Jumaat, 22 Julai 2011

JIKA BENAR, MENGAPA MOTOR MAT SABU MELANGGAR BAHU JALAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMALAM di kaca TV, dengan penuh bangganya Polis menunjukkan rakaman video CCTV yang kununnya menggambarkan Polis tidak bertindak ganas kepada para peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul lalu. Sebelum ini, kita dihebuhkan dengan berita bahawa para peserta perhimpunan yang telah ditahan pada ketika itu diberi makanan mewah iaitu bajetnya RM 25 satu kepala.

Akhbar Sinar hari ini memetik bahawa Polis berkemungkinan akan mendakwa Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu kerana kununnya beliau menipu apabila mendakwa pihak Polis telah melanggar motorsikal yang dinaikinya sewaktu perhimpunan. Pihak Polis mendakwa, rakaman CCTV menunjukkan motor yang dinaiki oleh Muhamad Sabu telah melanggar `bahu jalan' dan kemudiannya melanggar bahagian `fender' sebelah kanan kenderaan Polis.

Saya amat bersetuju agar pihak Polis mendakwa Timbalan Presiden PAS tersebut dan sememangnya Muhamad Sabu amat berharap untuk berjumpa dengan pihak Polis di mahkamah. Bahkan, dikatakan bukan sahaja Muhamad Sabu yang mahu agar peristiwa semasa di Perhimpunan BERSIH 09 Jul lalu dibawa ke mahkamah, malahan ramai lagi yang akan berbuat demikian. Sehinggakan soal bajet RM25 satu kepala pun mungkin akan dibawa ke mahkamah kerana kita pelik begitu `mewah'nya peserta-peserta yang ditahan itu makan sewaktu di dalam tahanan. Kita mahu tahu siapakah yang diberi kontrak untuk membekalkan makanan `semewah' itu dan adakah memangnya berpatutan dengan harga tersebut?

Saya tidak peduli sangat samada Muhamad Sabu melanggar `bahu jalan' atau terlanggar kenderaan Polis. Saya cuma ingin tahu mengapa motosikal yang dinaiki oleh beliau boleh terbabas sedemikian rupa? Ertinya, sudah tentu ada sesuatu yang membuatkan haluan motosikalnya terbabas, jika benar ianya terbabas. Adakah ada sesuatu cubaan untuk melanggarnya atau menakutkannya? Dan, mengapa perlu berbuat demikian?

Sekali lagi kita mahu bertanya, seandainya Perhimpunan BERSIH 09 Jul yang lalu diberikan permit dan dikawal sebaik mungkin di Stadium Merdeka, adakah akan terjadi semua peristiwa seperti ini? Perlukah ada kecederaan sehingga ada yang maut? Perlukah 11 doktor di Hospital yang mendakwa kawasan Hospitalnya disembur sanggup membuat akuan bersumpah bahawa Polis telah melanggar etikanya? Perlukah juga Kerajaan berbelanja puluhan ribu ringgit untuk makanan para peserta perhimpunan yang ditahan dan juga belanja membekalkan segala bahan kimia cecair mahupun gas?

Ini semua berlaku kerana sifat angkuh pemerintah yang merasakan rakyat boleh diperbodohkan sepanjang masa. Hak yang termaktub di dalam Perlembagaan di bawah Perkara 10 tidak lagi didaulatkan. Sejak awal lagi sebelum perhimpunan tersebut kita sudah nampak mainan mereka untuk menggambarkan BERSIH ini seolah-olah kumpulan `subversif' atau Komunis. Akhirnya kita telah membuktikan siapa sebenar yang bersikap sedemikian.

Percayalah, tayangan video atau CCTV samada benar atau tidak tidak lagi dipersoalkan oleh rakyat. Kita hanya mempersoalkan mengapa hak kita untuk berhimpun secara aman dinafikan? Mengapa terlalu takut dengan `KUNING' ? Adakah kerana BERSIH cuba memperjuangkan keadilan di dalam sistem pilihanraya, maka itu suatu dosa besar? Cuba sebut, fahaman Komunis mana yang suka pada pilihanraya apatah lagi mahu membersihkan sistem Pilihanraya? Jangan cuba untuk memperdaya rakyat dengan rakaman video atau CCTV sepertimana rakaman video seks hitam putih itu. Rakyat juga ada maklumat selain dari maklumat yang kamu paparkan itu. /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 21 Julai 2011

TOLONG JANGAN PERSIAKAN `ANUGERAH IBRAHIM ALI"

Oleh: WFAUZDIN NS

TERAMAT rasa dukacita dan sedih sekali apabila UITM menafikan adanya anugerah `Ibrahim Ali' walaupun difahamkan orang tua tu sudah pun sanggup jadi penaja, sediakan hadiah untuk anugerah menggunakan namanya sendiri. Rasa sedih di hati ini bercampur baur dengan rasa mahu ketawa berdekah-dekah.

Siapa Ibrahim Ali? Siapa tidak kenal, ertinya mereka bukan Melayu yang bodoh. Ibrahim Ali adalah Presiden PERKASA yang melalak setiap malam di kaca TV beberapa minggu sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Beliau bersilih ganti dengan Tok Guru Silat yang pernah dibuang ke Pulau Jerjak dulu bersahut-sahutan di TV memberi amaran pada BERSIH. Masuk `line' juga ketika itu beberapa pencacai Wakil Rakyat lompat seperti si Zahrain dan yang terbuang seperti Zul Kulim yang 110% itu. Tak mahu kalah juga, Ali Rustam yang memberi amaran kununnya beliau tidak boleh kawan anak-anak buah silatnya jika BERSIH tetap teruskan perhimpunan.

Ada BERSIH kisah? Sepanjang hari Perhimpunan BERSIH yang aman kemudiannya `tidak diaman'kan itu berlangsung, mana muka Ibrahim Ali? Tok Guru Silat? Dikatakan geng-geng Tok Guru Silat sebenarnya hadir dengan sejumlah 50,000 orang lengkap bertanjak dan berkeris telanjang tanpa sarung tetapi mereka menggunakan ilmu ghaib. Sebab itu mereka tidak kelihatan walaupun seekor. Di mana pula geng-geng PERKASA? Dengar khabarnya mereka berkumpul sejumlah 20, 000 ditolak 19, 980 orang berkumpul di sebuah restoren minum teh sambil menonton TV menayangkan drama BERSIH 2.0. Anak buah Ali Rustam? Mungkin terkandas bas atau sedang menonton video Eskay di rumah Rahim Tambi.

Maka, memang wajar Ibrahim Ali diberi penghormatan atas nama Anugerah Ibrahim Ali. Jika UITM tidak berselera mahu iktiraf anugerah tersebut, saya fikir ada baiknya anugerah atau piala itu diserahkan kepada sekolah-sekolah rendah di perkampungan Orang Asli di Gua Musang. Sewaktu sekolah tersebut mengadakan sukan olahraga nanti, kita berikan kepada murid yang berjaya menjadi johan `melompat katak' paling tinggi atau paling kerap melompat. Saya harap idea bernas saya ini diterima sebaik mungkin demi menjaga nama Ibrahim Ali yang kita sayangi itu./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 20 Julai 2011

BARU KU TAHU MENGAPA AMBIGA DAN DAP PATUT KITA MUSUHI...

Oleh: WFAUZDIN NS

DATUK S.AMBIGA, waktu ini menjadi teramat popular sehinggakan mengatasi populariti PM dan ahli kabinetnya, bahkan tokoh ini dilihat lebih diperkatakan dari Ketua Pembangkang sendiri, DS Anwar Ibrahim.

Ini adalah kerana kejayaannya membawa Perhimpunan BERSIH 2.0 mencapai matlamat untuk berhimpun di Ibu Kota pada 09 Jul lalu. Hanya seorang wanita gigih dan berani seperti beliau telah membuatkan KPN terpaksa tampil di muka TV pada malam 09 Jul yang lalu seperti tampilnya `Pemegang Mohor Besar Raja-Raja' untuk mengumumkan Hari Raya. KPN tampil secara khusus untuk memberi `amaran keras' terhadap peserta-peserta BERSIH.

