Isnin, 9 Januari 2012

Nik Aziz puasa sunat, minta penuduh Anwar mohon maaf

Rizal Tahir

PENGKALAN CHEPA, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

“Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat ‘syukur’ malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.

Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini.

“Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi,” ujarnya.

3 ulasan:

  1. Pembangkang termasuk Pok Nik juga perlu minta maaf pada najib...kerana selama 3 tahun telah menuduh dan menfitnah Najib bersubahat dlm kes ini...letaklah keadilan pada tempat yg sewajarnya bila berhujah...

    BalasPadam
  2. Saiful jumpa Najib buat apa. Sila huraikan apa yang saudara Tanpa Nama 3:11 tahu tentang peristiwa tersebut.

    BalasPadam
  3. Anwar jumpa saipol buat ape...siap ada password la..mokhtar....can i fuck u tu ape ke jadahnye...bodoh punya pembangang.4.47..

    BalasPadam