Isnin, 16 April 2012

AKTA PTPTN DIGUBAL OLEH ANWAR ? MAHATHIR `NYANYUK' RUPANYA......



Akta PTPTN 1997 Digubal Ketika Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak 
Menerajui Kementerian Pendidikan

16 April 2012

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.

Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.

Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.


NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN

14 ulasan:

  1. H?aai.....berapa berapa banyak lagi mau tipu rakyat wahai si Najib.

    Apala malang nasib Melaysia mendapat PM yg kaki penipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiru gambar beruk sebelah..Madey umngok...umngok...umngok..he he

      Padam
  2. dia lembik laaa...pokcik najib nih...jgn kan negara jadi presiden koperasi pun tak patut.

    BalasPadam
  3. Bagi aku memang BODOH la kalau tak sokong.
    Mahasiswa tuntut supaya kos pembelajaran free pun tak mahu? pinjaman PTPTN tak perlu dibayar pun tak mahu ke?
    Memang gila betui la UMNO ni.
    Memang SAMDUL beul la puak BENGAP ni.

    Habis la UMNO kali ni.
    Kebanyakkan mahasiswa akan tentang UMNO kerana tidak menuruti tuntutan ini.
    Ini memang PELURU besar utk umno dlm PRU-13 nanti

    BalasPadam
  4. Kepada semua adik-adik Mahasiswa yang tertindas dengan PTPTN ni , bangunlah semua jangan tidur lena lagi.Kezaliman umno dah terau amat amat sangat dah. Mari kita sama-sama angkat pemimpin yang boleh membela nasib kita...SELAIN DARIPADA UMNO.

    BalasPadam
  5. Hutang2 "angsa emas" di zaman TDM & si Najib bernilai beratus2 juta ringgit begitu mudah dihapuskan, kenapakah pula pinjaman PtPTN kepada pelajar2 ini tidak boleh dihapuskan.

    Penyonglap2 duit rakyat bernilai berbilion2 ringgit yg dilakukan oleh pemimpin2 BN begitu mudah di sorokkan, kenapakah pula pinjaman yg datang dari duit rakyat utk pelajar2 PTPTN yg hanya bernilai puluhan juta ini tidak dapat di beri secara percuma?

    Pembaziran duit rakyat berbilion2 ringgit yg dilakukan oleh pemimpin BN begitu mudah dibazirkan oleh mereka, kenapakah pula pinjaman PTPTN yg dipinjam oleh pelajar2 ini tidak boleh diberi secara percuma?

    Percayalah, mahasiswa/siswi akan memastikan dalam PRU nanti, UMNO/BN akan mendapat impak kekalahan yg besar jika tidak mahu memberi pelajaran percuma kepada pelajar2

    BalasPadam
  6. skrg anwar kat bawah ...masa dia dodok atas..kenapa anwar tak cancel je..DAH MELEPEK KAT BAWAH ...MULA NAK JADI 'LEBIH BAIK PTPTN XDA.'

    .. MASA TU CANTAS JE . AWAK DOK KAT ATAS...
    KUAT SUNGGUH HATI NAK JD PM..MCM KJ JUGAK..

    DLM mana2 negara xboleh pd satu masa ada 'DUA NK JADI PM' MAKA TUNGGU KEROSAKAN PD NEGARA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alangkah Ahli Parlimen Temerloh yang membuat kenyataan peribadi yang pro kpd pembangkang pun dikira pengkhianat. Dalam Umno mana boleh berbeza pendapat dgn ketua, terus dicop pembangkang yang seterusnya akan dicantas. DSAI kena cantas kerana dia pinda akta rasuah semasa memangku jawatan PM. Nak cantas dengan cara pemilihan umno, mahakutty tu akan kalah sb tu buat fitnah. Masa tu mane ada internet mcm skrg.

