Ahad, 25 Mac 2012

SIAPA AKAN LARI TIDAK CUKUP TANAH SELEPAS PRU NANTI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

ADA seorang betina tua yang mengaku `dara' pernah dibuang oleh ayahnya sendiri dan tidak diakui sebagai darah dagingnya sehingga si ayah meninggal dunia.  Betina ini juga pernah dirujuk sebagai `Wanita Neraka Ketujuh' oleh abangnya sendiri.  Itu mukaddimah kisah seorang betina yang menghabiskan masanya bercakap lucah, mencarut serta menabur fitnah demi mengisi perutnya.

Lupakan kisah betina itu.  Aku mahu merujuk laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini di sini.  Umi Hafilda kononnya mahu mengugut DS Anwar Ibrahim dan abangnya Azmin Ali untuk menjaja semua cerita buruk kedua-dua pemimpin PKR tersebut menjelang Pilihanraya Umum nanti.  Kononnya, kedua-dua tokoh itu akan `lari tidak cukup tanah' apabila beliau bersama Tim Sesumpah yang terdiri dari Ezam sesumpah dan Nalla Karupan bakal menggempur DS Anwar dan Azmin.

Dulu Ezam berkawan dengan wanita berakhlak, kini....?

Soalnya, mengapa mesti menunggu saat Pilihanraya?  Jawapannya mudah.  Ini adalah kerana cerita yang bakal keluar dari mulut-mulut pencacai ini hanyalah modal Pilihanraya sahaja.  Sebelum ini kita boleh lihat, apabila ada sahaja Pilihanraya Kecil, maka timbullah muka pencacai-pencacai ini untuk mencari makan.  Mereka tahu saat Pilihanraya adalah saat paling `murah rezeki' haram yang diperolehi.  Kerja menjadi `Pelacur Politik' bagi mereka lebih bersih dari menjadi pelacur di lorong-lorong gelap, walaupun hasilnya sama iaitu duit haram.

Jika benar telus mahu tegakkan kebenaran, mengapa mesti tunggu saat Pilihanraya?  Mengapa tidak dedahkan dulu dan sekarang?  Mengapa sewaktu Umi Hafilda dipanggil menjadi Saksi sewaktu kes Liwat 1 dahulu beliau tidak tampil dengan semua bukti yang kononnya beliau miliki?  Mengapa mesti tunggu hampir 14 tahun mahu dedahkan?  Dan, peliknya mahu menunggu tarikh Pilihanraya pula?  Ertinya, mereka hanya mahu jadikan fitnah sebagai modal Pilihanraya semata-mata.  Sebab itu, apa yang beliau katakan kononnya ada bukti dan sebagainya itu tidak pernah dibawa ke dalam mahkamah malahan tidak pernah pun dibuat laporan untuk disiasat.

Taktik mereka hanya satu iaitu mereka akan karang cerita fitnah, kemudian dengan bodohnya mencabar DS Anwar atau Azmin menyaman mereka.  Apabila DS Anwar dan Azmin enggan melayan permainan bodoh mereka itu, maka modal besar mereka adalah mendakwa DS Anwar dan Azmin amat takut dengan mereka dan memang benarlah cerita-cerita bodoh mereka itu.  

Kalau aku berada di tempat betina ini, mudah sahaja.  Aku akan bekalkan semua fakta dan bukti yang aku ada tentang DS Anwar dan aku akan serahkan pada Najib.  Sudah tentu Najib mempunyai modal besar apabila DS Anwar mencabarnya berdebat.  Bayangkan jika Najib memiliki semua bahan bukti yang ada pada betina ini dan Najib akan dedahkan sewaktu berdebat dengan DS Anwar nanti.  Ketika itu, aku percaya DS Anwar akan `lari tidak cukup tanah'.  Malangnya betina ini amat bodoh, tidak tahu langsung untuk membodek Najib agar Najib lebih berani berdebat dengan DS Anwar. Sehingga kini, Najib terus menikus tanpa seorang pun yang tampil untuk memberikan `tangkal' untuk menjadikan Najib seorang `jantan sejati'.  

Percayalah, kempen fitnah dan cerita lucah dan seks yang bakal dibawa oleh betina dan kumpulan sesumpah ini bakal dicampakkan oleh rakyat ke muka mereka sendiri.  Apa yang bakal kita lihat nanti, selepas PRU ke 13, InsyaAllah, yang akan `lari tidak cukup tanah' bukan mereka ini sahaja bahkan tuan-tuan mereka juga akan lari kerana mereka tahu sudah berapa banyak perut-perut mereka mentekedarah hak rakyat.  Mereka pasti lari lintang pukang./wfauzdin.blogspot.com

17 ulasan:

  1. layak ke betina ni duduk dalam ISLAM lagi ,,,, ?? atau pun jantan yg bergambar bersama betina itu layak kah di panggil manusia lagi ,,, ?? sekadar ingin kan pencerahan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tgk kulit tu da cerah dah. amcm Pak Oncu.. single lg tu ...buleh oncot oncot lg hehehe

      Padam
    2. tu yang ezam kotak dok follow keliling kg maki hamun sbb upah dah dapat tak?

      Padam
  2. Jika ditakdirkan kita menang,betina ini akan beraksi seperti Mak Dara memeluk kaki memohon ampun tapiDSAI akan kata "Saya maafkan". So, tak payah sibuk nak bela DSAI la.Biar je benda2 ni jadi nanah dlm perjuangan sehingga jadi barah.

