Sabtu, 25 Jun 2011

VIDEO SEKS - TONTON VIDEO INI UNTUK MENJAWAB TUDUHAN DATUK T

ANWAR HIDUNG MANCUNG?



SIAPA PEMILIK JAM OMEGA ITU SEBENARNYA?



ANWAR BERKACA MATA? TIADA TALI PINGGANG DAN RAMBUT ALA-TENTERA?



SIAPA PELAKU SEBENAR DI DALAM VIDEO ITU? VIDEO DARI SIAM?



TUDUHAN ZINA DARI KACAMATA ISLAM



ISU SUMPAH - ADAKAH SUMPAH BUKTI TUDUHAN ITU BENAR?



ANWAR ULAS ISU FITNAH

UTUSAN SYAITAN DIBAKAR SEMALAM, TAHNIAH PEMUDA PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH, ucapan ini saya tujukan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat yang telah berjaya di dalam kempennya siang tadi (Jumaat) untuk mengajak seluruh umat Islam yang beriman untuk membakar dan memboikot akhbar Utusan syaitan di negara ini.

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, masih ramai rakyat di negara ini yang beriman dengan Allah dan hukumnya dan mereka tidak terpedaya dengan kerja jahat akhbar lidah syaitan ini. Sebab itu, saya tidak meragui langsung jika ada yang menghukum membeli dan berurusan dengan akhbar lidah syaitan ini `haram' hukumnya.NONE

Walaupun masih terdapat yang membela akhbar milik sekutu Apco ini, namun rata-rata umat Islam khususnya semakin sedar fungsi akhbar ini untuk menjahanamkan bukan sahaja perpaduan rakyat berbilang kaum bahkan menyesatkan umat Islam.

Di Kuala Lumpur, kawasan ibu kota yang penduduknya rata-rata dari golongan bijak pandai dan elit, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru. Lakaran kartun yang jelas menghina hukum yang Allah tetapkan itu menjadikan rakyat semakin jijik menyebut nama akhbar Utusan lidah syaitan ini. Akhbar ini menjadikan kerja-kerja Syaitan lebih mudah dan umat Islam wajib terus menentangnya.

NONEJelas, akhbar ini terus mendapat perlindungan dari bos mereka yang sekarang ini sibuk menyebut bahawa PAS kini tidak lagi berhasrat untuk menubuhkan Negara Islam. Seolah-olah mereka kepingin sangat untuk berada di dalam sebuah Negara Islam. Hakikatnya, 50 tahun lebih mereka membawa umat Islam semakin jauh dari Islam.

Apabila kita tidak membeli atau membaca akhbar Utusan syaitan ini dengan niat tidak mahu bersekongkol dengan akhbar yang menghina hukum Allah, saya yakin dan percaya Allah akan memberikan pahala kepada kita.

Mereka yang membakar akhbar Utusan syaitan ini dengan niat untuk menunjukkan bahawa kita tidak mahu hukum Allah ini dihina, sudah pasti Allah memberikan pahala buat kita. Semoga Allah melaknat mereka yang terlibat dengan kerja-kerja Iblis ini./wfauzdin.blogspot.com

Sumber foto: Malaysiakini


Jumaat, 24 Jun 2011

AKHIR ZAMAN - PENAYANG VIDEO SEKS MENDAPAT SOKONGAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

SIBUK sejak kebelakangan ini orang bercakap pasal betul kah Perhimpunan atau Demontrasi BERSIH pada 09 Jul nanti `haram' dari segi hukum agama dan undang-undang negara. Sebenarnya Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti `halal' samada dari segi hukum agama mahupun undang-undang negara dan ianya merujuk kepada pendapat dari berbagai pihak.

Terbukti pula hari ini, sekumpulan dari Perkasa telah pun mengadakan demontrasi secara aman di hadapan kompleks mahkamah Jalan Duta, KL untuk menyokong penayang video lucah Datuk Eskay. Kita tidak perlu persoalkan mengapa di akhir zaman ini orang yang melakukan dosa besar seperti penayang video seks ini mendapat sokongan dari kumpulan yang jahil, tetapi kita perlu hormati hak mereka untuk berhimpun secara aman.

Adakah kumpulan kita yang menentang pendapat kumpulan Perkasa itu berhimpun juga di tempat yang sama? Tidak, kita tidak perlu mengacau mereka kerana kita mahu mereka aman sepanjang menunjukkan kejahilan mereka di dalam isu tayangan video seks ini. Oleh yang demikian, kita semakin yakin bahawa perhimpunan aman masih dibenarkan di negara ini hatta perhimpunan menyokong penayang video lucah. Justeru itu, adakah perhimpunan Bersih pada 09 Jul nanti yang menuntut SPR membersihkan perjalanan pilihanraya sesuatu yang salah?

Berita tentang kumpulan Perkasa yang berhimpun hari ini saya salin semula seperti di bawah atau klik di sini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekumpulan kira-kira 100 orang berkumpul di kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur awal pagi ini menunggu kehadiran trio 'Datuk T' yang dijangka didakwa atas tuduhan menayangkan satu video seks di sebuah hotel tiga bulan lalu.

datuk t supporters in court 1Mereka, antaranya dipercayai anggota PERKASA, hadir memberi sokongan kepada 'Datuk T' yang mendedahkan video aksi seks individu yang mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil memegang pelekat bertulis 'Hidup Datuk T' dan Kami Sokong Perkasa', mereka melaungkan sokongan Datuk T.(Malaysiakini)

HARAMKAH AKHBAR UTUSAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

APA hukum membeli, menjual dan membaca akhbar Utusan? Sebelum ini akhbar Suara Keadilan ada menyiarkan kenyataan Prof Dr Harun Din yang menyebut bahawa `haram' membaca akhbar pencacai ini. Namun, akhirnya akhbar Suara Keadilan terpaksa menarik balik penyiaran kenyataan Prof Dr Harun Din kerana beliau sendiri menafikan pernah berkata sedemikian.

Ertinya, Prof Dr Harun Din tidak bersetuju dengan apa yang disiarkan oleh Suara Keadilan tersebut. Selepas itu, kita dikejutkan lagi dengan perbuatan akhbar milik parti sekutu Apco tersebut yang menyiarkan lukisan kartun yang jelas menghina hukum Islam di dalam isu rogol dan zina.

Adakah akhbar ini masih `harus' dibeli dan dibaca oleh umat Islam? Saya tidak tahu hukumnya kerana bukan sekali akhbar ini menghina hukum Islam atau menghina alim-ulamak dan melaporkan berita fitnah seks, tetapi apabila Prof Dr Harun Din menegur akhbar Suara Keadilan yang menyiarkan `haram' membaca akhbar Utusan maka terfikir oleh saya mungkin akhbar ini masih `halal' untuk dibeli dan ditatap.

Hari ini diberitakan ada beberapa siri tunjuk perasaan membantah akhbar Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Mengapa kita perlu bantah akhbar yang masih `halal' ini? Tidakkah Dewan Pemuda PAS bimbang sekiranya mereka ditegur kerana membantah akhbar Utusan sepertimana Suara Keadilan ditegur?/wfauzdin.blogspot.com

Apa yang ditakuti sangat pada BERSIH 2.0?


Oleh: Wira Arjuna

Jun 23, 11

Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

bersih rally 271207 02Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

one million youth gathering in putrajaya on stage najib razak speakerJangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menggunakannya bagi “mempertahankan” singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap BERSIH 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk “bertindak tegas' terhadap mereka yang menyertai perhimpunan ini?

Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, PERKASA dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan.

Gulingkan kerajaan

BERSIH 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEDan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim.

BERSIH 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Datuk Ambiga Srinevasam, seorang aktivis yang mendokong keluhuran pelembagaan dan hak asasi manusia.

Benar, BERSIH disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana:
  • Perhimpunan adalah secara aman
  • Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini
  • Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.
Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah.

bersih rally 271207 05Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan BERSIH 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu.

Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya.

Banyak rungutan

Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini?

azlanSelepas 12 pilihan raya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih. Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang pilihan raya umum ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran BERSIH 2.0.

Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes 'bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi. Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos.

NONELebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13.
Amat mencurigakan

Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan – hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa.

NONEDi Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR.
Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan.

Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-BN adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu.

Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

azlanKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi.

Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata.

Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam, institusi kerajaan dan jentera media arus perdana.

Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONEApakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang?

Biarlah Himpunan BERSIH 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini./Malaysiakini

Khamis, 23 Jun 2011

MENGAPA TERUK SANGAT ISA SAMAD?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad seolah-olah mengaku bahawa sememangnya Felda ada meminjam wang yang dikatakan berjumlah RM6 Bilion daripada LinkKWSP. Jawapan mudah dari Isa Samad," Apa masalahnya meminjam wang dari KWSP?".

Kenyataan bekas MB Negeri Sembilan yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah ini menggambarkan seolah-olah wang KWSP itu adalah wang milik warisan mak dan bapak beliau. Beliau menyebut, jika KWSP memberi pinjaman kepada Felda itu menunjukkan bahawa satu `penghormatan' kepada Felda. Saya tidak tahu selama ini orang yang suka meminjam itu layak diberi `penghormatan'. Baca kenyataan penuh beliau di sini.

Beliau memberi contoh, beliau ada wang tetapi tetap membeli kereta dengan cara pinjaman. Maksud beliau, felda tidak muflis, felda banyak wang tetapi `sengaja' mahu meminjam. Mungkin untuk mendapatkan `penghormatan' sepertimana yang beliau sebut. Saya ingin bertanya, adakah Isa Samad membuat pinjaman membeli kereta dengan KWSP? Adakah KWSP merupakan agensi kewangan atau sebuah institusi seperti bank?

Ada beza kita meminjam wang dengan bank dengan kita meminjam wang dari KWSP. Bank sememangnya berniaga untuk memberi pinjaman bagi mendatangkan keuntungan. Apa pula tujuan KWSP diwujudkan? Adakah mudah bagi pencarum-pencarum KWSP meminjam wang dari KWSP sepertimana mudahnya felda meminjam? Berapa jumlah caruman felda kepada KWSP? Adakah ada jaminan felda mampu membayar balik pinjaman tersebut dan berapa keuntungan yang boleh dinikmati oleh KWSP?

Jelas, sekali lagi KWSP diperkudakan oleh agensi kerajaan Umno/Bn. Sebelum ini kita dengar banyak wang telah digunakan sewenang-wenangnya yang diambil dari Petronas. Berbeza dengan rakyat, apabila pelajar gagal membayar balik pinjaman PPTN mereka diberi amaran untuk diambil tindakan dengan berbagai cara. Sebaliknya puak ini termasukl felda bebas meminjam dari mana-mana sumber.

Jika hal seperti ini pun rakyat tidak boleh memikirkan dengan baik, amat malang sekali buat negara kita. Justeru itu, kebangkitan rakyat termasuk seluruh warga felda harus bermula dari sekarang untuk memilih kerajaan baru yang boleh membela nasib kita semua./wfauzdin.blogspot.com

PERHIMPUNAN BERSIH - JANGAN PIJAK BUMI SELANGOR? WAH, ANGKUH SUNGGUH

Oleh: WFAUZDIN NS

WAH, bukan main hebat lagi seorang Pegawai Polis bercakap di dalam TV tadi. Dengan muka serius menunjukkan geramnya memberi amaran jangan cuba-cuba menjejakkan kaki di bumi Selangor untuk memasuki KL atas alasan untuk berhimpun pada 09 Jul nanti.

Kesihan. Benar juga kata orang tidak semua pegawai atasan ini bijak dan cerdik. Sewajarnya sebagai seorang Pegawai Polis berjawatan kanan mesti mahir di dalam undang-undang dan tahu sedikit sebanyak apa yang terkandung di dalam Perlembagaan. Jika setakat memberi alasan perhimpunan itu haram kerana tiada permit, aku rasa Konstabel Polis pun boleh membuat alasan begitu. Berilah alasan yang kukuh berpandukan undang-undang dan Perlembagaan, barulah rakyat `respek' ketajaman pemikirannya.

Apa pun, aku sungguh bangga kerana mana-mana face book teman-teman yang aku buka, face book mereka dipenuhi dengan warna kekuningan (badge) pada profile masing-masing. Wah, bertambah bersemangat jiwa kita dibuatnya tambahan pula ada `regu' kita dari PERKASA untuk menemani kita nanti bersama Pemuda Umno. Itu tandanya kita bijak dan tahu hak di dalam Perlembagaan. Pihak mana yang memulakan kacau bilau nanti, mereka adalah spesis beruk-beruk di jalanan sepertimana yang pernah diungkapkan oleh KJ, Ketua Pemuda Umno.

Tugas kita sekarang, pada 02 Jul nanti kita disarankan untuk memakai baju kuning (BERSIH) sebagai `warm-up' tanpa kita berhimpun. Jika mahu ke mana-mana pada 02 Jul nanti, kita pakai baju kuning. Hebahkan pada rakan-rakan di dalam blog atau Face Book masing-masing. Kita mesti tunjukkan pada puak yang jahil itu bahawa rakyat Malaysia bukan tidak bertamaddun dan kita bukan lembu yang boleh dicucuk hidung.

Cukuplah lembu jadi lembu, jangan kita pula jadi lembu. Kumpulan yang diketuai oleh raja katak itu, biarlah mereka melompat sesuka hati mereka asalkan mereka tidak menganggu kita./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 22 Jun 2011

RAHIM TAMBI CHIK BAKAL TERLUCUT JAWATAN PENGERUSI RISDA?

