Sabtu, 17 Disember 2011

TUN MAHATHIR TIDAK PERLU MEREPEK SOAL PERPADUAN, BELIAU PUNCA SEGALA PERPECAHAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

TUN Mahathir tidak perlu merepek soal mengapa Melayu dan umat Islam berpecah.  Sekiranya beliau masih siuman dan tidak mudah lupa, beliau pasti tahu siapa tokoh utama yang menjadikan Melayu dan umat Islam ini mula berpecah belah angkara politik atau agama.

Di dalam Malaysiakini, Tun menyebut bahawa Melayu dan umat Islam berpecah bukan kerana agama tetapi sebaliknya kerana fahaman politik.  Tidak menghairankan jika Tun menyebut sedemikian kerana Tun dikenali sebagai orang yang tidak pernah menganggap politik itu adalah sebahagian dari agama, ertinya bekas PM kita ini adalah berfahaman sekular yang pernah memimpin parti yang sekular.


Dari segi politik, di zaman Tun memimpin negara ini, kita lihat bagaimana Tun menjadi punca Melayu di dalam parti beliau sendiri berpecah belah.  Perpecahan paling besar yang dapat saya ingat adalah sewaktu pertandingan jawatan Presiden Umno di antara Tun Mahathir dengan Tengku Razaliegh Hamzah.  Tun hampir tewas, Umno diharamkan oleh keputusan Mahkamah dan tertubuhnya Umno (Baru) yang Tun sendiri menjadi Presidennya dan Parti Semangat 46 (S46) dipimpin oleh Tengku Razaliegh.

Taktik licik dan kotor Tun di dalam pemilihan jawatan Presiden Umno itu lah punca mengapa Umno terbahagi dua dan perpecahan besar terus berlaku di kalangan orang Melayu di dalam Umno.  Selepas itu, tokoh Melayu yang hebat seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sanggup keluar dari Umno sehingga ke hujung hayat mereka.  Bukan sedikit angkara Tun menjadi Melayu berpecah belah.  

Anwar cuba untuk `mengislamisasikan' Umno di bawah Tun

Tun tidak selesai di situ untuk terus memecahkan orang-orang Melayu hatta di dalam partinya sendiri demi untuk menjaga kepentingannya.  Tahun 1998, Tun sekali lagi membuatkan orang Melayu terutamanya di dalam Umno pimpinannya berpecah belah seterusnya semakin meluat dengan Umno itu sendiri.  Kezaliman dan fitnah terhadap Timbalan Presiden Umno, DS Anwar Ibrahim yang dikatakan lebih berpengaruh daripada beliau ketika itu menjadikan Melayu semakin berpecah.  Bahkan, apa yang berlaku terhadap DS Anwar memberi kesan bukan sahaja kepada Umno bahkan turut mendapat bantahan hebat dari NGO-NGO dan parti Pembangkang terutamanya dari PAS. 

Anwar dizalimi dan difitnah
Hasil dari tangan Tun Mahathir itu jugalah menjadi punca sehingga kini Umno tidak lagi gagah dan kuat untuk menjadi parti yang kononnya memperjuangkan nasib orang-orang Melayu jauh sekali untuk memperjuangkan Islam.  Wujudnya Parti Keadilan mempercepatkan lagi Umno menuju ke liang lahad.  Walaupun dikatakan Umno kembali bernafas selepas PRU tahun 2004, tetapi sikap bongkak dan ego pemimpin Umno di waktu mereka kembali gagah menyebabkan Umno hampir lumpuh sebagai parti yang menjadi tunjang Kerajaan Bn selepas PRU ke 12, tahun 2008.

Kita masih ingat waktu itu, Tun Mahathir ketika tidak lagi menjadi PM tetapi masih suka berlagak mempunyai kuasa dan pengaruh.  Beliau sering mengganggu urusan Pak Lah yang ketika itu menjadi PM dan terlebih-lebih mengkritik beliau apatah lagi Pak Lah ketika itu membatalkan projek Jambatan Bengkok ke Singapura yang diilhamkan oleh Tun sebelum itu.  Sikap Tun yang suka mencampuri urusan pentadbiran Pak Lah sehingga beliau sanggup keluar dari Umno seketika menjadikan dalil yang kuat untuk menyebut bahawa Tun sebenarnya memang tidak suka Melayu bersatu.