    BalasPadam
  3. nak.kata betui mcm saalh
    nk kata salah mcm betui plak
    sheikh saksi sendiri..


    org puteh kata open minded


    http://novandri.blogspot.com/2012/03/video-anwar-ibrahim-pakai-rambut-palsu.html

    beliau tdk dsaman tp diturning over oleh sb2. knp ummi ni sibuk masa tu.. menurut anwar.. umi gilakan dia.. siap ada gmbar dlm purse.. sampai skrg ummi xkawin kan .. cinta yg merungkai misteri knp awar xminat kat dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama..aku pun bleh main cakap je..jgn nak fitnah la,bagi la bukti dan fakta kalau ye pun,jgn dok sebar fitnah,kenapa sesudah 14 thun baru nak ckp cerita ni,dulu kes liwat 1 naper tak kluarkan kat mahkamah..baru la ada nilai sikit,ni tak da nilai langsung....buat malu melayu je jaja sana,jaja sini bukti pocittt..khak thuiii

      Padam
    2. lu apahal.. xpercaya sudah la..org lain percaya..

      aku ingat lg awek yg aku xnak.. aku xrespond.. pastu kluar la aku xhensem mana pun..ada yg lebih henseun.. mmg panas telinga la...

      pastu dia carik awek aku yg mana...ialah aku minat yg lain la...

      see....

      Padam
  4. Budaya fitnah ni telah jadi daging orang Melayu yang tak takut mati. ingatlah kamu akan disoal nanti oleh Allah swt apayang kamu laku kan semasa kamu hidup.sudahlah mari lah satukan tenaga bagi mencapai kekayaan negara yang dihancurkan oleh Umno .

    BalasPadam
  5. ezam yang dah tembam makan duit fitnah bersama dengan si sundal nak meyalak keliling kampong untuk maki hamun dan terus fitnah anwar...kamu merancang...INGAT ALLAH JUGA MERANCANG....!!!jangan menyesal nanti!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulung ingat jasa ezam gak..jgn kacang lupakan kulid..

      dia kesana kesini ceramah..
      kluar masuk penjara lg..
      dia pernah berjasa pada Anua k..

      serupa dgn anua dgn najib..dia pernah tulong naikan team wawasan hingga nua dpt jd TPM la... malah menyelamat anwar dari project 'saiful'..' dia kawan sejati yg payah dijumpai..

      Padam
    2. Bagaimana dia boleh beralih arah menyokong UMNO jika dia pernah dipenjara dan dihina oleh UMNO?

      Padam
    3. kawan sejati bukan macam tu?ezam kotak juga cakap siapa masuk united lembu mesti ada kepentingan,nak buat apa masuk kosong?projek saiful sapa yang ranchang if not najib/rosmah?ini kawan sejati????

      Padam
    4. projek tu bukan projek najib. fitnah tu.ia pjk org lain. projek real utk tangkap bukti. sbb tarak bukti .puak korang xpercaya . setakat ni yg caya. hadi.nasa dan kapal sj. tp diamkan diri

      Padam
  6. ...apa kata share kat web ni
    RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog .Rangkaian bloggers Malaysia.

    BalasPadam
  7. Bagaikan pinang dibelah dua

    BalasPadam
  8. Setakat kelaur masuk penjara lepas tu belot jadi pencacai pelacur. Nak ingat apa orang macam ni?

    Ni namanya pemimpin pelacur.
    Cam ni ka pemimpin.
    Bila kena gertak sikit, bila susah sikit terus berpaling tadah.
    Orang macan ni biar kita ludah saja muka depa ni. Pemimpin barua.

    Dapat memang aku penampar ja pemimpin macam ni.

    BalasPadam
  9. dr hassan ali pembelot atau pejuang

    tp aku dengar2 dap da siap dah ketas kerja gereja kedua terbesar selangor..

    last2 tak jadi pasal isu hassan ali buat roadshow...dia skrg tau undi melayu pun penting

    hassan ko pejuang..

    sama mcm kematian
    mat indera.. itu sebb penulis buku pengikur nama johor..last menulis mat indera 'pejuang' atau 'penkianat'

    TERSURATNYA M.INDERA MENYERTAI KOMUNIS (sekongkol dgn komunis membunuh org islam)

    TERSIRATNYA KITA TAK TAU..ADAKAH MENYERTAINYA UTK CURI SENAPANG..ATAU MEMUJUK POLIS AGAR DPT SELAMATKAN JIWA..WALLAHUALAM..(Allah menelik hati masing2 sahabat)

    AKU AKAN TERUS BERJUANG MENENTANG DAP. KERNA AKU YAKIN NAIK AJA DAP..MAKAVBENCANA, SPT SABAH AKHIRNYa 3 KUASA DISANA BERGILIR2 jadi ketua menteri. solution 3 kuasavbukan menyelesaikan masalah

    MENAIKKAN PAS WAJIB
    MENAIKKAN DAP HARAM

    APABILA DITELAN DUA2 BENDA UBAT..MANUSIA AKAN MATI.. MAKA HUKUMNYA HARAM.. TAKDA NAFI TAKDA NEHI ..SKRG YG.HAK LAWAN BATIL..

    YG BATIL BUKAN PAS..TP HATIMU SETELAH DTG PETUNJUK TP ENGGAN MENERIMA.!!

    BalasPadam