Hanya kerana wanita ini seorang sahaja, Ibu Kota lumpuh lebih kurang 2 hari sebelum dan semasa 09 Jul yang lalu. Seluruh dunia tertumpu kepada BERSIH pada waktu itu dan wanita ini mula disebut ramai orang. Begitulah hebatnya Datuk S.Ambiga.

Namun, media dan pencacai Umno berterusan memburukkan imej wanita ini. Paling bodoh apabila KM Melaka mengesyorkan agar beliau dikenakan tindakan menarik balik kerakyatannya. Timbul pula isu Datuk S. Ambiga itu seorang India berugama Hindu yang memimpin BERSIH pada 09 Jul lalu. Adakah sewaktu BERSIH 1.0 pada tahun 2007 yang lalu yang dipimpin oleh Syed Syahir seorang Melayu Islam, ketika itu Umno dan pencacainya menyokong BERSIH? Ertinya, bukan masalah India atau Hindu, tetapi puak mereka sememangnya amat gentar dengan BERSIH.

Puak-puak ini telah mula bermain dengan isu perkauman yang amat sempit. DAP juga turut menjadi mangsa tuduhan liar dan bodoh mereka. Apa salah Datuk S. Ambiga dan pemimpin DAP? Setelah saya teliti dari yang dicatatkan oleh seorang rakan di dalam FB beliau, rupa-rupanya Datuk S. Ambiga dan pemimpin DAP terlibat di dalam beberapa perkara yang menyentuh hak kita sebagai orang Melayu Berugama Islam.

Datuk S. Ambiga dan pemimpin-pemimpin DAP telah `terlibat' di dalam perkara-perkara berikut, patutlah puak mereka amat membenci Datuk S. Ambiga dan DAP. Jika begitu, memang patut kita pun sama membenci, jika tidak, kita akan dicop bodoh dan bahlul. Inilah `kesalahan besar' Datuk S.Ambiga dan pemimpin DAP terhadap kita:-
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
Link
28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?/Sumber: FB Seligi Alpha

Selasa, 19 Julai 2011

ISU PUSAT HIBURAN DI KEDAH - SEKALI LAGI UMNO TERUS GAGAL UNTUK MENJADI JAGUH ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS mengeluarkan garis panduan agar seluruh Pusat Hiburan tidak dibenarkan dikunjungi oleh umat Islam, maka tiada lagi yang perlu dibimbangi oleh kaum bukan Islam dan ianya dipersetujui oleh DAP. Suatu penyelesaian yang bijaksana tanpa kita menjual maruah agama kita sekaligus kita tidak bertindak zalim terhadap kaum bukan Islam yang mereka ada hak untuk berhibur.

Paling suka bermain dengan isu ini sudah tentunya Umno. Maka, melalak lagi TV 3 suku dan Utusan Meloya mengandaikan bahawa PAS kini tunduk pada DAP. Seolah-olah Umno terlalu anti kepada hiburan dan maksiat di dalam isu ini. Tidakkah TV 3 suku dan Utusan Meloya menoleh seketika ke Melaka? Pusat Hiburan menambahkan masa operasinya meskipun di Bukan Ramadhan. Belum lagi kita jenguk di beberapa buah negeri di bawah Umno. Ertinya, Kerajaan Negeri Kedah begitu serius untuk mendidik umat Islam di Kedah agar tidak terjebak ke lembah maksiat apatah lagi di Bulan Ramadhan.

Ini juga berlaku di Selangor walaupun diperintah oleh PKR. Kedai 7 Eleven yang berada di penempatan majoritinya Muslim, tidak dibenarkan menjual minuman keras atau yang seumpamanya. Bagaimana di negeri di bawah Umno? Pahang, umpamanya? Adakah ada sedikit keberanian untuk berbuat sedemikian?

