Isnin, 6 Februari 2012

PEMBELAAN KEPADA PENDUDUK KG BEREMBANG - KERAJAAN SELANGOR DAPAT PUJIAN


Melalui Email

Mengikut laporan akhbar (seperti yang terkepil di bawah) mangsa-mangsa  kezaliman peristiwa pengambilan Kampung Berembang telah diberikan rumah oleh kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya sebagai warga Selangor mengucap seribu tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor serta Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Walaupun ada sesetengah pihak yang mengaku memperjuangkan hak dan kebajikan orang Melayu, namun hakikatnya Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid tidak hanya bercakap tetapi membuktikannya.

Penduduk-penduduk Kg Berembang yang majoritinya Melayu telah dihalau dan dihambat dari rumahtangga mereka secara zalim. Yang menzalimi penduduk Kg. Berembang juga adalah mereka yang mengaku membela dan memperjuangkan bangsa Melayu.

Penduduk-penduduk Kg Berembang akan mendapat rumah di perumahan yang diberi namaFlat Berembang Indah.  Mengikut laporan akhbar di bawah, mereka sudah boleh berpindah ke rumah-rumah mereka pada 1 April tahun ini.

Sekali lagi, syabas saya ucapkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim serta Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.


PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK





1 ulasan:

  1. Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana telah membantu saya mengembalikan kegembiraan dan ketenangan dalam perkahwinan saya setelah banyak masalah yang hampir menyebabkan perceraian, alhamdulillah saya bermaksud Dr EKPEN TEMPLE pada waktu yang tepat. Hari ini saya dapat mengatakan kepada anda bahawa Dr EKPEN TEMPLE adalah jalan keluar untuk masalah itu dalam perkahwinan dan hubungan anda. Hubungi dia di (ekpentemple@gmail.com)

    BalasPadam