Isnin, 24 Oktober 2011

NAJIB BUAT PERBANDINGAN YANG MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB mengeluarkan kenyataan yang membezakan perhimpunan BERSIH 2.0 dengan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan baru-baru ini. Malangnya Najib membuat perbandingan seperti budak tidak bersekolah atau cuba untuk memperbodohkan rakyat yang rata-ratanya lebih cerdik dari PM ini.

Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib suami Rosmah dengan katanya, " Perhimpunan semalam (HIMPUN) berlangsung secara aman dan terkawal, tidak ada sesiapa pun yang rasa terganggu, tertekan atau tidak selamat. "Itulah hasrat kerajaan apabila kita menawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan mereka," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Kita mahu tanya Najib, berapa banyak FRU datang menggempur peserta perhimpunan di Stadium tersebut? Berapa banyak sekatan Polis dibuat ke atas jalan-jalan menuju ke lokasi perhimpunan Sabtu lalu? Ertinya, jika pihak Polis tidak membuat kacau, pelik apanya jika perhimpunan tersebut berjalan dengan baik? Andainya BERSIH 2.0 tidak diganggu oleh Pihak Polis, kita jamin perhimpunan BERSIH 2.0 akan berjalan dengan aman dan tenteram. Jika ada yang tidak aman dan tenteram pun mungkin Najib, Umno atau SPR sahaja.

Najib berhujah kononnya sebab itu beliau benarkan BERSIH 2.0 gunakan Stadium untuk berhimpun. Najib memang kuat menipu dan putar belit. Kita mahu Najib jawab mengapa peserta perhimpunan mahu berhimpunan ke Stadium Merdeka dihalang? Bukankah beliau sebelum itu berucap di Putrajaya akan memberi kebenaran kepada BERSIH untuk berhimpun di mana-mana Stadium? Belum pun sampai ke Stadium, sehari sebelum hari perhimpunan BERSIH lagi semua jalan ke Ibu Kota ditutup.

Oleh itu, teramat bodoh jika Najib mahu bandingkan perhimpunan HIMPUN dengan BERSIH 2.0. Cuba Najib berikan satu contoh, mana satu perhimpunan yang berlaku huru-hara tanpa gangguan dari FRU atau pihak upahan seperti PERKOSA? Masalahnya bukan di dewan atau stadium mahu pun di tempat awam, masalahnya ada pihak yang datang untuk menganggu maka tentulah berlaku sedikit sebanyak huru-hara.

Cukuplah Najib utuk memperbodohkan rakyat. Rakyat kini boleh berfikir jauh dari apa yang Najib fikirkan. Rakyat kini sudah tahu banyak dari yang Najib tahu termasuk kisah Altantuya dan cincin 24 Juta itu. Maka, Najib perlu berundur kerana pemikirannya kini sudah lapuk dan tidak sesuai lagi sebagai seorang pemimpin./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Dah berulang kali aku ulas tapi aku nak ulang
    lagi.Inilah 'standard' pemimpinx UMNOYAHUDI dari
    atas sampai kebawah yang dibanggakan oleh ahlixnya.Low class!!

    BalasPadam
  2. ckp sorang kat media bn boleh lah....

    ajak pegi mahkamah byk alasan...sakt perut lah...nk terberak lah....nenek meninggal lah.

    sudahlah pemimpin dayus.

    satu masa kamu akan ke mahkamah juga seperti hosni muberak. baru betul rasa Penjara untuk rakyat 1Malaysia. aminnnnn

    BalasPadam
  3. bukan kah pada BERSIH dahulu pihak penganjur hanya mengemukan permohonan 3 hari sebelum perhimpunan diadakan untuk mengadakan perhimpunan di stadium...difahamkan BERSIH 2.0 juga tidak mengeluarkan tatacara untuk berhimpun seperti mana pihak penganjur HIMPUN adakan..pihak polis hanya menjalankan tugas mereka sebagai penguatkuasa...jika ada kebenaran dari pihak berkuasa mana mungkin mereka menghalang peserta perhimpunan...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam