Selasa, 12 Julai 2011

BERSIH - INI BUKAN VIDEO HITAM PUTIH DARI SIAM, BUKTI SIAPA YANG ZALIM



Oleh: WFAUZDIN NS

MAMPUKAH rejim menipu rakyat selama-lamanya? Sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 digambarkan bahawa BERSIH membawa fahaman Komunis, BERSIH mempunyai agenda untuk melakukan huru-hara apabila kununnya ketemu beberapa bilah parang dan molotov cocktail (di dalam botol mineral?) dan bermacam lagi propaganda rejim sekutu Apco.

Paling bacul apabila rejim mendakwa bahawa Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul itu semata-mata untuk menyelamatkan seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Amat melucukan juga apabila pencacai membawa isu perkauman dengan mendakwa BERSIH di bawah Datuk S. Ambiga seorang India berugama Hindu berjaya memperkudakan pemimpin-pemimpin dan penyokong Pembangkang dari golongan Melayu Islam.

Setelah BERSIH 2.0 berjaya dengan cemerlang pada 09 Jul yang lalu, terkedu rejim yang zalim ini apabila agenda mereka gagal samasekali. Mereka gagal membuktikan bahawa sepanjang perhimpunan tersebut ditemui senjata merbahaya atau bom digunakan oleh para peserta perhimpunan. Mereka hanya berjaya membuktikan bahawa pihak mereka menggunakan senjata merbahaya seperti gas pemedih mata atau bom asap dan juga semburan air kimia. Video di atas bukan video hitam putih atau pun dibuat di Siam telah membuktikan segala-galanya.

Dakwaan kununnya perhimpunan tersebut adalah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang amat mereka geruni itu ternyata jauh meleset. Sepanjang perhimpunan tersebut, tiada sepatah pun nama Anwar disebut. Hanya laungan Takbir, Selawat, laungan BERSIH dan reformasi yang kedengaran di merata pelusuk Ibu Kota. Memang SPR memerlukan reformasi, itulah agenda BERSIH. Malahan Anwar menjadi mangsa begitu juga dengan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dan beberapa pimpinan yang lain termasuk Pengerusi BERSIH sendiri, Datuk S. Ambiga.

Tuduhan bahawa Datuk S. Ambiga seorang India yang berugama Hindu memperkudakan Pembangkang adalah satu tuduhan yang datang dari orang yang sakit hati dan dengki mungkin juga bengap otaknya. Ketika BERSIH 1.0 dahulu tahun 2007, pemimpin BERSIH adalah seorang Melayu berugama Islam iaitu Syed Shahir. Puak sekutu Apco ini tetap juga menentangnya dan peserta perhimpunan pada ketika itu tetap dibelasah dan disakiti. Ertinya, bukan kerana Datuk S. Ambiga memimpin BERSIH, tetapi adalah kerana BERSIH merupakan satu badan yang berjuang untuk menggagalkan penipuan mereka. Mereka mahu terus berkuasa untuk menyapu segala harta di muka bumi negara ini untuk diri, keluarga dan kaum kerabat serta kroni mereka.

Malangnya, sifat zalim mereka ini dibantu oleh mereka yang kita harapkan menjadi benteng keselamatan di negara tercinta ini. Imej PDRM kini menjunam teruk ketika seorang KPN dikatakan mempunyai pengetahuan dan kelulusan agama yang tinggi memegang tampuk kuasa. Rupa-rupanya ilmu agama yang tinggi belum menjamin seseorang itu tidak menjadi zalim atau pengikut Sang Penguasa yang zalim.

Menonton video di atas, kita merasakan BERSIH 2.0 yang lalu bukan yang terakhir. Tiada noktah untuk perjuangan selagi kebenaran dan keadilan tidak tercapai. Benarlah kata pimpinan, menyekat kebangkita rakyat yang mahukan keadilan umpama menyekat turunnya air dari puncak gunung. /wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. mmg zalim..berapa ramai pendemo yg mati dibelasah..belum yg masuk beribu2 lagi yg tercedera..mmg zalim..

    BalasPadam
  2. kezaliman bukan diukur pd yg mati atau yg dibelasah.....menyekat hak utk bersuara dan berhimpun itu pun dh dikira zalim....kena cerdik sikit ok...

    BalasPadam
  3. MATI? DAN KEMATIAN???

    hmmmm..BOLEH JADI MODAL POLITIK

    -IBRAHIM LIBYA = MODAL PAS

    -TEO BENG HOCK = MODAL DAP

    -PAK BUDIN = MODAL PKR

    APA GILA LAH KO ORG INI, CARI LE MODAL YG SIUMAN SIKIT !!!

