Rabu, 22 Februari 2012

YA ALLAH, LOGO SYAITAN PUN DI TIRU?



 
Sungguh tidak disangka, pada awalnya kami menyangka blogger-blogger pembangkang hanya mereka cerita kononnya logo Jalur Tiga (JATI) iaitu NGO yang baru ditubuhkan oleh Dr.Hassan Ali (foto) itu mirip logo "Syaitan". Namun, sungguh menggemparkan, apabila ia ternyata benar belaka dan sudah tidak menjadi rahsia lagi. 
 
Malah, logo JATI jelas menyerupai logo "Syaitan" seperti yang terdapat pada blog Art Backwash atas tajuk Satan's Logo. Apa yang dapat dilihat, jelas sekali logo JATI 100% menyerupai logo terbabit. Mahu dikatakan logo itu meniru logo JATI, mungkin tidak masuk dek akal. Ini kerana, logo yang dipaparkan di blog terbabit sudah bermula pada 7 Mei 2008. Makanya, Hasan Ali yang telah meniru logo berkenaan. 
 
Soalnya, kenapa perlu tiru logo "Syaitan", sedangkan JATI dikatakan mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja Hasan Ali menubuhkan NGO seperti itu. Walau pun beliau mendakwa JATI tiada agenda tersembunyi, namun kita khuathir Hasan Ali "dijelmakan" untuk memesongkan akidah dan pemahaman Islam sebenar kepada Umat Islam di negara ini. 
 
Justeru, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam digesa berhati-hati dengan taktik licik Hasan Ali ini. Ia cukup berbahaya dan boleh memesongkan akidah jika inilah NGO yang mahu dibangga-banggakan sangat oleh beliau selama ini. Nampaknya, agenda Hasan Ali sudah mula terbongkar walau pun baru saja melancarkan JATI. Jika inilah senarionya, maka sahlah selama ini dialah "Perasit dalam PAS". 
 
Maka itu, tidak syak lagi tindakan PAS memecat Hasan Ali dilihat satu langkah wajar sebelum dia terus merosakkan parti tersebut dari dalam. Dengan pendedahan panas ini, eloklah Hasan Ali berfikir sejenak dan menginsafi atas apa yang telah beliau lakukan sekarang ini. Jangan dek kerana mengejar "keuntungan duniawi" dia terlupa siapakah dirinya yang sebenar. Kembalilah ke jalan kebenaran, jalan-jalan orang yang telah mendapat rahmatNya.


Bukti, inilah dia keratan blog terbabit yang jelas sungguh mengejutkan
 

6 ulasan:

  1. Salam semua....

    Dah kalang kabut nak kejo masa... bedal je la asal dan.

    Alias Bin Hasan

    BalasPadam
  2. mudah bebeno pulak didaftarkan parti Setan ni...

    BalasPadam
  3. Kalau dah x suka orangnya...logonya pun x suka...layan...

    BalasPadam
  4. hahaha....KANTOI....tu lah gaya nya kalau merasakan diri yg memiliki phd tersgt hebat sehingga merasakan dialah yg terbenar dan terbijak...sehingga memilih logo setan sebagai lambang perjuangannya.

    egonya sama besar dgn ego setan dalam sejarah mula penciptaan nabi adam.lu fikir sendirilah pengikut2 setan (jati) sebelum terlambat.

    BalasPadam
  5. kesian org tua nama hasan ali ni... semakin hari semakin nampak keperluan jumpa pakar psikiatri... ego melampau, tak lama lagi JATI join KITA... org tak peduli pun geng egois/bebal tanpa hala tuju ni

    BalasPadam
  6. jangan panggil hassan ali....panggilan glamor Setan Ali....kah...kahh

    BalasPadam