Tun Mahathir menjadi punca Melayu dalam Umno pening

Perpecahan Melayu dan Islam di era Tun terlalu banyak disebabkan oleh sikap beliau yang sememangnya sanggup `mencantas' sesiapa sahaja yang dianggap boleh membahayakan politik beliau.  Beliau juga terlalu anti dengan perkembangan Islam yang cuba dibawa oleh sesiapa sahaja samada dari dalam Umno mahu pun oleh PAS.  Cita-cita DS Anwar untuk `mengislamisasikan' Umno dari dalam dapat dicantas oleh Tun dan DS Anwar dipecat secara tidak bermoral.  

Tun Mahathir mempunyai rekod yang banyak di dalam menghina hukum Islam.  Tiada apa yang tidak dihina oleh Tun.  Dari soal janggut, serban, jubah sehinggalah ke soal Hukum Hudud kesemuanya pernah dihina oleh Tun Mahathir.  Perpecahan Melayu dan umat Islam terpaksa berlaku apabila ada golongan yang ingin memperjuangkan Islam dan ada golongan yang suka menghina dan menolak Islam.  Tun juga menjadikan Institusi Raja yang menjadi simbol kekuatan dan kemegahan Melayu tidak lagi berdaulat bila mana kuasa Raja-Raja Melayu `dirampas' oleh beliau melalui pindaan Perlembagaan.  Jika simbol kekuatan umat Melayu ini pun sanggup diperlakukan sedemikian rupa, adakah Tun benar-benar serius tentang perpaduan Melayu?

Justeru itu, Tun Mahathir tidak perlu merepek soal perpecahan Melayu dan Islam kerana beliau adalah tokoh kepada perpecahan tersebut./wfauzdin.blogspot.com

Hasan Ali Tidak Akan Keluar PAS: Abdul Rani

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yakin rakan sekutunya, Datuk Dr Hasan Ali yang didakwa terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti itu tidak akan meninggalkan PAS.

"Apa yang kita nampak ialah ada usaha Umno untuk memerangkap, kita tengok laporan mereka di akhbar dan TV3. Tapi saya yakin beliau tidak akan terperangkap dengan taktik kotor Umno," katanya yang dipetik portal The Malaysian Insider pada Jumaat.

Bagaimanapun, Abdul Rani memberitahu, sekiranya Hasan memutuskan untuk keluar PAS, tindakan itu dilihat akan merugikan beliau.

"Saya kenal Datuk Hasan malah beliau sendiri pernah menawarkan jawatan exco hal ehwal agama kepada saya pada 2008 tapi saya tolak. Jadi saya yakin beliau tidak akan keluar PAS," katanya.

Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi kepimpinan PAS pusat untuk mengadakan perbincangan dengan Datuk Hasan dan Nasharudin Mat Isa bagi menyelesaikan isu ini./Mstar

Jumaat, 16 Disember 2011

WAKIL RAKYAT YANG MELOMPAT PARTI HENDAKLAH BERTANDING SEMULA

Oleh:  WFAUZDIN NS

PENDENGARAN Awam Jawatankuasa Khas Parlimen penambahbaikan Pilihanraya baru-baru ini telah mendengar satu cadangan yang pada saya amat baik untuk kita sokong agar dikuatkuasakan.  Cadangan tersebut adalah mengadakan undang-undang dan peraturan bahawa Adun/MP yang melompat parti diwajibkan mengosongkan kerusinya untuk diadakan Pilihanraya semula bagi menentukan samada tindakannya itu direstui oleh para pengundi di kawasannya.

Cadangan itu menyebut, setiap Adun/MP yang melompat parti ke parti yang bukan dari komponen parti asalnya, contohnya Adun/MP dari Umno/Bn melompat ke parti PR, maka hendaklah diadakan Pilihanraya semula di kawasannya dan Adun/MP tersebut dibenarkan bertanding bagi mewakili parti yang baru disertainya.  Begitu juga jika Adun/MP berkenaan melompat menjadi calon Bebas.

Melainkan, sekiranya Adun/MP berkenaan melompat dari partinya ke parti yang menjadi rakan sekutu partinya maka tidak perlu diadakan Pilihanraya.  Sebagai contoh, Adun/MP dari PKR melompat menyertai PAS maka tidak perlu kerusi tersebut dikosongkan.  Begitu juga jika Adun/MP dari Umno melompat menyertai parti Gerakan maka tidak perlu kerusi tersebut dikosongkan.

