Selasa, 22 November 2011

LAGU KEBANGSAAN DIEJEK PUN SALAH PEMBANGKANG JUGA? BEBAL PUNYA MENTERI

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
BETUL juga kata orang, bukan semua yang jadi Menteri atau Timbalan Menteri itu cerdik.  Kadangkala terlebih bengap dari orang bodoh pun ada.  Contohnya, macam Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim.  Sebenarnya ramai lagi, tetapi untuk mahu menceritakan tentang maruah negara kita `dipersendakan' di Indonesia sepanjang Sukan Sea sekarang elok kita lihat apa kata Timbalan Menteri yang bengap ini.

Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.  Beliau berkata demikian sewaktu penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
 
 
Kita mahu beritahu Razali, jika beliau mahu `ampu atau jerk' Najib sekalipun jangan sampai `jerk'  terbalik kereta dibuatnya.  Memalukan Umno saja dapat Timbalan Menteri sebengap itu.  Apa hujah beliau untuk sabitkan penyokong Indonesia marah sangat kepada Malaysia?  Pasal pemimpin Pembangkang selalu cerita pasal rasuah pemimpin kamu di negara luar?  Cuba sebut, di negara mana yang tidak tahu pasal rasuah pemimpin Umno?  Negara mana yang tidak tahu pasal pembunuhan Altantuya?  Pasal sekatan hak asasi dan bersuara, negara mana yang tidak tahu?  Semua negara tahu.  Tetapi, bila kita ke negara seperti Singapore, Thailand, Negara-Negara Eropah di dalam beberapa acara sukan, adakah rakyat di sana melakukan seperti yang dilakukan di Indonesia?

Jadi, apa masalahnya di Indonesia sampai begitu sekali?  Razali ini terlupakah isu sebenar di antara negara kita dengan negara jiran tersebut?  Isu kononnya negara kita dituduh menceroboh wilayah mereka?  Mengapa kita tidak boleh selesaikan secara diplomatik dengan mereka secara harmoni?  Selagi ada prasangka buruk terhadap negara kita di dalam isu tersebut, ertinya kita gagal dalam hubungan diplomatik.  Itu belum kira isu berapa ramai warga mereka yang bekerja di negara kita membawa cerita mereka dianiayai.  Apa kena mengena dengan Pembangkang di dalam isu ini?
 
Kalaulah kerana Pembangkang, di setiap negara luar sana kita akan dilayan seperti di Indonesia.  Tetapi itu tidak berlaku sedangkan negara di luar sana juga terdedah dengan segala kemungkaran pemimpin negara ini.  Ini bukti menunjukkan bahawa kerajaan kita lemah untuk mengatasi beberapa isu sensitif dengan Indonesia.  Kelemahan mereka ini mahu dibebankan kepada Pembangkang. /wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. DEPA NI JENIH X NAK MENGAKU SILAP DEPA. LAST2 PI SALAHKAN PEMBANGKANG LA...PASAI SITU AJELH TEMPAT YG PALING SESUAI BAGI DEPA..YG SEBENAKNYA MENUNJUKAN KEBODOHAN DAN KEBANGANGAN MEREKA.

    BalasPadam
  2. apasal negara kita ni ramai menteri2 yg bengong???...sudahlah bengong and bengap, kaki kipas orang atas pulak.

    BalasPadam
  3. haah kan, mungkin pasal ada sesumpah negara ni yang suka sangat pi kat indon dan jaja nama negara macam-macam, actually, bukan takat indon, maunya serata dunia... standardlah tu, dlu aku tak kesah sebab masih bodoh, skarang aku dah cerdik sket, lantak korang nak pilih apa tapi aku cukup benci pengkhianat negara! lu pikirlah sendiri....

    BalasPadam
  4. kesian belia malaysia dapat menteri yg kurang cerdik macam ni... nak menjilat pun biar bertempat la.. kan dah terjilat NAJIS

    BalasPadam
  5. Umno dah ketandusan pemimpin pelapis yang berwibawa...nak naik, kena jadi penjilat...hoi ! kalau nak cepat lagi,cari isu yang boleh kutuk Anwar.....

    BalasPadam
  6. aku lihat tim. menteri ini handsome juga (handsome dari atuk aku) tapi kepala otaknya tak seindah rupa dia. rupa ok, otak bengap. Inilah standard menteri umno (kabinet bn). pasal apa Allah hantarkan kebencian dalam hati penduduk indonesia terhadap malaysia? itu adalah sebahagian dari petaka, sebab pemimpin malaysia banyak buat perkara yang Allah larang, contohnya PM nya terlibat dengan pembunuhan, lagi .............................................................................................................................................. macam-macam ada.

    BalasPadam
  7. pembangkang pun tak betul jugak... kerajaan pun tak betul jugak... yang betul, al-quran dan al-hadis. jom berpandukan kepada 2 perkara itu, pasti semua selamat... itu pun kalau faham... kalau tak faham, meh la pi blajar... jgn blaja sekerat-sekerat... itu yang memusnahkan semua..

    BalasPadam