Sabtu, 22 Oktober 2011

APA KATA KITA BOB LOKMAN UBAH SIKIT AYAT DR HASSAN ALI?

Oleh: WFAUZDIN NS

HIMPUNAN Sejuta Umat (HIMPUN) hari ini dijangka turut dimeriahkan dengan kehadiran Exco Agama Kerajaan Selangor, YB Dr Hassan Ali. Beliau tetap akan hadir sebagai individu Islam katanya, ertinya bukan sebagai Exco Agama mahu pun sebagai Adun dari PAS. Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan PAS sendiri mengambil keputusan untuk tidak akan terlibat di dalam HIMPUN, namun Dr Hassan Ali punyai pendiriannya sendiri.

Beliau menyebut, "Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

Kenyataan beliau di atas itu seandainya diungkapkan oleh Bob Lokman atau YB Khalid Samad mahu pun mana-mana Adun PAS Selangor yang ditangkap atau didakwa oleh JAIS kerana memberi tazkirah, tentu Dr Hassan Ali berbeza pandangan.

Contohnya, ayat yang Dr Hassan Ali guna itu diubah sedikit oleh YB Khalid Samad atau Bob Lokman seperti berikut, " Saya tetap akan beri Tazkirah, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah dan Dakwah, saya akan berada di masjid/surau ini selama satu jam sahaja atas nama aqidah dan dakwah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama aqidah dan dakwah, tidak tidur malam kalau saya tidak membuat kerja dakwah/tazkirah kerana itu adalah kewajipan saya sebagai pemimpin dan umat Islam, kalau berunding dalam gelap dengan Umno tiada keperluan untuk saya hadir".

Gamaknya, apa komen Dr Hassan Ali ke atas JAIS jika mereka yang ditangkap semata-mata kerana memberikan tazkirah dengan jawapan yang hampir serupa dengan kenyataan Dr Hassan Ali itu? Saya rasa ayat itu boleh digunakan suatu masa nanti...../wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. Hasan Ali ni benggap atau bebal.. HIMPUN tu bolhe ke kuek kan Aqidah??? bijak tak leh di ikut banggang tak leh nak di ajar ,, wth Hasan Ali oii,, u are shit on the asshole laaa,,,

    BalasPadam
  2. jgn calonkan hassan ali dlm pru13 nanti, kalau dicalonkan juga kami tidak akan mengundinya.

    BalasPadam
  3. AKU MMG TAKA AKAN MENGUNDI ASAN ALI NYER....BIAR DIA UNDI DIRI DIA SENSORANG.....AKU TAK DUK KAWASAN DIER,,,HEHE...

    BalasPadam
  4. "Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

    wallahu'alam
    hebat ucapan di atas, oleh none other than hassan ali, mantan pj pas selangor, pendokong ug yang tersohor dari selangor.

    apabila terbaca ucapan hassan ali ini, saya teringat akan video clip kuliah tafsir ust wan ji berkaitan munafiq di blog al-bakistani. bukan tujuan saya nak tuduh sesiapa munafiq, tetapi penjelasan ust wan ji mengenai ayat 2, surah almunafiqun – “mereka menjadikan sumpah2 mereka sebagai perisai”, seolah2 perkataan "Aqidah" yang ditekankan sebanyak empat kali itu menyamai "perisai" dalam maksud ayat 2 tersebut?

    http://g-82.blogspot.com/

    menongkah arus dengan keputusan kepimpinan adalah gaya kepimpinan hassan ali. kebarangkalian tindakan sebegini berterusan adalah besar kerana hassan ali sudah tidak selesa lagi dalam pas. nak keluar pas, terikat dengan baiah yang telah dibuat. jalan keluar yang selamat ialah supaya pas pecat beliau. dia selamat dan akan lebih gah. jadi biarkanlah dia dalam keadaan ini sampai selepas pru 13. apabila beliau tidak dicalonkan lagi, baiah 2008 tu mungkin dah terbatal, jadi mudahlah bagi beliau mencapai hajatnya untuk keluar pas; win-win situation.

    BalasPadam
  5. Kalau kita merasa diri kita pandai, jangan anggap orang lain bodoh, kenalah anggap orang lain itu cerdik barulah kita boleh berkawan dengan orang dan orang suka berkawan dengan kita.

    kalau menyertai jamaah ikutlah apa pendirian jamaah dan falsafah berjamaah. jangan sampai berjamaah tapi tak macam berjamaah. Ada masa nya kita boleh tunjuk pandai, kerana kita ada ilmu,tapi ada kalanya kena akur dengan keputusan pimpinan janganlah memandai-mandai. Walau pun dari segi hukum ada keharusannya, tapi bagaimana kalau tidak berwalak? wallahualam.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama 10.46am,
    Hassan Ali akan tetap dicalonkan kembali sebab puak UG masih kuat diPAS Pusat dan dalam Majlis Syura Ulama.
    Kenyataan Hassan Ali secara terbuka,mengenepikan arahan PAS Pusat dan PAS Selangor tidak akan membawa sebarang implikasi kepada Hassan Ali.Dia kebal dan punya "payung" pelindung diIbu Perjabat PAS.

    BalasPadam
  7. aku setuju dgn hangpa sema..tapi ini ketentuan Nya..bersangka baik..Insyaallah, kepergian Hassan Ali disana mampu menarik ramai pengundi ats pagar menyertai PAS..wallahualam...

    BalasPadam