Rabu, 20 Jun 2012

MUHYIDDIN MENUNJUKKAN KEJAHILANNYA MERATA-RATA


  

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
MUHYIDDIN YASSIN selaku TPM terus tidak segan silu menipu rakyat.  Mungkin beliau kini kehabisan modal lagi untuk mengajak rakyat terus bersama parti korup yang bernama Umno.  Mungkin juga beliau mahu `cover' malunya apabila dihentam oleh DS Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang ini mengajak beliau bersama-sama dedahkan akaun atau kekayaan masing-masing.
 
Di Kuala Nerang, TPM berterusan menggunakan modal lapuk lagi usang untuk menyerang PR terutamanya PAS kerana di Kedah sekarang PAS mengetuai kerajaan.  Saya mahu menjawab hujah-hujah lapuk Muhyiddin itu kerana bagi saya hujah Muhyiddin terlalu `low class' untuk dijawab oleh pimpinan kita.
 
Beliau menyebut bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan sesiapa mengundi PAS mendapat pahala sedangkan sebelum ini Nik Aziz mendakwa sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga manakala mengundi Umno akan masuk neraka.  Jelas, Muhyiddin menipu apabila beliau mendakwa Tuan Guru Nik Aziz ada mendakwa `mengundi PAS masuk Syurga, mengundi Umno masuk Neraka".  Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz pernah mencabar pemimpin-pemimpin Umno termasuk para Mufti menunjukkan bukti bahawa beliau ada berkata sedemikian.
 
Apa yang sering disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah, menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dengan niat untuk menegakkan Islam itu berpahala, sebaliknya sesiapa yang menyokong mana-mana golongan yang menentang perjuangan Islam atau golongan yang memperjuangkan dasar kebangsaan semata-mata, dasar komunis atau apa jua dasar yang bertentangan dengan Islam akan mendapat dosa.  Apabila disebut pahala, Allah telah menjanjikan Syurga manakala jika disebut dosa Allah menjanjikan Neraka.  Ini bukan soal PAS atau Umno, tetapi soal hukum memperjuangkan Islam.  Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut jika Umno sanggup memperjuangkan Islam, PAS akan dibubarkan dan semua ahli PAS akan bersama Umno dan biarlah Umno memerintah negara ini sehingga kiamat.  
 
Mengapa begitu jahilnya Muhyiddin yang dikatakan bapanya seorang yang kuat agama ini? Memanglah urusan Syurga dan Neraka itu hak Allah, tetapi sebagai hambanya Allah perintahkan kita untuk menurut kehendak Islam.  Adakah jika kita menurut kehendak Islam, maka Allah tempatkan kita ke Neraka?  Contohnya mudah, Allah halalkan minum susu lembu dan Allah mengharamkan minum arak.  Jika kita minum arak juga, adakah Allah letakkan kita ke Syurga? 

Muhyiddin juga menunjukkan kejahilannya di dalam hukum terhadap rakyat yang menerima BR1M sebanyak RM 500 itu.  Katanya, apabila kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), PAS mengeluarkan fatwa ia adalah rasuah tetapi anggota (parti) mereka tetap mengambilnya.  Kalau rasuah janganlah terima, kata Muhyiddin.  PAS tidak pernah mengatakan penerima BR1M itu sebagai penerima rasuah, malahan PAS sentiasa menyeru rakyat agar mengambilnya.  
 
Apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai rasuah itu adalah jika si penerima BR1M itu mengambil wang berkenaan, dan dengan mendapat wang tersebut beliau sanggup mengikut kehendak si pemberi dengan menyokong Umno/Bn maka itulah rasuah namanya dan ianya tetap wang rasuah.  Sebaliknya, jika rakyat menerima wang berkenaan dan tidak berubah pendirian mereka, maka wang itu bukan rasuah dan wang itu memang hak mereka yang sepatutnya mereka terima.  Ertikata lain, pemberian wang atau projek atau bantuan sebanyak mana sekali pun selagi tidak mempengaruhi mereka, maka ianya bukan perbuatan rasuah.  Susah sangatkah Muhyiddin mahu menafsirkan erti rasuah ini?

Kata Muhyiddin lagi, Pakatan pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang merupakan janji-janji mereka jika berjaya menawan Putrajaya tetapi kalau diteliti, jika ia dilaksanakan, boleh menyebabkan negara muflis.  Hujah bengap dari Muhyiddin ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat yang berakal kecuali mereka yang bersekongkol dengan lembu-lembu kondo.  Muhyiddin patut sebut di bahagian manakah di dalam Buku Jingga yang boleh menjadikan negara ini bankrap?  Penurunan harga minyak?  Kemudahan wifi percuma?  Penghapusan Tol?  Beliau tidak berani sebut kerana jika beliau sebut menampakkan lagi kebebalannya.  Semua hujah Muhyiddin tersebut telah dijawab awal lagi oleh DS Anwar.  Sebab itulah DS Anwar berkali-kali mencabar Najib atau Muhyiddin untuk berdebat mengenai Buku Jingga.  
 