Peraturan ini perlu diwujudkan demi kebaikan dan keadilan semua pihak, khususnya untuk rakyat yang telah memberikan amanah kepada calon berkenaan.  Di antara lain, sebab-sebab peraturan ini perlu dikuatkuasakan adalah seperti berikut;

1.  Mengelak dari amalan rasuah, jual beli Adun/MP.

2.  Mengelak dari berlakunya `rampasan kuasa' secara tidak demokratik samada di peringkat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri.

3.  Mewujudkan sebuah kerajaan yang benar-benar datang dari pilihan rakyat, bukan dari pilihan atau selera Adun/MP yang kadangkala mempunyai kepentingan peribadi.

4.  Melahirkan suasana yang tenteram, rakyat tidak memberontak dan merasa tidak berpuas hati jika Adun/MP yang mereka pilih khianat terhadap mereka.

5.  Adun/MP yang berhasrat untuk melompat parti akan berfikir dua, tiga kali untuk berbuat demikian kerana belum tentu beliau akan menang semula jika Pilihanraya Kecil diadakan.

Sebenarnya terlalu banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya peraturan ini dikuatkuasakan, tetapi yang paling penting adalah demokrasi hendaklah diamalkan di mana hak rakyat mesti dihormati bagi menentukan Wakil Rakyat yang mereka pilih. /wfauzdin.blogspot.com


TIDAK SABAR MENANTI DR HASSAN ALI UMUM KELUAR PAS

Oleh:  WFAUZDIN NS


BERBAGAI usaha telah dibuat oleh Umno untuk menarik minat PAS bersatu dengan parti sekular tersebut walaupun di dalam masa yang sama bergegar di dewan PWTC baru-baru ini mereka melaungkan PAS parti ajaran sesat. 

Jenis muka yang tidak tahu malu ini tidak pernah berputus asa asalkan cita-cita mereka untuk membunuh politik PKR terutamanya.  Objektif mereka mudah, jika PAS berjaya ditarik masuk ke dalam `1ubang dubur' Sepol yang selama ini tempat mereka bergantung, maka jangka hayat PKR terutamanya akan berakhir.   Alhamdulillah, segala usaha mereka tidak berjaya kerana mana mungkin PAS boleh berkongsi dengan Umno di dalam `lubang dubur' budak muda yang tidak mencuci dubur selama 2 hari itu?

Walaupun demikian, apabila Dr Hassan Ali kembali membuka ruang `bicara' Kerajaan Perpaduan yang telah ditutup serapat-rapatnya oleh PAS, maka Umno kembali merasakan mereka masih berpeluang untuk mempengaruhi PAS.  Tertarik dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut;

"Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu temual dengan Harakah dan Harakahdaily hari ini menyifatkan Hasan sebagai 'terperangkap' dengan egenda Umno untuk memecah belahkan parti.  Ianya termasuk kenyataan Hasan yang secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno

Mengulas lanjut Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau juga perlu merujuk kepada pemimpin parti di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung perkara tersebut.

“Saya bukan orang negeri Selangor, saya duduk di peringkat atas.  "Setakat ni saya belum mengetahui lagi berhubung perkara itu, jadi kena tanya PAS Selangor,” ujarnya."

Begitulah berhemahnya Mursyidul Am PAS di dalam mengulas isu bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu walaupun Tuan Guru Nik Aziz terkenal amat lantang di dalam menghalang Kerajaan Perpaduan atau penyatuan dengan Umno atas dasar penyatuan Melayu semata-mata.  Sekiranya Mursyidul Am PAS boleh begitu berhemah terhadap Dr Hassan Ali, bagaimana pula sikap Dr Hassan Ali terhadap PAS?  Beliau menyebut akan bersedia menyertai mana-mana parti yang berjuang untuk agama, Melayu dan Raja-Raja.  Apakah selama ini Dr Hassan Ali masih tidak tahu parti mana yang beliau berada sekarang?  Sebelum menyertai PAS, apakah beliau tidak tahu dasar dan perjuangan PAS?  Adakah beliau hanya tersedar apabila beliau telah kehilangan sokongan di kalangan ahli-ahli PAS tetapi mendapat publisiti meluas di dalam media-media Umno?

