Ahad, 14 Ogos 2011

CELARUNYA ZAHID HAMIDI BILA BERCAKAP SOAL ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Zahid Hamidi memberi kenyataan yang menyalahkan Kerajaan Negeri P.Pinang di dalam isu menggunakan pembesar suara membaca Al-Quran sebelum waktu Subuh, ternyata menteri ini jahil di dalam menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Kejahilannya bertambah jelas apabila mahu keputusan Majlis Fatwa P.Pinang itu di rujuk terlebih dahulu kepada Yang Di-Pertuan Agong. Baca di sini.

Zahid Hamidi mendakwa Kerajaan Negeri yang mengarahkan tindakan melarang membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara diwaktu Subuh dan menyifatkan Kerajaan Negeri di bawah Lim Guan Eng tidak sensitif terhadap Islam. Suka kita mengingatkan Zahid Hamidi, kerana sensitif dengan ajaran Islam lah maka Kerajan Negeri P.Pinang menyerahkan kepada Majlis Fatwa untuk membuat keputusan. Adakah Zahid Hamidi menyangka Majlis Fatwa P.Pinang itu terdiri daripada ahli-ahli dari DAP atau ahli-ahli yang jahil agama seperti beliau?

Jika tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang yang menguatkuasakan keputusan Majlis fatwa tersebut merupakan satu penghinaan atau tidak sensitif dengan Islam, adakah ini bermakna Negeri Perlis yang sudah lama menguatkuasakan arahan tersebut juga satu tindakan menghina Islam? Islam bukan boleh ditegakkan dengan siapa paling kuat membaca Al-Quran tetapi masih boleh meluluskan lesen judi yang terbesar di Genting. Mengapa ketika setiap kali mahu meluluskan lesen judi tidak pula mahu merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Agong?

Mana lebih baik, kerajaan yang melarang penggunaan pembesar suara membaca Al-Quran diwaktu Subuh dengan kerajaan yang meluluskan lesen judi serta mengekalkan Akta ISA yang zalim itu? Zahid Hamidi berkata isu tersebut belum dibuat kajian oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita ingin bertanya jika semua negeri mesti menunggu kesemua Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, lebih baik bubarkan sahaja Majlis Fatwa di setiap negeri. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan merujuk kitab atau Al-Quran yang berbeza daripada yang dijadikan rujukan oleh Majlis Fatwa Negeri?

Jelas, Zahid Hamidi telah buta matanya terhadap kemungkaran yang lebih besar di depan mata beliau sebaliknya beliau meraba-raba mencari isu lain yang boleh memberi keuntungan politik kepada parti beliau. Zahid Hamidi cuba untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang redha dengan kegiatan judi dan Akta ISA yang zalim itu. Zahid Hamidi mahu bermain politik dengan isu agama, malangnya beliau teramat jahil untuk memahami hukum Islam.

Beliau khuatir sekiranya tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang tersebut akan dituruti oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Mengapa perlu khuatir jika negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat mahu mengikuti fatwa dari Kerajaan Negeri P.Pinang? Perkara yang baik memang patut diikuti, bukannya kita mahu mengikuti perkara yang tidak baik. Zahid Hamidi kena faham bahawa Islam akan dapat ditegakkan apabila ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran itu dilaksanakan bukan dengan betapa nyaringnya bunyi bacaan Al-Quran itu.

Sekiranya arahan tersebut meliputi arahan melarang menggunakan pembesar suara ketika Azan, itu memang jelas menyalahi hukum dan kita patut bangun menentangnya. Justeru itu, adalah lebih baik Zahid Hamidi belajar Islam dengan lebih mendalam lagi sebelum beliau ingin memberi komen terhadap hukum Islam. Jika tidak, Zahid akan dilihat lebih jahil dari Lim Guan Eng./wfauzdin.blogspot

7 ulasan:

  1. Jika dilihat dari pengamatan, majoriti ahli dan penyokong UMNO tak mampu mendirikan solat fardu 5 waktu sehari semalam secara tetap. Sembahyang raya 2 kali setahun banyak... yang ni memang UMNO pass.

    BalasPadam
  2. azan mengunakan pembesar suara pun masih ada khilafnya. Pembinaan menara (minaret) di masjid adalah dengan tujuan supaya apabila azan dilaungkan dpt didengari oleh ahli qariah semua tanpa menggunakan pembesar suara kerana masjid/surau terlalu hampir dan pembesar suara mengelirukan. Wallahua'lam

    BalasPadam
  3. bile bercakap mengikut emosi dan citerase sendiri..ini lah hasilnye..buke pekung di dade sendiri...buat malu je.

    BalasPadam
  4. Kalau ada sesiapa nak terbitkan buku atau majalah lawak atau satira,tak payah fikir banyak,cuma muatkan petikan ,ulasan dan komen2 dari Sheikh Ahmad Zahid AlBagani,tentang pebagai isu yang dia sendiri pun tak faham,pasti meletup punya,gua cakaplu.Bodoh piang.......

    BalasPadam
  5. Relek semua, dia kan ker Pak Menteri bahagian Pertahanan UMNO...bukan ker? Ops!

    BalasPadam
  6. ZAHID, KALAU TAK BERKESEMPATAN UNTUK DENGAR KULIAH & CERAMAH DI MASJID SURAU, LIHATLAH BAB AZAN SUBUH DI YOUTUBE DATO' ISMAIL KAMUS CERAMAH. KALAU TAK BERKESEMPATAN JUGAK DUDUK DIAM2 KALAU BUKAN AHLI. TQ.LAWAT SINI ZAHID==> http://youtu.be/2gfJdHScvPY

    BalasPadam
  7. inilah payahnya bila budaya jadi agama... hukum tunggang langgang... mcm nikah tanpa bersanding... kecoh satu kampung... yang tak nikah tapi hidup kalahkan org dah bersanding kenapa senyap?

    BalasPadam