Sehubungan itu, anggapan bahawa PAS telah tunduk kepada DAP ternyata satu anggapan yang cetek tanpa ilmu. Mana mungkin Islam boleh melarang penganut agama lain untuk berhibur yang Islam kategorikan sebagai maksiat itu. Kerajaan Negeri Kedah hanya perlu bertindak lebih efisyen agar arahan yang dikeluarkan itu dipatuhi. Nampaknya kerja Umno untuk membuktikan bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP ternyata tidak benar dan mustahil berlaku. Apa yang berlaku, DAP di P.Pinang ternyata menggunapakai kata-kata PAS di negeri tersebut dan ini boleh dibuktikan dengan berbagai program dan peruntukan berganda yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri di bawah KM, Lim Guan Eng terhadap perkembangan Islam di sana.

Apa yang berlaku di Kedah, diulas dengan hujah berpaksikan hukum oleh Tuan Guru Hj Hadi. Jelas Presiden PAS, kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam. Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh BN sebelum ini. Bagaimanapun menurut Hadi, undang-undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat. “Media BN sengaja gunakan isu ini, jadi PAS ambil jalan menyelesaian iaitu hak orang bukan Islam walaupun diharamkan dalam Islam tapi mereka ada hak dan yang kedua hak orang Islam tidak boleh melakukan maksiat. “Jadi orang bukan Islam sahaja boleh masuk (pusat hiburan), jangan bagi orang Islam masuk,” katanya.
Lim Kit Siang, tokoh utama DAP secara positif mengulas, “Lihat dari sudut positif... keputusan ini, perkembangan ini dialu-alukan. Ia menunjukkan, khususnya kesediaan kepimpinan PAS dan juga kerajaan negeri Kedah untuk membetulkan salah faham,” kata Lim.

Kesimpulannya, tiada umat Islam yang dibenarkan memasuki Pusat Hiburan dan tiada orang Non Muslim yang dipaksa atau dilarang dari untuk berhibur. Inilah Islam yang penuh hikmah dan bijaksana. Sekali lagi kita ingin bertanya, Kerajaan Negeri di bawah Umno bagaimana?/wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 18 Julai 2011

SEKITAR PENGKEBUMIAN MUJAHADAH - ALMARHUMAH YB DR LO LO'

Jenazah Mutiara Srikandi PAS selamat dikebumikan.

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

NONETurut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

NONEAllahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi./sharpshooter.Blogspot

PESANAN DARI ALLAHYARHAMAH DR LO LO' YANG MASIH SAYA INGAT MELALUI TWITTERNYA


Oleh: WFAUZDIN NS

AL-FATIHAH. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan Mujahadah YB Dr Lo Lo' Mohd Ghazali, MP Titiwangsa yang telah meninggal dunia malam tadi pada jam lebih kurang 10.13 malam di Hospital Selayang, Kuala Lumpur akibat penyakit barah yang dihadapinya.


Allahyarhamah seorang MP yang aktif bersama masyarakat dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan bantuan sedaya upayanya.

Takziah buat seisi keluarga dan waris Allahyarhamah semoga diberikan kekuatan dan semangat untuk terus tabah menghadapi ujian dan ketentuan Illahi. Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarganya.

Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah. Pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, kawasan Parlimen Titiwangsa telah dikejutkan dengan kemenangan Allahyarhamah Dr Lo Lo' yang mewakili PAS menewaskan calon Umno/Bn, Aziz Jamaludin dengan majoriti 1, 972 undi. Kemenangan cemerlang yang hampir mencapai majoriti 2,000 undi ini tidak merugikan semua pengundi di kawasan Parlimen Titiwangsa. Beliau telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang sebagai Wakil Rakyat yang berani dan lantang bersuara di Parlimen.


Seorang Mujahadah yang berani bersama rakyat menuntut hak bersuara sewaktu BERSIH 1.0 sehingga beliau ditahan. Turut melakukan demontrasi bersama rakyat membantah kenaikan kadar Parking di DBKL.