Jika saya berada di tempat Dr Hassan Ali, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.  Buat apa mahu berahsia lagi, tunggu apa lagi di dalam PAS jika masih kabur dengan dasar dan perjuangan PAS?  Sukar sangatkah untuk mengistiharkan diri keluar dari PAS untuk menyertai parti yang sesuai dengan jiwa beliau?  Mungkinkah beliau mahu menunggu terlebih dahulu namanya tercalon atau tidak di dalam PRU nanti kemudiannya baru mahu berbuat sesuatu? /wfauzdin.blogspot.com 

Khamis, 15 Disember 2011

MALAM INI - MENGAPA `ABU' (ASAL BUKAN UMNO) WAJIB DISOKONG?



Jangan lupa malam ini Rapat Rakyat ABU



Jangan lupa malam ini Rapat Rakyat ABU.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:


وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

”Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-bira Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” [Surah al-Hajj, 22:40]

Revolusi Arab atau dikenali juga sebagai Arab Spring di Tunisia telahpun melonjak kebangkitan rakyat menghadapi Sang Diktator. ASALKAN BUKAN REJIM!!!
Tindakan penjual sayur Mohamed Bouazizi, 26 bakar diri telah membawa pada Asal Bukan Ben Ali.

14 Januari lepas, Asalkan Bukan Ben Ali telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (23 tahun) itu dalam masa 21 hari.

Lonjakan rakyat di Tunisa dikatakan sebagai Teori Domino apabila merebak ke Mesir, Syiria, Libya, Yaman dan negara-negara Arab lain.

Atas sangkaan Khalid Sa’id edar dadah, polis pukul siswa itu sehingga mati sehingga membawaAsalkan Bukan Mubarak.

Wael Ghanem (blogger/eksekutif google) meniupkan We Are All Khaled Said di Facebook sehingga membawa Asalkan Bukan Mubarak.

Asalkan Bukan Mubarak telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (30 tahun) itu di Mesir pada 11 Februari lepas; dalam 18 hari sahaja.

Asalkan Bukan Gadaffi juga telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (42 tahun) itu pada 20 September lepas di Libya; dalam masa 217 hari.

Asalkan Bukan Gadaffi telahpun mengakibatkan rakyat langsung tidak takut dan tunduk pada peluru hidup dan bom yang dilepaskan oleh rejim Gadaffi.

Asalkan Bukan Keluarga Asad juga telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (41 tahun) itu pada 26 Januari lepas di Syria; dalam masa 49 hari.

Begitu juga dengan Asalkan Bukan Ali (Abdul Saleh), telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (33 tahun) itu di Yaman; dalam masa 294 hari.

Asalkan Bukan Ali (Abdul Saleh) telah mendesak rejim sehingga melepas jawatan sebagai Presiden Yaman pada 23 November lepas.

Berapa hari pun yang diambil rakyat, semua kita telah yakin dan percaya bahawa Asalkan bukan Ben Ali, Mubarak, Gadaffi, Keluarga Asad dan Ali telah menumbangkan rejim-rejim besar di dunia.

Kezaliman, pengkhianatan, pembaziran, kemiskinan dan pengangguran telah melonjak rakyat di seluruh dunia untuk percaya Asalkan Bukan Rejim adalah jalan terbaik untuk memakmurkan negara dan hidup rakyat.

Tidak hairan sekiranya rakyat di dunia hatta Malaysia sendiri pada ketika ini begitu percaya bahawa Asalkan Bukan Rejim sudah menjadi sentimen antarabangsa dan sedang memulihkan negara-negara Arab berkenaan.

Tidak hairan sekiranya akademia seperti Prof F Gregory Gause dari Universiti Vermont mencadangkan kepada Amerika Syarikat supaya tidak menggalakkan amalan demokrasi di negera-negara berkenaan demi ‘kestabilan politik sedunia’.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Dr Max Lane dari Institut Asia, Universiti Melbourne yang antara lain menyebut bahawa Revolusi Mesir adalah leaderless revolution; selain tidak menafikan faktor sampingan yang digerakkan sendiri oleh angkatan anak muda Ikhwan.

Semua kita sedar hakikat sebenar bahawa Asalkan Bukan Umno lebih awal bertiup di tanah air ini; iaitu menjelang pilihan raya umum ke-12 (8 Mac 2008).

Manifestasi pada Asalkan Bukan Umno ketika itu dapat dilihat melalui perhimpunan Protes, Bersih 1.0 dan Hindraf. Impak berantainya, lahirlah Tsunami Politik.

