Selasa, 13 Mac 2012

FESYEN HAJJAH ROSMAH BUKTI KONSEP `WASATIYYAH' UMNO BERJAYA


Oleh:  WFAUZDIN NS

FOTO di atas adalah foto terbaru sewaktu pembukaan sidang Parlimen semalam.  Untuk apa foto ini disiarkan?  Penting sangatkah kepada kita?  Memang penting pun.

Semua kenal beberapa tokoh di dalam foto di atas.  Selain dari DYMM YDP Agung dan Permaisuri, ada dua lagi tokoh penting di negara ini yang bergambar bersama.  Mereka adalah Haji Najib dan Hajjah Rosmah Mansor.  Apa yang peliknya tentang foto mereka berdua?  Memang pelik pun.

Sekiranya Ustazah Mashitah atau Jamil Khir melihat foto ini, terutamanya tentang fesyen pakaian Hajjah Rosmah Mansor, adakah kedua-dua pakar agama Umno tersebut mahu mengaku bahawa itu adalah isteri pemimpin negara yang mereka sanjung?  Aku rasa mesti mereka mengaku kerana jika tidak, buat apa mereka duduk di dalam saf Umno yang memilih pemimpin seperti itu?  

Hajjah Rosmah tidak peduli apa jua rakyat akan perkatakan tentangnya kerana beliau yakin dengan kekuatan suaminya Najib yang boleh membeli jiwa rakyat.  Masakan rakyat terutamanya orang-orang Melayu berugama Islam akan pertikaikan pakaiannya yang `seksi' dan `ketat lagi berisi' di bahagian dada itu setelah Najib umpan rakyat dengan BR1M sebanyak RM 500.  Pastinya rakyat bersyukur dan terhutang budi pada Najib, dan tanda bersyukur itu adalah sokong Najib dan isterinya hatta apa jua yang beliau lakukan.  Itu lah erti syukur bagi mereka.

Cantikkah Hajjah Rosmah berpakaian begitu?  Mengapa Najib redha dengan cara Hajjah Rosmah?  Jawapannya anda sendiri fikir kerana anda lah yang bakal menentukan pemimpin anda sendiri.  Kalau tanya aku, usahkan aku redha dia jadi isteri PM, kalau jadi Amah di dalam rumah aku pun aku tidak redha.  /wfauzdin.blogspot.com

15 ulasan:

  1. Mak oiiiiiii....!!!
    Macam balut nangka busuk ja....

    ha..ha..ha...

    BalasPadam
  2. Nampak sangat
    Ayam betina yg berkepak lebih
    Ayam jantan mencuka terperosok kat belakang

    BalasPadam
    Balasan
    1. lady first bro......
      itu ayam jantan tarak taji punya..

      Padam
  3. betapa terhinanya najib dipenangan isteri yang gila pangkat dan gila glamour. dayusnya seorang suami, dayus juga ahli=ahli umno kerana membiarkan diri mereka dipimpin oleh pemimpin yang dayus. tak payah cerita lagi pasal transformasi kalau bini sendiri pun tak boleh nak ditransformkan.

    BalasPadam
  4. ketat ke tak ketat ker....kos brape?hihihihih

    BalasPadam
  5. rosmah pm malaysia najib tpm..
    tu pasal najib duk belakang rosmah...

    BalasPadam
  6. apesal najib dok kt belakang??mcm rosmah lak jadi PM..opssss..

    BalasPadam
  7. Fuhhhh....
    Semangantnye badan...
    Berketul-ketul....
    Kalau lawan bergomol ni tentu best....

    BalasPadam
  8. nak lawan gomol ngan sapa? papagomo sesuai tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dgn akupun best jugak
      Boleh main guling2
      ha 3x

      Padam
  9. Bila perhatikan gambar ini, rasa simpati terhadap Najib, kenapalah diperlakukan seperti itu..kesian...kesian...tak ada telo......kahkahkahkah

    BalasPadam
  10. Tengok tu,
    Rosmah punya la berkepak sampai si Najib terpelanting ke belakang.
    Kesian Najib.

    BalasPadam
  11. gambar super imposed la brader..kepala blakang agung tu sape brader? mana kaki mamat tu brader?

    pembangkang ni kalu tak fitnah jadi makanan ruji mereka, tak sah..anak haram!

    BalasPadam
  12. superimpose? - sekiranya benar, ini adalah taqiyah sebagai taqiyah ianya adalah halal. kerana ayahanda mat sabu telah mengamalkan taqiyah dengan jelas iaitu meyatakan dirinya dilanggar olih trak polis, tujuan ayahanda mat sabu berbuat demikian adalah kerana mahu menjahanamkan pimpinan umno yang zalim. teruskan perjuangan anda ....demi menghancurkan umno dan sekutunya.

    BalasPadam