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan hari ini, Datuk `T' yang diketuai oleh Datuk Eskay berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Jumaat ini atas kesalahan menayangkan video lucah. Sebelum ini pun ada berita yang seumpama itu, dan kita harapkan kali ini `betul-betul, bukan cobaannn".

Sudah lama kita menunggu hasil siasatan ke atas kumpulan `three strooges' ini walaupun mereka pun sudah lama mengaku menayangkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Kini, kita menanti apakah kali ini benar-benar mereka didakwa dan apakah hukumannya nanti. Adakah sama dengan hukuman terhadap pesalah-pesalah yang lain di dalam kes yang sama, itu semua menjadi perhatian kita.

Saya yakin, sekiranya mereka didapati bersalah sekalipun hukumannya bukan lah sampai ke tali gantung. Jika diberi pilihan samada penjara atau membayar denda, saya pasti kumpulan tersebut tiada masalah dengan bayaran denda. Bayar saja denda, mereka pun akan bebas.

Seandainya Rahim Thamby Chik juga turut didapati bersalah, walaupun beliau terlebih mampu untuk membayar denda namun wajarkah beliau sebagai pesalah bahan lucah boleh terus memegang jawatan Pengerusi Risda? Kita lihat nanti sejauh mana kekuatan pemimpin Umno untuk menangani masalah moral orang seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

PEMUDA MCA SUDAH MULA NAIK ANGIN DENGAN RAKAN UMNO IAITU PERKASA

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU lagi tamparan buat Umno apabila Pemuda MCA Indera Mahkota hari ini membantah sikap Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang melampau dan ekstrim terhadap kaum Cina di dalam isu Perhimpunan Bersih 09 Jul nanti. Hari ini, Sinar melaporkan Pemuda MCA bahagian Indera Mahkota, Kuantan mahu agar KDN bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali.

PERKASA, diakui atau tidak sememangnya adalah ejen Umno di dalam senyap dan buktinya pemimpin PERKASA bebas berbuat apa sahaja. Sebelum ini Ibrahim Ali menimbulkan isu `Perang Salib' kununnya ada pihak yang mahu agama Kristian dijadikan sebagai agama rasmi di negara ini. Akhirnya isu tersebut dibawa angin lalu, tiada sesiapa yang ditangkap atau didakwa sama Ibrahim Ali, Blogger yang menyiarkan cerita karut tersebut termasuk akhbar Utusan yang menghangatkan lagi cerita tepi longkang berkenaan.

Setelah tidak laku dengan mainan `Perang Sabil' Ibrahim Ali mahu menjadi hero katak di dalam isu Perhimpunan Bersih. Kaum Cina terus menjadi sasaran persatuan yang murahan ini. Ibrahim Ali terus selamat walaupun mengeluarkan amaran `kaum Cina perlu simpan stok makanan' di rumah. Mengapa Ibrahim Ali selamat? Tahu-tahu sudah lah sepertimana kita tahu mengapa Datuk Eskay masih tidak ditangkap atau didakwa walaupun mengaku menayang video lucah.

Justeru itu, harapan kita amat cerah ke Putrajaya dengan bantuan tanpa disangka oleh PERKASA ini. Malahan kita terus berharap agar Ibrahim Ali sihat dan tidak dimasukkan ke wad lagi bagi membolehkan `katak' ini terus berbunyi walaupun semakin sumbang. /wfauzdin.blogspot.com

PERHIMPUNAN BERSIH - NASIHAT IKHLAS BUAT RAJA KATAK BERAHIM

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMPENA perhimpunan Bersih pada 09 Julai ini nanti, aku nak nasihatkan kepada raja katak Berahim Perkosa tu agar tarik balik hasrat beliau untuk mengetuai perhimpunan bersama kumpulan Bersih itu nanti. Hanya beliau seorang saja aku mahu nasihat agar tarik balik keinginannya untuk menjadi hero atau pejuang `perang salib' yang pernah diimpikannya itu.

Kepada katak-katak bawahan Perkosa yang lain tu aku alu-alukan lah bersama kita meraikan hari sebenar demokrasi terpimpin di bawah kerajaan Umporno. Kita sebenarnya bimbang akan keselamatan raja katak Berahim, bukan masalah berlaku pergaduhan kerana kita hadir bukan untuk bergaduh tetapi kita khuatir atas tahap kesihatan beliau sejak kebelakangan ini.