Semua ini berlaku sebelum meletusnya Revolusi Arab (Arab Spring) di Tunisia, Mesir, Libya, Syria dan Yaman.

Semua ini berlaku disebabkan semua kita, tidak kira secara langsung atau sebaliknya, telahpun menggigit Asalkan Bukan Umno sekuat-kuatnya tanpa mengira warna kaum, warna parti, warna pekerjaan, secara diam atau terbuka.

Asalkan Bukan Umno telah menumbangkan Umno Barisan Nasional di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak walaupun didakwa kudeta kemudiannya berlaku di Perak.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah mengukuhkan tapak sokongan rakyat terhadap PAS di Kelantan.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah memakmurkan Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah membawa negeri-negeri berkenaan Ke Arah Era Rakyat.

Allahyarham Sa’aid bin Mat Hassan dipukul sampai mati. Adik Aminurrasyid Amzah ditembak sampai mati. Teoh Beng Hock dibunuh keita dalam proses siasatan SPRM. A Kugan dibunuh dalam lokap polis. Altantuya Sharibuu mati diletupkan dengan C4. Kalau tidak sekarang ASALKAN BUKAN UMNO, bila lagi?
** Kepada yang hadir malam ini akan mendapat DVD khas #asalkanbukanumno secara percuma (1000 yang pertama) selain itu SAMM akan menjual buku FITNAH dengan tawaran luar biasa. Jumpa malam ini di Taman Melewar Gombak./Chegu Bard

Rabu, 14 Disember 2011

PENCACAI UMNO GAGAL LAGI SEKAT PROGRAM MAT SABU DAN CHEGU BARD DI MUAR

Pulakdah

Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan. Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara.

Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS, PKR.

Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu. Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan. Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi.
 
Sekumpulan anak muda bersama bendera BN, berkumpul di atas motorsikal 
menunggu arahan untuk menggempur tempat ceramah.
 
Akhirnya selepas giliran Chegu'Bard berucap selesai dan tiba giliran kepada Mat Sabu, kumpulan anak yang berkumpul di atas motor ini bergabung pula dengan sekumpulan JKRT (Jawatan Kuasa Rukun Tetangga) yang lengkap memakai vest JKRT. Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.
\
Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu. Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah. Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka.
 
Sekitar 50 orang yang mendakwa sebagai penduduk yang menentang kehadiran Mat Sabu bersedia untuk menggempur betul-betuldi hadapan pagar masuk ke tempat ceramah bersama kain rentang provokasi terhadap Mat Sabu.
 
 
Ahli Rukun Tetangga (memakai vest) sekadar menjadi pencacai UMNO malam tadi untuk mengangkat poster provokasi.
 
'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT.
 
 
Dan seperti biasa...selepas kumpulan tadi tiba dihadapan pintu pagar tempat ceramah dan melaungkan pelbagai kata cacian dan hinaan terhadap Mat Sabu, barulah FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum. Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais. Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu.
 
 
Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri.
 
Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais diberikan ruang untuk berucap sambil diperhatikan oleh Chegu'Bard.

Antara pegawai polis yang berkawal di bawah pentas ceramah.

 Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara. Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka. Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku.

Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka.

Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata. Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu.

Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi. Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar. Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya.
 
 
Akhirnya selepas dua wakil kumpulan yang hendak mengusir Mat Sabu ini selesai berucap dan menyerahkan sendiri memorendum kepada Mat Sabu. Kumpulan yang berkumpul di luar pintu pagar masuk tadi bersurai dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu ada di antara mereka yang tidak pulang, tetapi menyorok ditempat-tempat yang gelap untuk mendengar ceramah Mat Sabu.
 
Chegu'Bard sedang menyampai ceramah
 
Aura Mat Sabu berjaya menarik ramai pengunjung malam tadi.

Mat Sabu, Chua Jui Meng menerima 300 borang kemasukan PKR dan PAS daripada Sdr Zainudin,selaku tuan rumah dan juga antara bekas pemimpin UMNO yang kuat di Simpang Pt No.3 sebelum ini.
 
Sdr Zainudin berucap dan menyeru penduduk Pt No.3 supaya meninggalkan UMNO dan bersama Pakatan Rakyat.
 

Selasa, 13 Disember 2011

DR HASSAN ALI PERLU HORMATI PRINSIP PAS, ATAU PAS PERLU HORMATI PRINSIP BELIAU?

