Pada  22hb Okt baru-baru ini, bertempat di Padang Bola Palong 6, penceramah  wanita yang terkenal dengan ucapan lucah yang dibawa oleh Umno iaitu Umi  Hafilda telah hadir berceramah bersama Pengerusi Felda iaitu `perampas'  Pengerusi KPF, Isa Samad.  Program sebelah petang itu telah dihadiri  ramai petugas-petugas KEMAS sekitar Palong 4, 5 dan 6 di samping mereka  yang mahu `berhibur' dengan ucapan lucah dari Umi Hafilda.
Seperti lazimnya, Umi Hafilda akan membuka `Hikayat' basi tentang DS Anwar dan terus memburukkan keluarganya sendiri. Wanita yang telah dibuang dari senarai anak oleh ayahnya itu membuka cerita kononnya DS Wan Azizah juga dibuang oleh keluarga. Namun, usaha wanita berumur yang masih bujang itu untuk memburukkan pemimpin PKR ternyata gagal samasekali.

Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah berucap penuh semangat
Buktinya  pada hari yang sama, malam itu Palong 6 telah menerima kehadiran Ketua  Serikandi PKR, Siti Aishah bersama beberapa pimpinan lain termasuk  Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Tuan Hj Suhaimi Said.
Difahamkan pihak KEMAS turut mengarahkan anggota-anggotanya hadir di ceramah Pakatan Rakyat malam itu utuk membuat laporan. Kehadiran pada program malam itu jauh lebih hebat dari program ceramah Umi Hafilda.

Sdr Rebin dan juga Tuan Hj Suhaimi turut berucap
Paling  mengejutkan, pada hari yang sama dengan program Umi Hafilda dan Isa  Samad, Parti Keadilan Rakyat telah menerima seramai 300 orang menyertai  parti tersebut di Palong 6.  Jelas ini menunjukkan bahawa kehadiran Umi  Hafilda dan Isa Samad membuatkan lebih ramai merasa meluat dan jijik  dengan Umno.  Apatah lagi dengan kehadiran Umi Hafilda yang berucap  penuh dengan maki hamun dan berunsur lucah ditambah pula dengan  kehadiran Isa Samad, `perampas' Pengerusi KPF.
Pelakon Man Kadir@Pak Jabit juga turut hadir
insha allah kebenaran akan terbukti.Janji Allah tetap terjadi
BalasPadam