Di sebalik keberanian dan kelantangannya, Allahyarhamah dilihat sebagai Wakil Rakyat yang mudah mesra kepada semua peringkat dari berbagai kaum dan agama. Beliau seorang yang rajin melawat kawasannya sehingga kepada saat beliau menghadapi penyakit barah, beliau tetap prihatin kepada masalah pengundi di kawasan Titiwangsa. Sewaktu beliau tidak lagi terdaya untuk bergerak cergas, beliau tetap menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan menggunakan wakil beliau di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa.

Keberanian Allahyarhamah Dr Lo Lo' tidak boleh dipertikaikan lagi. Sewaktu Perhimpunan BERSIH 1.0 tahun 2007, beliau di antara pimpinan yang turun bersama rakyat melakukan demontrasi malahan beliau pernah ditahan di kawasan Parlimen. Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu, mungkin Allahyarhamah merasai sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama-sama rakyat merasai betapa peritnya untuk memperjuangkan demokrasi di negara ini. Namun, doa dari beliau ketika beliau sedang sakit dan menerima rawatan yang sering dicatatkan melalui Twitter beliau sudah cukup untuk kita merasai denyut hatinya untuk turut bersama kita ketika itu.

Negara, Pakatan Rakyat terutamanya PAS telah kehilangan seorang Mujahadah yang jujur dan amanah serta berjiwa besar. Bukan mudah untuk mencari pengganti seperti Allahyarhamah yang disukai oleh semua peringkat tua, muda dari semua kaum dan agama. Sebagai seorang Profesional di bidang perubatan, segala ilmunya di manafaatkan untuk masyarakat.

Saya masih teringat, ketika beliau sedang sakit dan hanya dapat berinteraksi dengan orang ramai melalui Twitternya, ada seorang hamba Allah twit kepadanya dengan kata-kata yang tidak baik iaitu mengharapkan Allahyarhamah cepat meninggal dunia. Beliau tidak marah atau melenting dengan kata-kata tersebut, malahan beliau dengan tenang dan sabar membalas Twit tersebut dengan berkata, " Ajal dan maut di tangan Allah, cuma kamu hendaklah insaf semasa kamu masih hidup dan janganlah kamu merasa kamu tidak akan mati".

Saya sendiri secara peribadi masih mengingati satu pesanan yang sering diulang-ulang oleh Allahyarhamah di dalam Twitternya apabila ada sesiapa yang membangkitkan isu video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Beliau berpesan, kembalilah pada Al-Quran dan rujuklah di dalam Surah An-Nur dan jangan kita menjadi orang yang membawa fitnah.

Sehingga kini, saya sering menggunakan pesanan beliau di dalam hujah saya berkaitan isu tersebut. Mudah-mudahan ilmu yang Allahyarhamah Dr Lo Lo' berikan walaupun dengan sepatah ayat yang beliau catatkan di dalam Twitternya itu akan memberikan ruang yang luas dan lapang serta bercahaya buat roh Allahyarhamah di alam Barzakh. Amin, Ya Rabbul Alamin....AL-FATIHAH./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 17 Julai 2011

ROSMAH MANSOR MAHU WANITA MUSLIM MENUTUP AURAT

Oleh: WFAUZDIN NS

TABIK saya pada Rosmah Mansor yang mahu menggalakkan wanita Muslim menutup aurat. Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan Festival Fesyen Islam (IIF) yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan pakaian yang menghina agama Islam itu sendiri.



Malaysiakini melaporkan, "Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat."

Saya percaya dan yakin, ketika kenyataan ini dibuat oleh Rosmah, beliau tentunya di dalam keadaan menutup aurat. Samada beliau memakai cincin yang jutaan ringgit atau tidak, itu persoalan lain kerana beliau telah pun menutup aurat sebagai Muslimah sejati yang menjadi contoh kepada rakyat terutamanya wanita Muslim.

Beruntunglah suami Rosmah mempunyai isteri yang Solehah seperti beliau. Tabik, Kak Mah./wfauzdin.blogspot.com