Oleh:  WFAUZDIN NS

DR HASSAN ALI menyebut beliau mempunyai tiga prinsip yang PAS mesti menghormatinya iaitu prinsip Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja.  Jika ketiga-tiga prinsip ini PAS tidak menghormatinya, beliau menyebut bahawa berkemungkinan bersedia untuk mengambil keputusan keluar dari PAS setelah berbincang dengan beberapa rakannya termasuk para-para Mufti. 

Itulah hakikat yang boleh disimpulkan setelah membaca kenyataan beliau di SINI.  Persoalan pertama, adakah selama ini PAS tidak menghormati ketiga-tiga prinsip yang beliau sebutkan itu?  Dan, adakah Dr Hassan Ali juga menghormati prinsip di dalam PAS?  Mudah kata, PAS kah yang perlu menghormati prinsip Dr Hassan Ali atau Dr Hassan Ali sebagai Jemaah PAS yang perlu mematuhi prinsip PAS?  Ini mengelirukan.


Secara teorinya, ketiga-tiga prinsip Dr Hassan Ali itu amat baik tetapi ada prinsip yang hukumnya mutlak dan ada yang bersyarat.  Prinsip Islam, sudah tentu hukumnya mutlak kerana Islam itu hukum tertinggi.  Prinsip Melayu, ianya tidak mutlak kerana Melayu bukan Islam dan Islam juga bukan Melayu.  Prinsip ketiga juga tidak mutlak kerana menghormati atau taat kepada Raja-Raja hanya sekiranya institusi itu taat kepada Allah dan Rasul.  Di dalam Perlembagaan juga, Raja-Raja mesti tunduk kepada Perlembagaan yang digubal di dalam Dun atau Parlimen.

Di mana silapnya Dr Hassan Ali?  Silapnya Dr Hassan Ali adalah kerana beliau menjauhkan diri dari Jemaahnya sendiri.  Banyak keputusan yang dibuat oleh PAS seolah-olah tidak memberi erti kepada Dr Hassan Ali kerana kononnya beliau mempunyai prinsip Islamnya tersendiri.  Pada ketika Kerajaan Negeri Selangor mempunyai masalah dengan perlantikan SUK, Datuk Khusrin dan masalah ini dikongsi juga oleh PAS, PKR dan DAP, berbeza pula dengan Dr Hassan Ali ketika itu.  Pada waktu PAS dan PKR membuat keputusan tidak mahu terlibat di dalam perhimpunan anjuran NGO di Stadium Shah Alam yang kononnya untuk menangani masalah Murtad, tindakan ini tidak memberi erti pada DR Hassan Ali.

Pada waktu ramai di kalangan YB-YB PAS (kebanyakannya berilmu agama yang tinggi) merungut kerana setelah PR memerintah Selangor mereka tidak boleh membaca Khutbah atau bertazkirah di dalam masjid di seluruh negeri Selangor hanya kerana tiada Tauliah, Dr Hassan Ali menyokong JAIS di dalam perkara ini.  Dr Hassan Ali menyertai perhimpunan menangani isu murtad di Stadium Shah Alam atas alasan amat sensitif dengan gejala murtad yang berleluasa, tetapi di dalam masa yang sama Bob Lokman diheret ke mahkamah kerana memberi tazkirah tanpa Tauliah.  Di mana suara Dr Hassan Ali dan apakah tindakan beliau selantang seperti di dalam isu serbuan gereja?

Saya juga sebenarnya tidak bersetuju apabila Shaari Sungip, Ketua Penerangan PAS mendedahkan bahawa nama Dr Hassan Ali tidak tersenarai di dalam majoriti yang dipilih sebagai calon untuk bertanding di dalam PRU akan datang. Sepatutnya tidak perlu didedahkan kerana lihat sekarang, Dr Hassan Ali cuba kaitkan pendedahan tersebut dengan anugerah yang beliau terima dari Sultan Selangor.  Kita tidak peduli samada beliau terima anugerah atau tidak, malahan kita tidak mahu berfikir atas sebab apa beliau menerima anugerah tersebut.  Mungkin ada sebabnya beliau layak dan itu adalah rezekinya maka kita tidak boleh pertikaikan. Cuma, kita mahu tahu mengapa begitu sukar untuk Dr Hassan Ali menerima prinsip dan pendekatan PAS, tetapi di dalam masa yang sama beliau menuntut PAS menghormati prinsipnya?

