Ahad, 7 Ogos 2011

DR HASSAN ALI, JANGAN CUBA MAHU CARI ALASAN UNTUK DIPECAT

Betul ke Dr Hassan Ali tak kisah beliau dipecat demi menjaga akidah umat Islam? Jika betul ada akidah umat Islam yang mahu dirosakkan, bukan sekadar dipecat malahan semua umat Islam wajib bangun menentang hatta mesti berani dan bersedia untuk mati. Jadi, tak pelik pun Dr Hassan Ali berkata demikian berikutan isu menyerbu sebuah Geraja di Selangor baru-baru ini.

Persoalannya, sudahkah Dr Hassan Ali atau JAIS bawa bukti bahawa memang benar berlaku ada `program' memurtadkan umat Islam di Gereja tersebut? Jika ada, mengapa perlu Dr Hassan Ali dipecat kerana itu? Tetapi jika dipecat kerana `salah laku' atau secara biadap menyerbu rumah ibadat ugama lain itu mungkin boleh dilakukan. Bayangkan, jika tiada kes atau bukti tentang `upacara' memurtadkan berlaku di situ, tetapi sebaliknya ada bukti bahawa JAIS bertindak `biadap' atau `kurang ajar' menyerbu Gereja tersebut, apa tindakan yang patut dibuat?

Siapa pun bersalah, aku jelek dengan orang yang gunakan media berlidah syaitan untuk mempertahankan diri. Mahu berjuang Islam, tetapi guna media yang terang nyata dan jelas memusuhi Islam. Bukankah kita dah tahu media tersebut sebelum ini heboh memberitahu betapa Kristian akan dijadikan Ugama Resmi negara ini? Bila disiasat, ternyata pembohong besar media itu. Itukah media yang dipilih oleh Dr Hassan Ali dan anak Tuan Guru Nik Aziz? Jika Harakah tidak mahu siarkan kenyataan mereka pun, paling tidak gunakan blog sendiri biar Blogger yang lain akan siarkan, bukan menyembah lutut media berlidah syaitan itu.

Selanjutnya, baca di sini dan di sini.

Sumber: Budakmental

5 ulasan:

  1. semoga PAS dapat menilai siapa sebenarnya DAP yang anti-Islam/Melayu!
    lihatlah perlakuan DAP di PPinang dan Selangor. dimana kedudukan dan suara PAS?
    jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara buktikanlah PAS lebih baik dalam pentadbiran dinegeri Kelantan, PPinang, Selangor dan Kedah kerana orang kebanyakan sekarang ini sedang melihat perjuangan PAS yang semakin tersasar…!

    BalasPadam
  2. Yang perlu adalah Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakt membuka mata seluas-luasnya. Kenapa perkara ini bolih berlaku. Lebih lagi kepada umat islam di Malaysia ini.

    Terjemahan kitab injil dalam bahasa melayu. Ini akibat kebenaran kerajaan yang telah memberi kelulusan.

    BalasPadam
  3. UMNO da buat org melayu jadi gila ... semua da gile ...lebih2 lagi bile baca komen org2 yg xboleh lagi pikir mcm tungkaran10:38 diatas ... dia xtahu yang umno yang nak hancurkan melayu ... membodo kan semua org melayu ...pengkhianat bangsa dan agama ...habis semua kita jd gila akibat dirosakkan oleh pemimpim umno pengkhianat .. pembelot bangsa dan agama ...semua da jd xtentu arah .. tenggelam punca ... ntah apa nak jadi pada anak pinak kita ... cucu cicit kita kalo puak UMNO masih dibiar bermaharajalela ...

    BalasPadam
  4. Adalah lebih baik sekiranya ada pihak yg boleh membuat sedikit research mengenai status agama Khalid Ibrahim? sebagai seorg islam, dia seharusnya membuat siasatan terdahulu sebelum menyalahkan JAIS dan terus memohon maaf atas sebab yg tidak jelas. Dia seharusnya meminta maaf kepada JAIS kerana gelojoh dlm menangani isu gereja ni. adakah dia pun salah seorg ahli DUMC yg akan merpertahankan DUMC bermati-matian? di akan dilihat sebagai seorg yg sanggup menjual agamanya untuk populariti dan kepentingan politik dan peribadi. Saya merayu pada MB kalau nak duit raya lebih jangan la jual agama mcm ni. Gunalah cara lain yg tidak melibatkan agama Islam.

    BalasPadam
  5. Umno x buat org melayu jadi gila tapi org melayu itu sendiri yg gila nk membela org yg bersetongkol dgn DAP...tahukah kamu apa agenda DAP??? tahukah kamu sejarah dan asal-usul DAP??? tahukah kamu siapa di belakang DAP?? kalau x tahu sila buat research...kalau dah tahu masih nk menyokong membabi buta, itulah melayu yg gila...bila benda dah jadi br nk menyesal dah x berguna...mungkin x terjadi pd zaman kita tapi boleh terjadi pd zaman anak cucu kita...mahukah kita melihat org melayu merempat di negara sendiri...kalau nak tengok contoh sila lihat apa terjadi pada org melayu di p.pinang...begitulah nasib kita nanti...fikir-fikirkanlah...

    BalasPadam