Masalahnya, pemimpin Umno tidak mampu untuk berhujah dengan DS Anwar kerana mereka tahu apa yang terkandung di dalam Buku Jingga itu releven dan boleh direalisasikan.  Cuma Umno sahaja tidak mampu melaksanakannya kerana Umno dan rasuah tidak boleh dipisahkan.  Tidak ada negara yang dasarnya membantu rakyat dan tidak rasuah boleh bankrap.  Apa yang selalu kita lihat negara menjadi bankrap apabila negara tidak dapat diurus dengan baik, telus dan amanah. Kita masih ingat, sewaktu awal-awal PR memerintah Selangor dengan memperkenalkan air percuma dan beberapa insentif lain untuk kebajikan rakyat Selangor, pemimpin Umno memberi amaran kerajaan di bawah Tan Sri Khalid itu hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja.  Sekarang terbukti, hampir sepenggal PR memerintah Selangor, usahkan bankrap malahan bertambah kantung simpanan Selangor melebihi 1 Bilion.  Sekali lagi Muhyiddin menunjukkan kecetekan beliau di dalam membicarakan soal ekonomi.
 
Kunci pertama untuk kita menilai samada pemimpin Umno ini ikhlas atau menipu rakyat amat mudah.  Pertama, kita lihat rekod 50 tahun lebih mereka mentadbir negeri atau negara ini.  Adakah kita semakin senang atau susah?  Adakah kita boleh mendabik dada mengatakan kita kini hidup di dalam kesenangan hanya kerana mendapat BR1M sebanyak RM500 dan pemberian RM15, 000 buat Peneroka Felda?  Kita jangan mengukur kesenangan hidup hanya dengan duit, itu pun setelah mereka memerintah lebih 50 tahun baru mereka mahu menghulur sebanyak itu.  Sudah berapa banyak wang rakyat lesap ditelan oleh mereka selama berpuluh tahun sebelum ini?  
 
Keduanya, jika pemimpin Umno ini benar-benar ikhlas dan jujur mereka pasti akan sanggup berdepan dengan cabaran DS Anwar untuk berdebat di dalam soal ekonomi negara.  Apa yang perlu mereka takutkan jika mereka benar?  Apa yang mereka mahu khuatirkan jika mereka tidak rasuah dan menyeleweng?  Kononnya DS Anwar akan bankrapkan negara, kononnya DS Anwar tidak boleh mengurus ekonomi negara, jika mereka ada hujah sedemikian alangkah baiknya jika mereka gunakan hujah-hujah mereka untuk menangkis Buku Jingga yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di dalam perdebatan.  Ketika itu, jika rakyat merasakan hujah pemimpin Umno itu betul maka sudah tentu rakyat tidak mempercayai janji-janji Pakatan Rakyat.  Tetapi, jika rakyat pula melihat bahawa terbukti Umno mengamalkan rasuah dan penyelewengan, maka sudah pasti rakyat akan menolak Umno.  Itulah sebenarnya yang amat ditakuti oleh Najib dan Muhyiddin.
 
Sehubungan itu, tiada sebab rakyat di Kedah, Selangor, P.Pinang, Kelantan dan Perak untuk menukar kerajaan yang mereka pilih pada Tahun 2008 yang lalu.  Bahkan, di negeri-negeri lain juga mereka telah melihat betapa jauh bezanya umpama langit dan bumi pemerintahan di bawah Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan (kecuali Perak yang telah dirampas oleh lanun) berbanding ketika berada di bawah Umno/Bn. Maka, tiada sebab untuk rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya kecuali mereka yang buta hati sahaja yang masih mengharapkan parti penuh rasuah ini untuk terus berkuasa./wfauzdin.blogspot.com 

19 ulasan:

  1. kinknet telahpun mengulas..didadapti ulasan beliau akhirnya mmg nik atau hadi memaksudkan sedemikian..

    sebelum ni nik telah berkras akn guna pndekatan yg sama hatta pru13 pun bila dtegur ulamak tmpatan...

    bila ulamak luar ngara mula bsuara.''hadi pun trima, nik azz trpsksa modify sket..tp jln tuju mainannya sama ..xkan byk pahala dr dosa msk neraka kot..

    hakikatnya..undi pas sekarang berat kpd haram,,,walau asalnya mungkin xharam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak faham, tak faham, usah mengarutlah jika kail panjang sejengkal, islam ditegakkan dengan hujah, setakat nak komen tak ilmu yang dapat kecuali sdra berikan hujah mengikut Al Quraan dan Hadis..silakan lah...

      Padam
    2. nak makan ubat tu, tapi kena makn racun sekali serentak..haram..

      nk makan lembu halal ..ada babi dlm ...keseluruhan haram ..takda nahi xda napi..

      Padam
  2. tapi perasuah confirm masuk neraka kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoi ko gila ke..anwar kalu rasuah masuk syurga...

      nik aziz terima haji free itu namanya hadiah masyuk syurga..
      sebab Allah yg menggerakkan hati org bg hadiah tu..

      passss parti agama....spin jgn tak spin..