Dr Hassan Ali patut memahami dan sedar bahawa Negeri Selangor walaupun diperintah oleh PR, tetapi kerajaan negeri diketuai oleh PKR bukan PAS.  Justeru itu, kerjasama di antara PKR, PAS dan DAP perlu kepada pendekatan yang sudah tentu berbeza dengan negeri yang diketuai oleh PAS.  Sedangkan, di Negeri Kedah yang diketuai oleh PAS sendiri pun berbeza pendekatannya dengan Negeri Kelantan yang juga diketuai oleh PAS.  Sebab apa?  Ini adalah kerana situasi di Kelantan dan Kedah mempunyai perbezaan khususnya dari segi polarisasi kaum yang memerlukan kaedah yang berbeza tetapi tetap menuju ke arah dasar dasar dan prinsip PAS.  Apatah lagi negeri yang diketuai oleh PKR mahupun DAP.  

Ada suara-suara sumbang terutamanya dari Umno yang sememangnya mengharapkan Dr Hassan Ali menyeberang kepada parti sekutu Apco itu mendakwa bahawa PKR dan DAP sebenarnya menjadi dalang kepada hilangnya sokongan ahli-ahli PAS kepada Dr Hassan Ali.  Benarkah begitu?  Jika begitu, mengapa MB Selagor dari PKR itu tidak melucutkan sahaja jawatan Exco Agama yang dipegang oleh Dr Hassan Ali sekarang?  Jawapannya tidak samasekali.  PKR dan DAP tidak memberi kesan kepada pengaruh Dr Hassan Ali.  Sokongan kepada beliau ditentukan oleh ahli-ahli PAS sendiri terutamanya di Selangor setelah melihat sendiri gelagat Dr Hassan Ali selama ini.  Igauan `rundingan dalam gelap' bersama Umno tahun 2008 mungkin sering menganggu tidor ahli-ahli PAS yang semakin meluat dengan Umno sekarang. 

Pada saya, sekiranya Dr Hassan Ali mahu meninggalkan PAS hanya kerana PAS tidak menghormati prinsip beliau maka Dr Hassan Ali lebih layak untuk bertindak sedemikian.  Ini adalah kerana jika semua ahli atau pemimpin PAS bersikap seperti beliau, sudah pasti PAS sudah lama berkubur.  Mursyidul Am PAS sendiri pun tidak pernah berkata sedemikian.  PAS wujud sehingga kini adalah kerana PAS tetap berpegang pada dasar Islamnya yang berijtihad di dalam keadaan yang memerlukan di samping ketaatan ahli kepada keputusan Jemaah. /wfauzdin.blogspot.com

FELDA PUN MAHU `DIJAJAH' OLEH UMNO? WARGA FELDA HARUS BANGKIT

Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu.

NONE"Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun.

"Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," kata pengerusi ANAK Mazlan Aliman (kiri) yang yakin dengan kesahihan berita yang diakwanya diperoleh daripada sumber dalaman.

Kelmarin, akhbar web PAS Harakahdaily melaporkan, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran.

Surat itu dilapor dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini manakala arahannya pula akan berkuatkuasa daripada 25 November ini hingga Ogos tahun depan.

Mazlan juga mendakwa ia berpunca daripada perbezaan pandangan kedua-dua mereka, antaranya berhubung  penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia apabila Zulkifli dikatakan tidak menyokong usaha Isa itu.

azlanSementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mazlan berkata pihaknya akan menganjurkan perhimpunan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur awal petang esok bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usaha mengingkirkan Zulkifli.

Mazlan yang juga pengerusi lajnah tanah dan pembangunan wilayah PAS berkata, mereka dijadual menyerahkankan memorandum sokongan terhadap Zulkifli kerana berpendapat tindakan itu tidak wajar.

"Walaupun dalam beberapa isu ANAK mengkritik kepimpinan Felda tetapi dalam hal kerja beliau bersikap profesional. Beliau sendiri bermula daripada bawah dan setia pada tugasnya," kata Mazlan.
Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Isa setakat ini masih belum berhasil./Malaysiakini

Ahad, 11 Disember 2011

UMNO MENILAI ISLAM DENGAN MELIHAT JUMLAH BERAPA BANYAK MASJID?