Kita semua maklum, raja katak Berahim baru saja ditahan beberapa hari di hospital akibat sakit jantung beliau kalau tak salah dan aku rasa beliau pun ada penyakit semput. Setiap kali beliau berucap, jelas macam orang semput walaupun cuba untuk menunjuk hebat dan bersemangat tetapi maklumlah orang semput, tarik nafas pun orang dah tahu. Itu yang kita bimbang sangat.

Hampir pasti, pada 09 Jul nanti segerombolan kaki pancut (water canon) beserta dengan bermacam jenis gas akan menyambut perayaan demokrasi terpimpin itu nanti. Ini amat bahaya buat yang sakit jantung atau semput. Jadi, molek benarlah raja katak ini tidak payah menyiksakan diri, baik balik kampung dan duduk diam-diam bawah tempurung. Kalau terjadi apa-apa nanti, sesak nafas atau apa pun, belum tentu dapat gelaran `Syahid'.

Jangan nanti seperti kata pepatah `mati katak' akibat kelakuan bodoh sendiri. Malang buat apa nak dicari apatah lagi mahu mencipta malang. Kumpulan Bersih sudah biasa dengan permainan pancutan air dan gas ini, cuma kita bimbang jika raja katak Berahim belum sebati lagi dengan air kimia tersebut. Nasihat aku, eloklah raja katak Berahim balik ke Pasir Mas dan bina `kubur' sendiri kerana dengar ceritanya di dalam PRU akan datang seekor katak akan dimakamkan di situ./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 21 Jun 2011

PERHIMPUNAN BERSIH - KHALID YUNUS MAHARAJA LAWAK YANG BINGAI

Oleh: WFAUZDIN NS

SAKIT perut aku menahan ketawa membaca kenyataan bekas MP Parlimen Jempol, Khalid Yunus di dalam akhbar Sinar hari ini. Orang tua beruban putih ini mungkin terlebih nyanyuk gamaknya. Beliau cuba mengulas isu perhimpunan BERSIH, kununnya mahu jadi hero setaraf hero katak Berahim Ali.

Apa beliau kata? "Jangan ganggu hak orang kalau hak sendiri tidak mahu diganggu". Amaran itu ditujukan beliau kepada Datuk S. Ambiga Pengerusi BERSIH. Beliau berucap semasa perhimpunan anjuran PERKASA semalam yang mudah pula mendapat permit berhimpun dan berceramah. Aku nak bagitahu la orang kampong aku ni, wahai Khalid, orang bercerita pasal perhimpunan BERSIH, yang awak merepek pasal hak tu buat apa? BERSIH ganggu hak siapa? Hak SPR? Habis tu, hak rakyat untuk memilih dan mengundi mengikut sistem dan peraturan yang adil bagaimana?

Lebih kelakar lagi apabila tok uban ini merapu dengan ayat ini, " Mengapa perkara dalam Perlembagaan dipertikaikan oleh BERSIH? "Hak Melayu sudah termaktub sebagai hak Melayu". Aduhhh....betapa bengapnya bekas MP Jempol ini. Apa kena mengena perhimpunan BERSIH dengan hak Melayu dalam Perlembagaan? Tok uban ni tau ke BERSIH tu apa? Atau selama ini dia tidor kemudian dikejutkan oleh PERKASA untuk berucap. Dalam keadaan mengigau tok uban ni pun bercakap pasal hak Melayu.

Wahai tok uban, jangan malukan orang Nogori Sembilan weh... Aku nak ajar sikit tok uban ni. BERSIH menuntut beberapa perkara yang ada kaitan dengan membaikpulih sistem pilihanraya agar lebih baik dan telus. Apabila disebut pilihanraya, ini bukan soal hak Melayu atau mana-mana kaum. Tok uban ingat BERSIH ini mahu hapuskan hak Melayu untuk mengundi ke? Di mana pula perkara dalam Perlembagaan yang BERSIH langgar? Bahkan, BERSIH mematuhi perkara di dalam Perlembagaan yang membenarkan perhimpunan secara aman. Itu pun susah sangat ke Khalid Yunus nak faham?

Amat malang sekali, orang macam ini digunakan oleh Umno untuk menjalankan propaganda anti BERSIH. Beliau bukan sahaja gagal, malah menampakkan kebodohan pemikirannya. Nasib baik beliau tidak lagi menjadi MP Jempol, jika tidak, malu rakyat Jempol ada Wakil Rakyat sebodoh ini. Entah macam mana dulu beliau ini dipilih jadi Wakil Rakyat dan jadi Menteri tak tahu lah.

