Selasa, 2 Ogos 2011

PAKATAN DI ANTARA PKR DAN PARTI KITA DI PAHANG UNTUK JATUHKAN UMNO?

Oleh: WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN bulan lepas, seorang bekas Ketua Cabang PKR yang melompat parti dan menyertai Parti KITA dari Negeri Pahang telah sanggup menemui pemimpin utama PKR Pahang untuk `berbincang atau merayu' agar PKR memberikan laluan kepada Parti KITA bertanding di salah satu kawasan di negeri tersebut.

Difahamkan pertemuan itu diadakan di Ibu Pejabat PKR Pahang sendiri. Di antaranya dikatakan bahawa wakil dari Parti KITA itu (mungkin bakal calon KITA) mahu agar PKR memberi laluan kepada KITA untuk bertanding kerana kononnya KITA dan PR sama-sama untuk menjatuhkan Umno/Bn di dalam PRU nanti. Kerusi yang KITA mahu PKR beri laluan itu merupakan Kerusi Parlimen yang berkemungkinan besar kerusi itu bakal diisi oleh calon dari PKR.

Perbincangan yang dikatakan tidak sampai 10 minit itu berakhir apabila `rayuan' dari wakil KITA tidak mendapat respon dari pimpinan PKR. Persoalannya, benarkah KITA ingin bersama-sama dengan PR menjatuhkan Umno/Bn? Jika benar, mengapa tidak umumkan sahaja untuk menjadi rakan di dalam PR? Atau, mungkin juga KITA akan bercakap benda yang sama apabila berunding dengan Umno/Bn iaitu dengan menyebut KITA bersama Umno/Bn ingin menjatuhkan PR?

Nampaknya jika benar cerita ini, KITA cuba menjadi parti `dua alam' atau `talam dua muka'. Kita masih ingat sewaktu awal penubuhan KITA, pemimpin mereka berkata bahawa KITA boleh mendapatkan pengaruh dan sokongan tanpa bantuan samada dari PR mahu pun Bn. Tentulah tidak masuk akal, belum apa-apa lagi sudah ada wakil yang datang `merayu' untuk beri laluan. Jika sudah merasa kuat dan gagah, masuk sajalah bertanding dan tentu meriah bila ada beberapa kawasan yang berlaku pertandingan 3 penjuru.

Diberitakan semasa pertemuan itu berlangsung, pemimpin PKR Pahang itu cuba menolak `rayuan' wakil dari KITA tersebut dengan memberi alasan bahawa pengagihan Kerusi Parlimen adalah di bawah kuasa PKR Pusat. Wakil KITA diminta untuk berunding dengan PKR Pusat berkenaan `rayuan'nya itu. Masalahnya, ada keberaniankah Zaid Ibrahim untuk berjumpa DS Anwar bagi membincangkan hal tersebut?

Sejurus selepas pertemuan tersebut, pemimpin PKR tersebut berkata, "Jika PKR Pusat setuju sekalipun, PKR Pahang akan membantah keras untuk memberi laluan kepada KITA". Nampaknya, ada yang menyesal melompat parti baru-baru ini kerana gagal membawa ramai penyokong untuk melompat bersamanya./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. bahaya ni, tak blh percaya parti macam ni , blh di beli & sgt pandai bermuka-muka.hindar kan dulu utk sementara, takut aluminium di sangka besi.

    BalasPadam
  2. KITA, ATIK, KATI, TIKA, TAKI Eh parti apa ni...my response is simply GO TO HELL!

    BalasPadam
  3. Hooo bahaya2..gunting dlm seluar ni..

    BalasPadam