Jumaat, 9 September 2011

PENANGGUHAN PEMILIHAN JAWATAN CABANG PKR DI PAHANG SUATU TINDAKAN YANG TIDAK BIJAK

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKLUMAT terbaru menyebut bahawa Biro Politik PKR Pusat telah mengarahkan beberapa Cabang di Negeri Pahang yang sepatutnya mengadakan mesyuarat dan pemilihan bagi mengisi beberapa jawatan penting yang masih kosong pada Oktober ini ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Difahamkan terdapat beberapa Cabang yang masih mempunyai kekosongan jawatan penting seperti Ketua Cabang, Timbalan, Ketua AMK dan Wanita serta AJK-AJK yang lain. Mungkin alasan Biro Politik Pusat menangguhkan pemilihan ini adalah untuk membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRU yang semakin hampir dalam jangkaannya. Faktor bimbang kepada perpecahan di dalam parti atau pun hilang tumpuan untuk bekerja dan memperkuatkan parti menjelang PRU mungkin di antara faktor penangguhan ini.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat kita silap sekiranya kita meletakkan satu Tim Bolasepak yang akan bertarung dan kita amat mengharapkan kemenangan tanpa kita menentukan siapakah Kapten Tim kita. Di dalam Bolasepak, sekiranya seseorang Kapten pasukan itu tercedera atau dibuang padang, maka dengan serta merta Kapten tersebut akan diambil alih pemain lain. Apakah tujuannya? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menentukan agar pasukan tersebut tidak kehilangan punca dan mampu bermain di bawah kawalan seorang Ketua (Kapten).

Tidak perlu kita takut kepada bayang-bayang sendiri. Perpecahan di dalam parti bukan hanya disebabkan oleh adanya pemilihan semata-mata. Banyak bukti bahawa perpecahan berlaku sehingga ada yang keluar dari parti walaupun tiada pemilihan. Ini semua ada kaitan dengan prinsip seseorang itu samada tetap komited dengan parti atau kepentingan peribadi. Jika seseorang itu lemah dan tidak berprinsip, sudah menang dalam parti bahkan sudah menjadi Wakil Rakyat pun mereka tetap mengkhianati parti.

Sehubungan itu, saya mengharapkan agar Biro Politik Pusat memikirkan semula kepentingan pemilihan ini. Amat sukar satu-satu Cabang itu untuk bergerak dengan lebih efisyen tanpa bimbingan dari Ketua mereka. Jangan pula nanti bila kita tewas di dalam Pilihanraya, baru kita sedar bahawa kita bukan tiada sokongan tetapi kita lemah di dalam mengatur strategi. Strategi yang baik adalah strategi yang diatur dan dipimpin oleh seorang Ketua, dan mana mungkin kita mampu melakukan strategi yang berkesan tanpa Ketua?

Justeru itu, amat baik dan bijak jika kita meneruskan pemilihan Cabang yang telah dijadualkan itu seberapa segera agar setiap Cabang berkenaan boleh merancang beberapa program dengan lebih tersusun dan sistematik./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Sebuah parti yg dipimpin oleh manusia agung anugerah tuhan pun ada masalah jugak? ada perpecahan jugak? ada kroni jugak? Ingatkan hebat sgt parti ni, rupanya cap ayam jugak?

    Aku cadangkan supaya pemimpin PKR mencontohi JKKK Kg Orang Asli Bt 10 Gombak dlm menguruskan satu organisasi. Paling mudah, panggil aje tok batin mereka beri ceramah.

    BalasPadam
  2. apa yg nak diharapkan parti bontot ni...dulu kata kospirasi umno memfitnah keluarga dia, tapi bila tgk video ....hahaha,

    tak yah panggil pakar, aku pun bleh kata tu anwar inrahim 100%.

    BalasPadam
  3. Nama baru kepada parti ini sepatutnya,

    1. parti jubor
    2. parti juburit
    3. parti kemut jubur.

    BalasPadam