Apa pun, tahniah buat Khalid yunus. Paling tidak pun menambahkan lagi keyakinan rakyat untuk menyokong BERSIH kerana hujah pemimpin Umno terutamanya dari PERKASA semuanya hujah yang berstatus longkang./wfauzdin.blogspot.com

UGUTAN PERKASA, PAS SEDIA JADI BENTENG SEMUA KAUM

(Harakah Daily) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara. DPPP, katanya kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". “Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPP juga, ujarnya kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tionghua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya. “Mereka mahu lakukan apa? Pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang Cina? Bakar rumah ibadat? Atau pijak kepala babi dan lembu di Dataran Merdeka?” soalnya.

Soalnya lagi, siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat. Tambahnya, apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu kerana negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman. Katanya, DPPP yakin bahawa Perkasa bekerja untuk Umno yang kini terdesak untuk menahan asakan Bersih 2.0. Mereka, ujarnya memperkudakan Ibrahim dan ahli mereka dalam Perkasa untuk mewujudkan suasana huru hara.

Menurutnya, Perkasa cuba mengumpan supaya pihak polis membuat tangkap awal termasuk mengunakan akta ISA, malah mereka cuba mencabar polis untuk menangkap pemimpin mereka sendiri sebagai korban untuk menunjukkan keadilan polis dalam bertindak, walhal yang mahu membuat huru hara adalah pelampau Perkasa sendiri. Beliau berkata, DPPP melihat Perkasa cuba untuk mewujudkan 13 Mei kedua, mereka mahu Operasi Lalang berulang.

Tambahnya, ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak polis. “Kenapa pihak polis berdiam bila Perkasa membuat ugutan?” tanya beliau. Beliau mengharapkan polis tidak menutup mata dan telinga hanya kerana Perkasa melaungkan slogan yang kononnya mahu membantu Menteri Dalam Negeri di dalam menghadapi Bersih 2.0.

Pemuda PAS, katanya memberikan jaminan kepada orang-orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat. Beliau mengingatkan semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi.

Menurutnya, peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung. “Ayuh semua rakyat, semua anak muda. Jangan hirau, jangan takut pada pelampau Perkasa. “Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini,” katanya.

MANUSIA BERKULIT PANDI KUTTI DARI KULIM PUNYA AUTA

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA seorang manusia berkulit binatang `pandi kutti' berasal di Kulim Bandar Baru menjerit-jerit macam orang gila bagitau semua orang bahawa di era reformasi Anwar telah mengarahkannya membuat onar atau huru-hara. Manusia kaki temberang dan terkenal dengan kaki kencing dan berhutang merata-rata ini cuba nak memperbodohkan rakyat melalui media syaitan yang ada.

Beliau sangka di era reformasi dulu semua rakyat yang ada hari ini belum lahir ke dunia lagi, sebab itu firaun besar Kulim ini mahu menipu. Kita semua tahu siapa yang berjuang kuat di era itu, dan VCD reformasi masih ada lagi tersimpan. Kita lihat mana muka `pandi kutti' Kulim waktu itu kecuali tukang pegang `loud healer'.

Kununnya Anwar harapkan beliau lakukan huru-hara, hebat sangatkah manusia yang ditendang oleh PAS ini? Jangan ingat bila pakai ketayap macam yahudi mabuk sudah merasa hebat sangat. Melalak dalam TV buat cerita karut dan fitnah demi mahui menjilat punggung sang Penguasa adalah satu kerja jijik lebih hina dari pelacur. Sebelum ini, orang yang sama juga buat cerita kununnya Anwar lah yang menyuruh beliau karang cerita pasal Altantuya. Semuanya mahu dilibatkan Anwar. Kerana apa?

Ya, kerana dia tahu barangsiapa yang mahu hidup senang dengan pangkat dan jawatan yang mudah hanya ada satu cara iaitu burukkan Anwar. Jika tidak percaya cuba tanya Ezam raja sesumpah. Tidak perlu susah payah, beberapa bulan sahaja masuk dalam geng sekutu Apco, dapat Senator. Yang bodoh siapa? Tentunya yang berjuang lama dalam parti sekular itu dan setia dulu, kini dan selamanya. Habuk pun tak dapat apa. Ezam sesumpah juga yang beruntung. Maki hamun, keji dan bermacam lagi kemudiannya melutut kembali kepada parti lama, menyalak lebih kurang maka dapat Senator.