      Padam
  7. yg untungnya pakatan rakyat mesia xberapa ceredik
    mudah ditipu dgn keyakinan palsu


    besar nya majlis pkr !!

    la aku ingat majlis nak bg NAK MANSUH YURAN KOLEJ2 di Selangor dan ganu..

    buka kelentong latu tuan2..kita janji kita naik rm100 pd ibu tunggal..kepada rm??.....aaaaaa cuba teka hadirin sekalian ...berapa sy nak sebut ni....aaaaa. bukan 100 bukan 200. 400 ke..400 tak payah... 500. 600. 700, nanti2 sebelum tu kita akan bagi 50sen SETIAP ANAK SETIAP HARI DLM SETAHUN..CUBA tuan2 kali darab campur.. ini pada anak ibu tunggal..ibu tak tunggul xboleh lahhh


    oh ya 700 tak payah bayar..800 kecik sangat...yaaaa 900 tuan2 ... 9kali ganda tuan2.. dr yg sy janji 100.. 4 thn dulu..tuan2...masyAllah byk tu...itu belum duit ptptn yg sy akan bayar...anak2 tuan2 akan senang hati...kalau tak habis. belajar pun ..kita tak mintak balik..kita ada byk wang hahahhaa...

    nak lg.. spender tuan2 pun sy akan sponser tuan2.. siap ada tulis pakatan dap laknatullah (paspkr tiada kuasa mrk ke atas kapir babi..mk menaikkan mrk KEKAL HARAM ..tanya lah ulamak2 nik aziz pun tauu)

    BalasPadam
  8. hahaha...betapa bengapnyer lembu2 Umno berhujah di atas....tak sedar diri lagi dok kena kelentong oleh kak ijat dan family mereka....sian mereka baghal tak abis2....hihi

    BalasPadam
  9. Aku tak tau nak kata apa la gi lah pada orang2 yang tak mahu sokong desakan supaya kerajaan memberi pembelajaran percuma pada rakyatnya.

    Tu la orang kata...umno ni BODOH TAHAP LEMBU

    Orang nak offer yang baikpun mereka ni dah tak boleh terima.

    Sekarang orang dah dapat melihat, dimana kedudukan dan taraf pemimpin2 dan penyokong2 umno. Bukan nak membela rakyat tetapi, akan terus menindas rakyat. Sepatutnya pemimpin2 umno cuba kearah menyenangkan rakyat, tetapi apa lihat apa yang mereka buat.

    Bagi kami satu sahaja, ie. kalau orang koperat, boleh mereka hapuskan begitu sahaja pinjaman hutang berbilion2 ringgit mereka, kenapa mereka tak boleh buat utk rakyat. Berbagai alasan dicipta utk memperbodohkan rakyat supaya rakyat terus dibebani hutang pinjaman.

    Ayuh....
    Kita kuburkan UMNO/BN kali ini kerana mereka pemimpin2 umno telah secara terangan tidak mampu menangani permasalahn rakyat. Rakyat terus dibebani hutang

    BalasPadam
  10. ayah anwar,didedah madey kroni terkuat dlm senarai kroni... melopong anwar.. nk cantas madey konon.. siang2 kena cantas.. kalau duit2 ni semua buat bayar ptptn bagus juge.. apakan daya xmengaku...azmin pun xngaku...

    BalasPadam
  11. AKU HARAP ISA X DIMANSUHKAN...MUDAH SGT JADI ALAT PEMBANGKANG...

    TGK AUKU MUDAHNYE STUDENT JD ALAT PEMBNGKANG

    JGN MANSUH ISA NAJIBBB

    JGN JD PAKLAH..PUAK NI MANA RETI

    TANGGKAP JE MCM ZAMAN TDM...BIAR PENUH SKET PENJARA2 Tu. tambah kasi lama sket...lg bagus...

    xde baiknya mansuh isa tu..puak merusuh tetap merusuh.. yg demo tetap demo punya

    gerenti lah jika isa dimansuhkan ...merusuh mcm lembu la korang.. kat k.l plak tu..

    BalasPadam
  12. Kita kata PTPTN dilulus dan ditubuhkan ketika Anwar mempunyai kuasa yang besar dan PTPTN mula berkuatkuasa ketika Anwar mempunyai kuasa seorang PM ketika itu. Lihat di sini

    Pendedahan tersebut telah membuatkan mereka semua tersentak, lagi-lagi apabila Tun Dr M juga turut mengulas perkara tersebut. Seperti biasalah, apa-apa sahaja yang kena atas batang hidung mereka maka jalan harus dicari agar kesalahan diletakkan kepada Umno atau pemimpin-pemimpinnya.


