Rabu, 14 September 2011

NAJIB TAKUT DEBAT DENGAN ANWAR, MUHYIDDIN TAKUT DENGAN MAT SABU - INIKAH PEMIMPIN UMNO?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI diduga, TPM Muhyiddin Yasin pasti akan menolak cabaran debat yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di dalam isu kontroversi iaitu siapa pejuang kemerdekaan sebenar yang mempunyai kaitan juga dengan Mat Indera, samada dia seorang pejuang atau pengkhianat negara.

Keengganan Muhyiddin Yasin ini mengesahkan tanggapan kita semenjak dulu lagi bahawa sememangnya pemimpin Umno tidak pernah mempunyai jiwa yang besar untuk mempertahankan prinsip dirinya sendiri, jauh sekali untuk mempertahankan kebenaran. Mereka hanya berani menyalak di hadapan TV dan akhbar di bawah kawalan mereka, tetapi apabila disebut berdebat, makan kecut akan segalanya.

Malaysiakini memetik kenyataan Muhyiddin Yasin, " Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau." Muhyiddin meminta Mat Sabu memohon maaf kerana menganggap Komunis sebagai hero sebenar di dalam peristiwa Bukit Kepong di tahun 1950 tersebut. Jelas di sini, sememangnya TPM tersebut tidak mengetahui fakta apa yang diucapkan oleh Mat sabu sebenarnya, bahkan beliau tidak tahu langsung isu sebenar di dalam perkara yang sedang diperdebatkan ramai pihak sekarang.

Justeru itu, tidak hairanlah Muhyiddin Yasin takut untuk berdepan dengan Mat Sabu dan beliau lebih suka jika sesuatu akta atau undang-undang dikenakan kepada Mat Sabu daripada berhujah. Sebab itulah sudah menjadi kelaziman mana-mana diktator yang gila kuasa akan menjadikan undang-undang dan kuasa yang mereka ada untuk berdepan dengan rakyat. Mana ada diktator yang berani berdepan dengan rakyat secara terbuka?

Seperti dakwaan Muhyiddin, biarlah Mat Sabu berdebat atau berdialog dengan Pakar Sejarah tentang isu ini. Jika demikian, mengapa terlalu gatal mulut Muhyiddin menghentam Mat Sabu di dalam isu ini jika beliau sendiri tidak tahu sejarah kecuali Pakar Sejarah? Beliau mendakwa, beliau tahu sejarah melalui apa yang beliau pelajari semasa bersekolah. Mengapa takut untuk berdebat dengan berbekalkan apa yang beliau pelajari itu? Mat Sabu pula akan berdebat berbekalkan apa yang beliau pelajari dan ketahui juga.

Hakikatnya Muhytiddin Yasin merasa terjerat dengan isu ini. Beliau tahu bahawa Mat Sabu tidak pernah mengiktiraf Komunis yang berlaku zalim itu sebagai hero. Bahkan, sepanjang ucapan Mat Sabu tidak disebutkan langsung tentang Komunis itu hero. Mat Sabu menyanjung Mat Indera dan beberapa pahlawan dahulunya sebagai hero kerana mereka menentang penjajah. Seperti juga Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf nama Mat Indera sebagai salah seorang tokoh yang mengukir nama Johor,

Buku yang dikeluarkan oleh Yayasan Negeri Johor, "Pengukir Nama Johor' di mana biografi Mat Indera ini ditulis oleh Ismail Adnan, bekas Guru Kanan yang pernah menjadi seorang Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga turut disunting oleh Prod Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya. Turut serta adalah Md Ismail Zamzam, Tokoh guru Berjasa Johor tahun 2002. Malahan, prakata buku tersebut ditulis sendiri oleh MB Johor, Dato' Abdul Ghani Othman. Ertinya, buku ini diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor walaupun kerana tekanan akhirnya baru-baru ini MB Johor telah mengiktiraf Mat Indera sebagai Komunis dan pengkhianat. Rakyat Johor pastinya tertanya-tanya mengapa seorang Pengganas atau pengkhianat di senaraikan sebagai salah seorang `Pengukir Nama Johor'?

Semuanya tidak pelik kerana negara kita diberitakan pernah menawarkan sebidang tanah dan beberapa keistimewaan lain kepada beberapa orang Komunis setelah mereka `bersara' dan menyerah diri. Saya tidak pasti samada tentera atau Polis yang bersara memperolehi keistimewaan sebegini. Persatuan Bekas Tentera atau Polis boleh cuba menyemak perkara ini sebelum menjadi pencacai kepada orang politik. Mereka perlu menyemak adakah tentera atau Polis seperti mereka terlibat di dalam peristiwa Bukit Kepong di tahun 1950 itu, atau mereka tidak terlibat membantu penjajah. Jika mereka tidak terlibat sebagai `barua' penjajah, mengapa mereka hiruk pikuk dengan isu Bukit Kepong?