Mungkin inilah taktik yang mahu Lembu Kulim ini nak guna. Dia tahu di dalam PRU akan datang rakyat Kulim mahu kuburkan dia dan kencing di atas kuburnya. Maka, awal-awal lagi dia karang cerita ini walaupun karangannya seperti orang bodoh tak cukup akal. Mudah-mudahan Allah laknat pembawa fitnah ini biar dia terbakar bersama-sama dengan kopiah tarbusnya itu./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 20 Jun 2011

PEDULIKAN KIMMA, BERSIH BUKAN PERSATUAN MAMAK

Oleh: WFAUZDIN NS

PRESIDEN KIMMA, Datuk Syed Ibrahim yang baru dilantik menjadi Senator semalam menggesa agar Sultan Perak menarik balik gelaran Datuk yang dimiliki oleh Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Datuk S. Ambiga. Sifat dengki dan busuk hati Presiden Kongress India Muslim Malaysia ini menunjukkan betapa bacul dan dayusnya beliau yang takut menghadapi kebenaran.

Setelah dilantik menjadi Senator beliau semakin kuat `mengipas' kerajaan Umno/Bn. Sebelum ini beliau melakukan fitnah besar terhadap Pembangkang apabila mendakwa beliau diupah jutaan ringgit untuk menyokong Pembangkang. Sekali lagi kita mahu memberitahu beliau bahawa kita tidak perlukan `mamak pengipas' untuk berjuang bersama rakyat. Standard beliau hanya sebagai penebar roti canai sahaja dan tidak lebih dari itu.

Saya sokong 110 peratus kita memboikot semua restoren yang berdaftar di bawah KIMMA ini kerana sikap busuk hati dan dengki Presiden mereka. Datuk Syed Ibrahim sangka hanya beliau seorang sahaja yang layak mendapat gelaran Datuk, sedangkan orang lain tidak layak. Apa jasa beliau kepada rakyat? Kita cabar beliau memasuki pilihanraya umum akan datang dan bertanding di P.Pinang di mana terdapat ramai pengundi dari kaum seperti beliau. Di situ kita akan lihat sejauh mana hebatnya Syed Ibrahim ini.

Hanya kerana BERSIH ingin mengadakan perhimpunan aman menuntut pemulihan sistem pilihanraya di negara ini, maka KIMMA mendesak agar gelaran Datuk kepada Pengerusi BERSIH ini ditarik balik. Tiada cara lainkah untuk KIMMA mengampu kerajaan? Mengapa KIMMA tidak mahu mencadangkan agar diadakan forum atau debat terbuka dengan BERSIH untuk menunjukkan beliau benar-benar hebat? Mengapa mahu gunakan pengaruhnya untuk menjatuhkan atau menganiayai orang lain?

Sekali lagi, mari kita perhebatkan kempen boikot restoren KIMMA sehingga Presidennya sedar diri. Syed Ibrahim jangan ingat BERSIH ini adalah dari kumpulan India Muslim yang boleh beliau perbodohkan dengan jawatannya itu. Peduli apa dengan KIMMA kerana puak ini pun mencari makan di negara kita./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 19 Jun 2011

ULASAN TULISAN SUHAIMI SAID TENTANG CHEGU BARD

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMBACA tulisan Tuan Hj Suhaimi Said (di sini), Ketua Biro Masyarakat Felda dan Orang Asli PKR Pusat, merangkap Ketua Cabang PKR Kuala Krau saya banyak bersetuju dengan pandangan beliau terhadap tokoh muda, Chegu Bard. Cuma, satu sahaja yang saya tidak bersetuju dengan tulisan atau pandangan beliau yang akan saya ulas kemudian.

Sepertimana juga Hj Suhaimi, saya menyokong Chegu Bard sewaktu pemilihan di dalam PKR yang lalu kerana ketika itu saya percaya Sdr Shamsul Iskandar memang patut melangkah ke hadapan bertanding jawatan Naib Presiden dan tempat beliau sebagai Ketua AMK layak diganti oleh tokoh muda seperti Chegu Bard. Malangnya Sdr Shamsul tidak mempunyai keyakinan atau kekuatan diri sehingga sanggup berpatah balik dan tindakan beliau ini menyukarkan ahli-ahli AMK untuk membuat keputusan.

Di dalam masa yang sama, saya turut menyokong Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan jika Azmin ditakdirkan tewas, saya harap yang menang adalah Sdr Mustafa Kamil dan pastinya Zaid Ibrahim bukan pilihan saya. Sokongan saya terhadap Azmin kerana pada pendapat saya Azmin lebih baik dari dua lagi calon yang bertanding, walaupun Azmin bukan `Malaikat yang suci bersih.'

Begitu juga saya menyokong Chegu Bard kerana bagi saya, Chegu Bard seharusnya lebih awal lagi dinobatkan sebagai Ketua AMK. Adakah kerana Sdr Shamsul tidak baik? Maksud saya, Chegu Bard lebih baik berada di jawatan itu sesuai dengan gaya, personaliti, sikap dan tindakan beliau yang lebih vokal atau radikal sesuai dengan jawatan Ketua AMK. Chegu Bard pemimpin yang boleh bekerja tanpa mengira masa dan memikirkan imbuhan. Tetapi, Chegu Bard juga ada kelemahannya kerana beliau bukan juga `Malaikat'.