    Ya betul....memang betul Najib yang bentangkan kerana itu terletak dibawah kementeriannya. Jadi, apa masalahnya. Dan sampai ke hari ini pun Najib masih lagi mempertahankan apa yang beliau bentang 15 tahun lampau.

    Kenapa hari ini bila tiada kuasa baru nak bantah dan nak mansuh

    Najib setakat mampu bentang sahaja. Yang nak tandatangan kelulusan penubuhan perbadanan adalah orang yang di Kementerian Kewangan.

    Kalau Anwar betul-betul tak setuju dengan PTPTN, dia sebagai bos Najib pada waktu itu panggil Najib dan bincang.

    Jib, I rasa kita tak boleh tubuh PTPTN ni. Kita patut bagi pendidikan percuma. Takpe, U tunggu dulu, nanti I minta Sukma Darmawan dan Munawar Anes tolong I fikirkan untuk beri pendidikan percuma kepada pelajar universiti. I sebagai Menteri Kewangan tahu duit kita ada banyak mana.

    Tak boleh ke nak buat begitu ? U bosssss maaaa....

    Nak seribu daya tak nak seribu dalih....

    Najib sebagai Menteri Pendidikan pada masa itu tahu bagaimana susahnya ibu bapa nak hantar anak-anak belajar kerana masalah kos yuran pembelajaran. Ada yang jual dan cagar tanah. Ada yang jual atau gadai barang kemas serta macam-macam lagi. Ada tanah yang tergadai terus kerana anak yang belajar gagal separuh jalan dan seribu satu masalah lain lagi.

    Memikir masalah yang dihadapi oleh ibu bapa maka Najib telah mengambil inisiatif sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk mencadangkan agar PTPTN ditubuhkan bagi menyediakan kemudahan pinjaman untuk mereka yang nak belajar. Maka ibu bapa pun tidak perlu risau lagi tanah-tanah mereka akan dicagar atau dijual untuk yuran pengajian anak-anak.

    Anwar jadi Menteri Pendidikan dari 1986-1990 apa yang dia buat ? Ada dia fikir pasal masalah ibu bapa yang kena gadai atau jual harta untuk anak-anak belajar ?

    Lepas jadi Menteri Pendidikan, jadi pula Menteri Kewangan tahun 1990-1998, kenapa tak fikir pada masa itu bagaimana kaedah untuk memberi pendidikan tinggi secara percuma kepada rakyat ?

    Jadi pula TPM dari 1993-1998 dan dalam masa yang sama Menteri Kewangan. Kuasa besar, duit negara berapa banyak dan dari mana sumber semuanya dalam pengetahuan dia. Kenapa tak fikir kaedah untuk beri pendidikan tinggi percuma ?

    Najib jadi Menteri Pendidikan sahaja, tapi otak dia boleh berfikir dan dia tahu beban rakyat maka dia cadangkan penubuhan PTPTN untuk mengatasi masalah.

    Anwar jadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan, TPM dan Pemangku PM, tak boleh nak fikir ke bagaimana untuk mengatasi beban kos pengajian tinggi ?

    Jangan kata Anwar tak tahu masalah pelajar. Dia sebagai seorang budak universiti dan aktivis pelajar, segala masalah yang dihadapi student semuanya dalam poket dia, termasuklah yuran pengajian sebagai masalah paling utama. Sepatutnya apabila dia masuk ke dalam kerajaan dan dia ada kuasa, itu yang perlu dia fikirkan dulu dan cari jalan penyelesaian.

    Tapi masa dia dah dalam kerajaan dan dah ada kuasa mana dia ingat lagi semua itu. Masa itu dia hanya ingat Rahim Ghouse, Nazree Abdullah, Kamaruddin Jaafar, Khalid Ahmad, Abrar, Malakoff , MRCB, Phileo Allied dan kroni-kroninya yang lain. Hari ini bila tiada kuasa baru nak berjanji dengan pelajar dan ibu bapa.

    Bila kita kata dia terlibat dalam penubuhan PTPTN dan dia juga bersetuju serta meluluskan, tiba-tiba dia pusing pergi kepada Najib pula sebagai tukang cadang dan tukang bentang. Lihat di sini

    BalasPadam