Oleh:   WFAUZDIN NS
 
MAKA, Umno pun terkejut apabila dikatakan Kerajaan PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sahaja di Bumi Serambi Mekah tersebut sepanjang lebih 20 tahun PAS berkuasa.  Mengapa Umno terkejut?  Ini adalah kerana di dalam kepala otak pemimpin Umno adalah Islam itu masjid, banyak masjid maka hebatlah Islam itu.
Memetik kenyataan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom di dalam Malaysiakini, beliau tidak terkejut dengan pengakuan pemimpin Pas Kelantan bahawa kerajaan negeri itu hanya membina sebuah masjid sejak 20 tahun memerintah Kelantan.

johari baharumBeliau berkata elaun pegawai masjid pula yang diberi kerajaan PAS di beberapa negeri yang ditadbirnya bukan sahaja tidak cukup untuk membeli minyak motosikal malah ia menggambarkan peranan golongan mengembangkan syiar Islam itu amat rendah.

Itulah yang ada pada kepala otak pemimpin Umno.  Mereka fikir dengan hanya duit sahaja boleh meningkat syiar Islam, dengan hanya mendirikan masjid yang baru sahaja akan boleh meningkatkan syiar Islam.  Sebab itulah Umno selalu main modal duit sahaja untuk menarik sokongan rakyat kepada parti sekular berkenaan.  Umno juga mahu tonjolkan bahawa parti itu kuat Islamnya dengan mendirikan banyak masjid yang indah-indah yang kontrak membina masjid berkenaan dapat kepada puak mereka.  Itulah perangai Umno.

Ingin kita beritahu puak yang sokong `lembu dalam kondo' ini, bahawasanya tujuan PAS untuk memerintah bukan untuk membuat masjid.  PAS wujud bukan untuk memperbanyakkan masjid.  PAS wujud kerana ingin menegakkan Islam yang dasarnya Al-Quran dan Hadith.  Di dalam Al-Quran, diperintah mendirikan Solat, bukannya mendirikan masjid.  Namun, apabila Solat itu didirikan, secara automatik masjid diwujudkan.  Jika masjid sememangnya sudah wujud, perlu apa dibuat masjid merata-rata? 

Adakah kerana ingin tunjuk hebat, maka PAS terpaksa robohkan masjid yang ada dan bina yang baru?  Itu bukan cara PAS, itu cara Umno.  PAS akan mengekalkan masjid yang ada dengan menambahbaikkan jika perlu serta paling penting masjid itu di amarahkan, bukan dijadikan sebagai pamiran seperti di Putrajaya mahu pun seperti masjid kristal di Terengganu./wfauzdin.blogspot.com


ISU LEMBU PUN MELAYU DIAM, ISU HUKUM ISLAM DIHINA PUN MASIH DIAM?

Oleh:  WFAUZDIN NS

KALAU dalam isu Feedlot (NFC) yang mengisahkan kisah perniagaan lembu yang rugi kemudiannya dapat pinjaman pula seterusnya dibeli kondomunium, kereta mewah dan tanah, jika masih ada lagi orang-orang Melayu yang `spesis lembu' menyokong Umno, maka lebih baik jangan mengaku Melayu.  

Aku orang Melayu, terasa malu dengan Melayu yang begitu mudah `dilembu'kan terutama Melayu-Melayu yang berkumpul di `PLACE WHERE TALKING COW' (PWTC) baru-baru ini.  Bagaimana akal mereka boleh terima seorang pemimpin wanita Melayu yang berkata NFC tiada kena-mengena dengannya sedangkan bos syarikat yang terlibat itu suaminya?  Suaminya Melayu, maka berhak mendapat keistimewaan tersebut?  Tiada Melayu lainkah yang layak selain dari suami menteri ini?  Sudahlah begitu, projek gagal pula kemudian disalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan syarikat sendiri.  Masih mahu jadi lembu ke mahu percaya dan sokong?

Itu baru satu kes.  Terbaru pula, bagaimana dikatakan Noh Omar pemimpin Umno disebut sebagai dalang yang terlibat di dalam penerbitan video menghina hukum Islam.  Aku tidak pasti, Noh Omar itu Islam atau tidak, tetapi apa yang kita tahu Karpal Singh yang jelas nyata Non-Muslim itu pun belum pernah terbitkan video menghina hukum Hudud walaupun beliau masih belum menerima hukum Islam tersebut. Aku malas mahu tulis banyak di dalam isu ini, pembaca boleh baca dan tonton video apa yang dikongsikan oleh rakan kita di SINI (Klik) untuk mengetahui siapakah UMNO itu sebenarnya./wfauzdin.blogspot.com