blog kerajaan bro supaya boleh imbangkan balik pendirian bro tu. tapi kalau bro dah kena bayar, memang kena jalankan tanggungjawab le!

    BalasPadam
  3. @ anak sufi
    aku rasa kt sini engkau yang lebih sesat kot. Banding engko dengan nik aziz even bapak ko sekali pun tak sama level pendidikan islam korang. Sebelum nak kata fatwa die sesat baik ko pergi kedai mana2 beli cermin dlu..pastu baru cari jalan pulang..takut nyesal nanti dh terlambat beb

    BalasPadam
  4. Incik Yo's berkata.....

    alo anak sufi...alasan lu lagi la x masuk akal...nik aziz keluarkan fatwa ape yang lu kata rosakkan agama tu??.....oo...maksud lu tu nik aziz ni sesat la??....kah3....ni gua nak tanya skit...majlis fatwa serta para-para mufti ada tak keluarkan kenyataan bahawa nik aziz telah SESAT????.....ada tak???....kah kah kah...aik?....blogger PR x macam blogger UMNGOK yang sentiasa bagitau benda yang x betul....kah kah kah...gau anggap blogger UMNGOK tu sume kaki BLUE FILM.....kah kah kah

    BalasPadam
  5. "fatwa" atau ucapan2 nik aziz ni susah dipaham oleh puak2 gerombolan ni. sampaikan di jelaskan pon masih tak paham2. buat pekak. dok melalak cakap memecahkan umat islam padahal ada makna tersirat yang disampaikan oleh tuk guru. bengong punya puak sokok tinggi.

    BalasPadam
  6. nak paham macam mana kalau tak ada ilmu nak ada ilmu macam mana kalau hari2 dokbaca kitab utusex dari pagi sampai petang malam tengok tazkirah ditv3/4 ahirnya mati dalam keadaan kejahilan nauzubilah.

    BalasPadam
  7. Inilah Betina Melayu Terakhir...Bukan Perempuan, Bukan Isteri...Memang JALANG!!!

    BalasPadam
  8. ini lh manusia baghal.nk jd pembela istana knon.dia mungkin buat2 lupa titah Raja Nazrin suatu ketika dulu.bginda brtitah org politik jgn msuk campur urusan istana.klau pihak istana nk trik blik drjh kebesaran,mreka akn lakukn tnpa desakan dr mna2 pihak.anugerah kbsran ada lh hak istana.dlm hal khir toyo,fakta biar btul,bkn dia yg pulngkn tp di arahkn oleh pihak istana

    BalasPadam
  9. kahkahkah, nik aziz mengeluarkan fatwa yg merosakkan agam..kahkahkah...madey cakap apa pasal islam dia lupa lak....kahkahkah....

    nanti mesti dia cakap anwar pecahbelahkan org melayu....madey kuar dari UMNO sebab tak setuju ngan org yg dia sendiri lantik dia buat2 lupa pulak..kahkahkah

    BalasPadam
  10. sokong 11.33 and.8;54

    BalasPadam
  11. alah duk sibuk2 pasal pingat esok mampus tuhan tak tengok pun pingat kebesaran apa yang kauorang dapat.dia tak tanya pun seramai mana pengaruh kau orang.dia tak heran pun siapa kau orang ,dia cuma lihat sekuat mana iman ,seteguh mana aqidah sebanyak mana ketakwaan terhadap nya setinggimana kesabaran ketika menempuh ujian darinya,setakat mana ketaatan kita terhadapnya.apakah kita telah melaksanakan segala perentahnya,dan meninggalkan segala larangannya.itu aja lain2 tu tak da nilai langsung.

    BalasPadam
  12. Umno dah lingkup dah... Kihkihkih

    BalasPadam