Sabtu, 5 November 2011

APA BEZA AMBIGA DENGAN ANAK TUN MAHATHIR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

GEGAK gempita pemimpin-pemimpin Umno dan beberapa NGO pro Umno menentang program Seksualiti Merdeka malahan gempitanya mereka mengalahkan PAS, sebuah Parti Islam tunggal di negara ini. Semuanya adalah kerana S.Ambiga, bukannya kerana moral jauh sekali Umno memperjuangkan akidah umat Islam.

Buktinya apa? Buktinya program ini telah wujud lama di dalam negara di bawah Kerajaan Bn yang tunjangnya adalah Umno. Program seumpama ini telah wujud sejak tahun 2008, tetapi ketika itu rakyat tidak bantah seperti sekarang, dan waktu itu S.Ambiga bukan musuh Umno. S.Ambiga menjadi musuh utama Umno apabila wanita ini berjaya memimpin BERSIH 2.0 sehinggakan SPR terpaksa mengaku sikit demi sedikit kecurangan mereka. Maka, kali ini Umno mendapat peluang untuk menghentam S.Ambiga dengan menggunakan isu Seksualiti Merdeka yang dahulunya mereka `halalkan'.

Tujuan Umno adalah untuk memerangkap PAS terutamanya yang menyokong S.Ambiga di dalam BERSIH 2.0. Namun, Pemimpin PAS bukan bodoh dan menjadi Pak Turut seperti Umno. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tegas membantah program Seksualiti Merdeka, begitu juga dengan Dewan Pemuda PAS. Tuan Guru Nik Aziz menyebut, PAS menyokong BERSIH bukan kerana S.Ambiga atau individu tertentu, tetapi adalah kerana berjuang untuk membersihkan sistem pilihanraya di negara ini adalah menjadi satu kewajipan. Begitu juga PAS menentang program Seksualiti Merdeka ini pun bukan kerana S.Ambiga atau sesiapa sekalipun, tetapi kerana program ini bertentangan dengan hukum Islam dan normal kemasyarakatan.

Berbeza dengan Umno, sewaktu program ini wujud pada tahun 2008 mereka tidak peka sedikitpun sehinggalah pada tahun ini apabila S.Ambiga muncul. Ini bukti jelas menunjukkan Umno tidak pernah ikhlas untuk menentang kemungkaran tetapi sebaliknya akan mempergunakan sesuatu isu hanya untuk memberi nyawa kepada Umno.

Mereka mempersoalkan mengapa DS Anwar tidak komen di dalam isu Seksualiti Merdeka ini? Sebelum kita jawab persoalan itu, kita mahu tanya Umno apakah kesannya jika DS Anwar sokong atau tidak program Seksualiti Merdeka itu? Katakan lah DS Anwar sokong S.Ambiga di dalam program Seksualiti Merdeka, ini suatu kemenangan maha besar buat Umno untuk mendakwa DS Anwar anti Islam atau menyokong kemungkaran. Katakan pula DS Anwar tidak menyokong program tersebut, Umno rasa mereka mungkin berjaya memisahkan DS Anwar atau PKR dari S.Ambiga iaitu tokoh wanita yang telah memalukan Najib di dalam BERSIH 2.0 dahulu.

Ertinya, Umno mahu DS Anwar terperangkap di dalam isu ini. Namun, akhirnya mereka sendiri terperangkap apabila rakyat sedar bahawa program ini telah lama wujud di dalam pemerintahan Umno/Bn. Baca di sini. DS Anwar sememangnya dikenali sebagai tokoh Islamik sewaktu di dalam ABIM lagi sehinggalah berjaya sedikit sebanyak menyerlahkan wajah Islam pada parti Umno sewaktu beliau berada di dalam kerajaan. Amat tidak masuk akal jika DS Anwar bersetuju dengan program Seksualiti Merdeka.

Nah, sekarang lihat sendiri tanpa komen apa-apa pun dari DS Anwar, pihak Polis sendiri telah pun mengharamkan program tersebut. Saya puji langkah pihak Polis ini walaupun terpaksa menanti lama untuk melihat respon masyarakat. Sekali lagi ingin ditegaskan, jika S.Ambiga masih berkeras mahu mengadakan program sesat berkenaan, kami yang pernah bersama BERSIH 2.0 tidak akan menyokong beliau.

Apa yang penting di dalam isu ini adalah rakyat perlu tahu siapa yang paling berkuasa untuk mencegah sesuatu kemungkaran di dalam negara ini. Umno selaku tunjang Kerajaan Bn pada masa ini sewajarnya mencegah kemungkaran yang berlaku bukan sahaja atas isu program Seksualiti Merdeka, bahkan banyak lagi kemungkaran seperti Pusat Judi terbesar yang masih tersergam di negara ini. Adakah perlu menunggu S.Ambiga menjadi tokeh judi dahulu baru Umno mahu bercakap pasal judi?

