Jumaat, 3 Februari 2012

ISU DI KUIN PANAS KERANA SALAH FAHAM ATAU TIADA PENJELASAN AWAL?

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK susah untuk meleraikan kekusutan jika bijak dan berani membuat keputusan.  Isu 5 orang pelajar di KUIN yang sebelum ini ramai yang menyangkakan bahawa AUKU telah digunakan terhadap mereka kini tidak timbul lagi dengan hanya beberapa perkataan dari MB Kedah, Us Azizan semalam.

Beliau menyebut, AUKU tidak digunakan sebaliknya hanya Akta IPTS (1996) diguna pakai terhadap pelajar-pelajar tersebut.  Bayangkan, jika penjelasan ini lebih awal dibuat maka percayalah tiada sesiapa pun yang bising.  Isu ini hangat kerana ramai yang mahu tahu mengapa pelajar tersebut dikenakan tindakan dan yang paling kita ingin tahu di bawah akta apa digunakan.  Samada pelajar-pelajar itu dipergunakan oleh dalang-dalang yang anti kepada MB Kedah, kita tidak persoalkan.  Kita persoalkan ketika itu adakah AUKU memang telah digunakan. 


Di saat isu ini hangat, MB Kedah masih tidak memberikan penjelasan tepat seperti semalam sebaliknya menyebut walaupun AUKU ditentang oleh PR di dalam Buku Jingga, beliau selamba menyebut Buku Jingga bukan Al-Quran.  Ini bukan jawapan malahan semakin memanaskan isu tersebut.  Baru semalam, setelah MB Kedah memberikan penjelasan sebenar bahawa AUKU tidak digunakan, maka ramai pula yang menyalahkan pihak yang mengkritik Us Azizan sebelum ini.  Kononnya pihak yang mengkritik tidak menyiasat terlebih dahulu.

Apakah kesemua yang mengkritik sebelum ini harus pergi berjumpa MB Kedah atau ke KUIN untuk menyiasat?  Tidak perlu begitu susah untuk mendapatkan kebenaran jika MB Kedah atau pihak yang berkenaan tampil menjelaskan keadaan sebenar.  Bukan seorang dua yang keliru, malahan ramai dari kepimpinan PAS sendiri pun keliru apabila tiada penjelasan diberikan.  Ertinya, lambat bertindak menyebabkan isu ini panas.

Sekarang sudah jelas AUKU tidak digunakan.  Ini bermakna kepimpinan MB Kedah tidak boleh dipertikaikan lagi dan kita wajib memberikan sokongan kepadanya.  Cuma, kita berharap agar perkara seperti ini menjadi pengajaran.  Ada yang masih berkata, Akta yang digunakan sekarang terhadap para pelajar berkenaan walaupun bukan AUKU, tetapi seakan-akan AUKU.  Saya tidak lagi mahu mengulas perkara tersebut kerana bagi saya setakat ini hanya AUKU sahaja yang ditentang oleh PR.  Sekiranya PR merasakan masih ada lagi akta yang zalim dan tidak adil, PR harus membuat kajian dan mengambil ketetapan yang lain dan kita perlu akur.  

Kesimpulannya, bagi saya bukan salah pihak yang mengkritik MB Kedah sebelum ini.  Ianya berpunca dari kelemahan penyampaian maklumat yang terlalu perlahan.  Ada hikmahnya mereka yang mengkritik kerana jika tidak, mungkin tiada siapa yang tahu hatta Presiden PAS sendiri tentang isu ini.  Syabas, MB Kedah kerana akhirnya ke hadapan walaupun agak terlewat.  Justeru itu, saya penuh rasa rendah diri menarik balik kesemua tulisan saya yang mengkritik Us Azizan sebelum ini. /wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. Tak payah tarik balik lah Wan..... Memang selayaknya beliau dikritik, beliau bukannya Malaikat, malah segala penerangannya flip-flop juga. Memang beliau seorang MB yang besar kepala dan banyak lagi orang PAS begitu, oleh sebab itulah kalau nak diharapkan undi PAS sahaja tak cukup untuk kuota Putrajaya. Contoh, MP manakah yang paling ramai di Parlimen? Kita semua bukan budak Tadika yang boleh diarah-arah untuk sokong setiap pendapat dan hala tuju mereka. Kita kena perhatikan realiti semasa dan sejarah lalu politik tanahair. Cumanya kita perlu menumbangkan UMNO/BN dahulu, puak-puak munafik (kalau ada) akan dikuburkan kemudian.

    BalasPadam
  2. memang betul sepatutnya dari awal lagi MB Kedah sudah memberi penerangan yg tepat..apa yg susah sangat nak cakap dua tiga patah perkataaan yg beleh mengelakkan salah faham yg hampir saja merosakkan kepercayaan kepada PR? PR bukan PAS saja..tetapi mungkin jugak kerana tak pernah jadi pemimpin peringkat negeri, belum pandai 'main politik' dan memberi jawapan 'cover line' mcm pemimpin UMNO...

    BalasPadam
  3. Jelas lahir lagi seorang Abdullah Bin Ubai di Kedah.....
    sekejap buku jingga...
    sekejap pemansuhan auku tak ada dlm quran..
    sekejap guna Akta IPTS...
    macam2 jenis pembohong...
    yh berlapik agama lagi kuatnya pembohong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zalim sangat hang menuduh dia abdullah bin ubai!! ini hanya kesilapan teknikal berkaitan jenis undang2 dikenakan. Tidak lebih dari itu. Namun ustaz azizan perlu menjadikan pengalaman dan usah terburu2 mengeluarkan kenyataan beremosi (seperti menuduh buku jingga bukan al-quran) dan sebagainya.

      Padam
  4. boleh percaya ke cakap MB tu..?

    BalasPadam
  5. hahaha... yg bercakap tak pakai otak... nak kritik orang ja.. aku puji tuan punya blog sbb very gentleman. MB tu malas nak layan hal kecik mcm ni. sbb tu dia tak jawab n layan acuh tak acuh. nak tadbir negeri bukan senang. setakat hal remeh mcm ni. pastu duk layan kerenah tipu juak yg duk kritik. habis masa ja.

    sudah2 la... yang duk komen ni.. duk kritik org ja pandai... pebetui diri dulu jom. ilmu kurang.. amal kurang...

    aku nak cakap pada yang duk kuat politik sangat ni. duk semangat nak pi putrajaya. kalau Allah berkehendak...tiada apa yang mustahil...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara, hal yang kecik kalau tidak diuruskan dengan baik akan menjadi besar.. jangan mudah meremehkan satu isu kecil. Fikirkan lah..

      Padam
  6. jelas dimata rkyt dan dimata org2 yg mahu berfikir bhw perjuangan PR pakai hentam keromo tarak asas kukuh menentang hya AUKU hya krn ianya auku,.tidak lebih dari itu

    salah faham sekian lama dibetulkan dan diterima dgn 1 penjelasan mudah bhw ianya bukan AUKU sebaliknya akta IPTS(kesannya sama dgn auku)

    sedangkan nasib 5 pelajar yg digantung(kini 4) tidak diambil kira

    perjuang semborono PR yg menentang auku tpi tidak akta IPTS (yg membawa kesan yg sama) adalah tidak matang dan bersifat populis

    BalasPadam