Apabila beliau tewas di dalam pertandingan Ketua AMK yang lalu di dalam satu pertarungan sengit dan penuh `kontroversi', saya melihat bahawa sememangnya di dalam PKR terdapat beberapa kelemahan termasuk dari segi ketelusan. Mungkin ini lah yang diperkatakan oleh Tuan Hj Suhaimi bahawa mana-mana parti tidak `perfect'. Lebihnya PKR adalah kelemahan yang ada boleh dikritik oleh sesiapa dan kelemahan itu jauh lebih kurang daripada kelemahan atau kepincangan di dalam Umno.

Tertarik saya dengan `amanat' Tuan Hj Suhaimi di dalam tulisannya, " Ada juga kesilapan-kesilapan chegu'Bard yang tidak diakui oleh chegu'Bard sendiri. Mana ada sebuah parti politik yang perfect. Mesti ada kelemahannya. Maka jika kita menumpukan rasa tidak puas hati kita kepada kelemahan parti, kita akan merasakan bahawa parti itu (melalui tindakan pimpinannya) sebagai tidak memberikan ruang (khususnya ruang demokrasi) kepada kita."

Ertikata lain, Chegu Bard tidak boleh berputus asa untuk memperbaiki parti bersama-sama dan teruskan bekerja seperti yang sedang beliau lakukan sekarang. Tentu lebih berhemah dan bijak jika beliau kurangkan tumpuan kepada menyebut terlalu kerap kelemahan yang parti kita ada kerana kita amat bimbang jika ada yang menangguk di air keruh. Anggaplah kegagalan yang beliau terima adalah satu kelemahan parti yang boleh kita perbetulkan bersama.

Bercerita tentang Tuan Hj Suhaimi pula, beliau juga ada kelemahannya walaupun kehebatannya lebih terserlah. Selaku pemimpin di kawasannya, beliau mungkin gagal untuk mencari pelapis muda atau tokoh yang boleh membantu beliau menggerakkan parti di Kuala Krau. Justeru itu, beliau seperti berputus asa sehingga rela untuk tidak dicalonkan lagi di dalam PRU akan datang. Bukankah berputus asa itu satu kelemahan juga?

Terdapat juga krisis di Kuala Krau tetapi tidak sehebat mana pun. Kita dikejutkan dengan perletakan jawatan Ketua AMK Cabang Kuala Krau. Ada yang berkata perletakan jawatan Ketua AMK Kuala Krau , Sdr Hafiz ada kaitan dengan kurang senangnya beliau kepada Ketua Wanita Kuala Krau. Ada yang mendakwa mungkin juga hubungan Ketua AMK dengan Ketua Cabang Kuala Krau iaitu Tuan Hj Suhaimi tidak rapat. Ini satu contoh kelemahan yang kita ada dan baiknya di sini tiada yang keluar dari parti. Sdr Hafiz sehingga kini masih di dalam PKR dan saya baru-baru ini turut bersamanya mengikuti program ceramah oleh Tuan Hj Suhaimi di Jenderak dan di Serting Hilir.

Seperti yang saya sebut di awal tadi, satu sahaja yang saya tidak bersetuju dengan Tuan Hj Suhaimi iaitu apabila beliau bercadang untuk tidak bertanding di dalam PRU akan datang. Atas apa jua alasan, bagi saya Tuan Hj Suhaimi mesti bertanding kerana satu kerugian besar jika tokoh seperti beliau tidak ditabalkan sebagai Wakil Rakyat. Kejayaan terbesar beliau adalah berjaya meruntuhkan beberapa kubu kuat Umno di kawasan Felda serata negara. Mungkin masa masih ada buat beliau memperbaiki kelemahan jentera di kawasannya yang masih berpaut kepada beliau seorang.

Mudah-mudahan apa jua kelemahan di dalam parti kita ini akan dapat kita atasi bersama dengan adanya sifat jujur dan ikhlas. Tumpukan kepada perjuangan yang lebih besar daripada kita memperjuangkan masalah dalaman yang lebih kecil. Pimpinan juga perlu berusaha sedaya upaya memperbaiki segala kelemahan parti agar kita boleh mendapat kepercayaan bukan sahaja dari ahli parti tetapi yang lebih utamanya dari rakyat jelata./wfauzdin.blogspot.com