    DITAKDIRKAN TERPADAMNYA SECARA TAK SENGAJA KARPAL OKU, LIM KID SETAN THE BLIND MAN ATAU PAK AJIS TUA RENTA..

    PERGHHHH...MODAL POLITIK YAHUDI KAT MALAYA NI YG DEIKETUAI OLEH BAPAK MUNFIKIN ANUWAR AL JUBURI

    BalasPadam
  4. 50k ikut penganjur 100k kta aljazeera 100k++ ikut bbc polis bpa kalu pakat luku pun teriak pdrm tutpi spa yg pulun balun rakyat nnti bersia 2.1 lawan jgn bagi muka dh

    BalasPadam
  5. yg penting kita melihat isu spr dijadikan alasan utk menjadikan proses demo itu hanya utk kepentingan politik pakatan pembakang.ini mmg tidak boleh dinafikan.apapun org yg bijak dpt melihat demo ini mempunyai agenda tersirat DAP dan anwar.hanya yg bijak dpt melihat teknik yg bijak dari org yg bijak spt Lim Kit siang dan anwar.:)

    BalasPadam
  6. Umno Pengkhianat Bangsa Melayu13 Julai 2011 pada 2:24 PTG

    Pakatan Umno - Polis bagitau dgn penuh yakin dlm tv & media , pengacau BERSIH berjumlah dlm 6 ribu sahaja.Penipuan tak kena tempat. Mmg umno pengkhianat !

    BalasPadam
  7. Sudah tentu aku PAS.... takkan UMNO kot.13 Julai 2011 pada 5:56 PTG

    Respon pada Anon 9:31 (Si Anak Anjing UMNO)

    Dah UMNO dan POLIS memang dah membunuh orang, ada yang mati. Ini nyawa manusialah... wahai UMNO bangang.... nyawa kucing pun boleh menyebabkan wanita soleh ke neraka... inikan pula nyawa manusia.

    Lihatlah dunia mentaliti penyokong UMNO yang dizahirkan dari mentaliti pemimpin mereka...

    UMNO letakkan nyawa rakyat tiada nilai...
    UMNO letakkan kesakitan rakyat tiada nilai...
    UMNO letakkan kesusahan rakyat tiada nilai...
    UMNO letakkan keadilan rakyat tiada nilai...

    beginikan pemimpin yang kita mahu? Jika rakyat sendiri dibiar terkorban, adalah tidak mustahil ahli UMNO sendiri akan dikorbankan untuk kelangsungan pemerintahan pemimpin2 UMNO. DSAI adalah salah satu contoh korban untuk membolehkan pemimpin UMNO yang korup dan lemah untuk terus kekal berkuasa.

    UMNO/BN letakkan nyawa rakyat tiada nilai...
    UMNO/BN letakkan kesakitan rakyat tiada nilai...
    UMNO/BN letakkan kesusahan rakyat tiada nilai...
    UMNO/BN letakkan keadilan rakyat tiada nilai...

    Hancur, hancur, hancur UMNO...
    Hancur, hancur, hancur UMNO...
    Pembunuh, pembunuh, pembunuh rakyat...
    Hidup rakyat, hidup rakyat

    Hancur, hancur, hancur BN...
    Hancur, hancur, hancur BN...
    Pembunuh, pembunuh, pembunuh rakyat...
    Hidup rakyat, hidup rakyat

    Hancur, hancur, hancur Najib...
    Hancur, hancur, hancur Najib...
    Pembunuh, pembunuh, pembunuh rakyat...
    Hidup rakyat, hidup rakyat

    Hancur, hancur, hancur Hishamuddin Hussein...
    Hancur, hancur, hancur Hishamuddin Hussein...
    Pembunuh, pembunuh, pembunuh rakyat...
    Hidup rakyat, hidup rakyat

    BalasPadam
  8. penyokong umno memang sudah buta hati mengangap nyawa manusia seperti nyawa semut yang melata,itulah akibatnya apabila melantik syarikat yahudi sebagai penasihat perangai pun macam yahudi yang membunuh ramai dikalangang nabi2 dan sekarang rakyat plestin sedang menjadi mangsa bunuhan mereka sedangkan mereka tidak rasa bersalah sedikit pun malah mereka bangga dengan perbuatan mereka itu begitulah umno sedikit pun tidak rasa bersalah malah mereka suka menyalahkan orang yang mereka bunuh itu,
    wahai orang2 umno(semua yang mengundi umno/bn) tunggulah kamu satu hari yang tidak dapat lepas dari bertanggung jawap keatas setiap apa yang kamu lakukan kerana membunuh orang yang diharamkan darahnya.

    BalasPadam