Saya menentang S.Ambiga di dalam isu program Seksualiti Merdeka, begitu juga sepatutnya kita paling kuat menentang anak Tun Mahathir yang telah pun memiliki Kilang Arak terbesar di Filipina. Apa beza S.Ambiga dengan anak Tun? Orang-orang Umno buta mata kepada anak Tun, tetapi terbeliak mata dengan S.Ambiga. Percayalah, Umno tidak pernah ikhlas untuk memperjuangkan Islam kecuali melantik tokeh judi menjadi Senator. Tentu Datuk Nalla bersetuju dengan apa yang saya perkatakan ini./wfauzdin.blogspot.com

15 ulasan:

  1. Kalau nak cakap pasal beza senang jer apa beza yang sokong bershit dengan yang sokong ambiga laknatullah.. sama jer. Bila timbul isu ni barulah kata tak sokong ambiga.. Dalam keadaan macam ni UMNO jugak yang nak disalahkan. Munafik betul.

    BalasPadam
  2. Penulis berhujah begitu baik sekali, Syabas! Hanya anony 8.04 PG yg tidak dpt berfikir dgn baik mula mengeluarkan kata2 kesat ... cetek sungguh ilmu politik di dada anda.

    BalasPadam
  3. anoy 8:04: apa yg sama antara tuntutan "BERSIH" dan "Seksualiti Merdeka"....cer sikit...

    BalasPadam
  4. Anoy 8.04 anda seorang yang berfikiran cetek tidak dapat menilai apa yang tersirat didalam ulasan sipenulis. Inilah fikiran yang hendak kita hapus kerana terlalu sombong dengan kedangkalan berfikir yang membawa jauh daripada mencapai daya intelek yang dituntut.

    BalasPadam
  5. woi anon 8.04 celaka,ada persamaan x antara agenda(BERSIH) dengan individu(Ambiga)?bodoh sial umno celaka.jenis ni dah x
    boleh berlembut dah,terus maki jer tanpa kompromi.

    BalasPadam
  6. Yang tersurat daripada kejadian2 ini adalah akibat dari persetujuan PAS membuang perjuangan negara Islam kepada negara Kebajikan berlandaskan Buku Jingga sepertimana dikehendaki oleh DAP dan sekutu2nya seperti MPeguam.....
    Semakin hari semakin diperlihatkan kepada kita akan kesongsangan2 yang berlaku...atas matlamat menghancurkan Islam di negara ini.

    BalasPadam
  7. pencacai UMNO nie ada dimana2 saje.....kesian plak tgk org melayu jd pencacai...

    BalasPadam
  8. xdak sapa p blog depa maka depa pun mai la buat taik kat blog orang hahaha loserzz..........asyik2 DAP hahaha kamon la,tunjuk la korang tu darjat atas sikit dari lembu kahkahkah

    BalasPadam
  9. pencacai umno ckp psl prjuangn islam??kah kah kah.....sape yg hentikan bntuan pd skolah agma rkyat???pasal dasar umno la rmai org mlayu jahil smpai mampuss...

    BalasPadam
  10. geli la aku dgn puak2 amno ne.. Rata2 yg komen masuk air. Menyalak mcm anjing ok lg. Ne dh sebijik mcm anjing. Suda2 la 2 oiii.. Kepala dh kena pijak pn masih x sedo2 lg.

    BalasPadam
  11. aku rse....perumpamaan tu dah ckop jelas...
    ni fail bm ka ni????

    BalasPadam
  12. anoy 804,fikir le dgn otak,jgn fikir dgn kepala lutut.Allah anugerahkan manusia akal dan guna le dgn sebijak2nya.org menyokong agendanya bukan individu.jika baik agendanya,sokong le dan begitu le jika sebaliknya

    BalasPadam
  13. SEBENARNYA PAS YANG CELAKA BESAR,BODOH...KITA ORANG WALAUPUN SOKONG UMNO TETAPI KITA TAK SOKONG ANAK TUN MAHATHIR....AMBIGA KAFIR TU LAGI CELAKA MACAM HARANJADAH YANG PUAK FUCKATAN JULANG JULANGKAN..ANUAR MEMANG MANUSIA HIPOKRIT TAK PERLU DISOKONG LANGSUNG ...ORANG PAS TAK AKANMENANG DI MELAKA WALAUPUN PENYOKONG DATANG 1000 ORANG...ITU TIDAK MEMBUKTIKAN PASTI MENANG...BERAPA % kah jumlah 1000 yang datang tu..PAS AKAN KALAH DI MELAKA..ORANG MELAKA TAK AKAN TERIMA KETUA MENTERI CINA..WAHAI BAHALOL NYA PEMIMPIN PAS

    BalasPadam
  14. lembu kat fetlot dh x ada,apa kata kita kutip semua pencacai umno dan blogger2 umprono ni ,kita letak kat fetlot utk gantikan lembu2 kat sana,amacam setuju?

    BalasPadam
  15. sama2 bahlol..ekekekek

    BalasPadam