Pokoknya di sini, kesemua mereka yang celik sejarah akan mengiktiraf Mat Indera, Tok Janggut, Tok Maharaja Lela, Dol Said, Mat Kilau, Tok Bahaman, Dr Burhanudin Helmi, dan beberapa orang lagi tokoh yang menentang penjajah itu adalah sebagai pejuang bukan Komunis. Kita juga tidak mendakwa Onn Jaafar atau Tunku Abd Rahman sebagai Komunis tetapi kita tidak boleh menyamakan mereka ini setaraf perjuangannya dengan Mat Indera dan beberapa nama yang disebut tadi.

Sudah tentu saranan Muhyiddin Yasin agar Mat Sabu berdebat dengan Pakar Sejarah menjadi sesuatu yang melucukan. Apa tidaknya, pakar-pakar yang ada di negara ini yang bertaraf Profesor sendiri pun bercakap seperti `orang pening' sesama mereka apabila membicarakan isu ini. Ada yang mendakwa British datang ke Tanah Melayu hanya untuk `makan angin', ada yang berkata negara kita tidak pernah terjajah dan British hadir hanya untuk menjadi `Penaung'. Terbaru, Dr Chandra Muzafar berkata negara kita dijajah secara `de factor'. Berbagai istilah digunakan untuk menggambarkan `pening'nya mereka yang bijak pandai ini. Gamaknya, tentulah pening akan menjadi `gila' jika mereka berdebat dengan Mat Sabu nanti.

Adalah lebih baik jika kita hentikan isu yang banyak memperbodohkan kita ini dengan menjadikan kalam Najib Tun Razak sebagai penutup kalimah iaitu " Komunis dahulu jahat dan zalim, Komunis sekarang baik". (Sebab itu kita boleh `berbesan' dengan mereka)./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. Salam bormat Sjn Wan. Untuk pengetahuan bersama, PBTM (Persatuan Bekas Tentera Malaysia) itu pun menyalak sekali baru-baru ini atas dasar apa? Semuanya atas dasar membodek kerajaan UMNO/BN, sekurang-kurangnya ramai di antara pemimpin persatuan nanti mudah dikurniakan gelaran "Dato" atau "Dato Seri", itu sahaja. Bukannya mereka mahu sangat memperjuangkan nasib bekas tentera yang hidup tanpa haluan, tiada pekerjaan tetap (bagi yg tiada pencen), tiada tempat kediamaan atau sebidang tanah sekalipun. Apa lagi mengesyorkan atau memperjuangkan kenaikkan jumlah pencen bekas/pesara tentera di zaman kos barangan keperluan serba meningkat ini (jangan harap). Hanya yang mereka mampu ialah membawa bekas tentera (rombongan) ke majlis-majlis keramaian membodek kerajaan UMNO/BN, bagi mendengar janji-janji kosong pemimpin penipu parti tersebut....itu sahaja yang mereka mampu. Tak lebih dari itu.

    BalasPadam
  2. you kira orang UMNO takut berdebat..yang MAT SABU takot berdebat dengan KHAIRY macammana? Jangan sedap-sedap tuding jari pada orang lain, sedangkan 4 jari lagi menuding ke arah diri sendiri..

    BalasPadam
  3. Dulu...ISA diwujudkan utk mengekang kemaraan komunis, selepas komunis dlm hutan meletak senjata, ISA agak tak releven utk dikekalkan, tetapi, komunis muncul kembali, ISA wajar dikekalkan, malah digunakan sepenuhnya utk mengekang komunis. Komunis dlm hutan dah tak ada, komunis sekarang duduk sebelah rumah kita.

    BalasPadam
  4. Ada negara blok komunis,
    ada parti komunis,
    ada penyokong komunis,

    ini blog komunis...

    BalasPadam
  5. W/pun komunis di rimba telah tiada, tetapi ada lagi saki baki yg berkeliaran dlm lingkungan kehidupan kita.

    cara nak mengenalinya senang saja. Kita dengar suara dia, kalau suara saling tak tumpah mcm penghuni rimba, sah...itu saki baki komunis.

    BalasPadam
  6. Adakah dia seorang saja saki baki komunis? Tidak...ada ramai lagi, cuma disebabkan dah lama tak duduk di rimba, maka gaya suara di rimba mereka agak lupa, tapi kalau mereka masih mati-matian bela komunis, memang sah... ini pun anak beranak komunis jugak.

    BalasPadam
  7. jaga-jaga, komunis nak buat road block.

    BalasPadam
  8. Jangan lupa anak Najib yang perempuan tu bertunang dengan pemuda yang dibesarkan dengan keluarga komunis di bekas Kesatuan Soviet.

    UMNO yang lokoih bergelumang dengan komunis cuba nak calit PAS dengan komunis. Malulah sikit UMNO ooooooi.

    Sebelum nak sumbat pemimpin PAS dalam ISA atas alasan komunis.... sila sumbat anak Najib tu dulu sebab memang terbukti berkawan dengan komunis.

    UMNO Barua British.

    BalasPadam
  9. LAWAN JELAH DGN KJ PUN..DPT MASUK TV APA MCM NUAR GENIUS EKONOMI DULU.. KORANG2 DPT NAIKKAN SEMANGAT BARUA2 DAP

    MAT SAPU MAT SAPU...

    BalasPadam