      Padam
  3. Penulis cuba nak ulas...tapi menampakkan yg memang Nik Aziz maksudkan undi Pas masuk syurga..Undi UMNO, BN masuk neraka...apa punyer ulasan daa...buat penat ko tulis jer...nak spin tapi tak brapa cerdik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoi ko apa ni masuk rumah tak bg salam ni..ko tu ceredik sgt ke..

      Padam
  4. Penyokong UMNO tegar ni memang payah nak diajar. Kalau kita kata Bahan Najis (BN)tu busuk maka jangan gi dekat, dia orang ni takkan dengar saja! dia orang nak juga gi cium najis tu!!! Sebab tulah idea dan pendapat boddo pemimpin akan terus diterima bulat-bulat! Kelobang taiklah kau penyokong tegar UMNO

    BalasPadam
    Balasan
    1. org da kata babi tu haram..ko pergi makn lg buat apa..

      org dah kata pruralsima tu sesat, korang manatau..korang tunggu amant haji adi jugak..Ambiga tu agama apa pun xtahu..sokong gerakan peliwat, keluar islam pun dia sokong kuat...

      patut2 nya bg warning kat ambiga..aci mau sokong bersih ok..jgn negara islam sudah jatuh...lg mau angkat western fredom..no aci aaa.. Negara islam okkk... no western fredom aci aa..

      Padam
    2. Alasan parti yg dah nak sampai umur memang cam tu.. slalu meroyan tkut hilang kuasa... kah kah kah...ABU

      Padam
    3. aLa dap mmg la suka pakatan naik. ..
      Dpt jd TIMBALAN PERDANA MENTRI..!!


      TAK DPT NK BAYANG GIRANG NYA DAP.. LKS LGE DAN LKY... dan seluruh warga singapuraya..

      XSIA2...kerja2 memperbodohkan melayu pas..melayu pkr..berjaya akhirnya...

      TAK SANGKA SELEPAS BERPULUH THN WAJIB UNDI PAS.. TAK SANGKA JADI TERBALIK..

      Padam
  5. tahap bodo lembu Umno susah nk ajar. Terang2 DAP bgtahu tak terlintas nk jadi PM atau TPM, tapi lembu2 terus mahu sokong lembu kondo jugak...Bila Karpal baca perlembagaan yg sebut bukan Melayu boleh jadi PM, puak2 lembu meroyan pasal mereka fikir Perlembagaan tu DAP yg bikin. Hahahahaaaa...bodo sungguh..

    BalasPadam
  6. DAH TERANG TERANG...KAPAL SINK KATA BELIAU MAHU MELIHAT IMPIANNYA PM BUKAN MELAYU SELAGI BELIAU MASIH HIDUP .....

    DIA BARU JE KUAR STATEMENT

    BUKAN NYA 'OVER MY DEAD BODY UTK NEGARA ISLAM' YG DAH LAMA TU...

    UTK PENGETAHUAN ORG ISLAM PAKATAN YG BANGANG SUNGGUH BANGANG: APA YG UMNO SUDAH BUAT SUDAH TERLALU CUKUP ISLAM PD PANDANGAN MEREKA..''SUDAH OVER''
    DGN MCA/GERAKAN SBG MODERATOR..

    APA ''ISLAM'' LG YG PAS ATAU ABIM's (&JIM'S)PKR MAHUKAN????

    GERAKAN MCM MEMALI??

    PLAN NAK BUNUH DR MAHATHIR PASAL UMNO DA JATUH KAPIR?? KALAU LAH 'UMNO' PD PANDANGAN DAP DAH TERLALU ISLAM..

    BERAPA KAPIR DAP SEBENAR2NYA???

    APAKAH ADA MEMALI 2...PLAN NAK BUNUH LGE, LKS, KAPAL SINK, TIAN CUA DAN SEGALA INDIA KAPIR..PULAKKK!!!

    ingat... 14 keluarga DI MASUKKAN DLM KUBUR TANPA MANDI MAYAT...TANDA MENEGAKKAN ISLAM PAS lagi syahid lagi syurga tertinggi darjahnya..DGN BUNUH POLIS LG DPT SYAHID ..KALAU DAPAT BUNUH KAPIR DR.MAHATIR lagi lah POWER SYAHIDNYA kan...

    aku berkata benar

    BalasPadam
  7. orang orang pakatan komunis dah mampus..hahahaha

    BalasPadam
  8. orang orang pakatan komunis dah mampus..hahahaha

    BalasPadam
  9. hahahaha..apa masalahnyer kalau Karpal impikan PM atau TPM itu bukn Melayu? Impian hanya jadi kenyataan kalau undang2 benarkan dan dpt sokongan rakyat. Sekrg Perlembagaan tak sebut bkn Melayu tak boleh jd PM, betul? Siapa yg buat Perlembagaan? DAP ke atau PAS atau PKR? Dan, jika pun Perlembagaan benarkan bkn Melayu jadi PM/TPM, adakah lojik akan kami dlm PKR dan PAS yg berbangsa Melayu Islam akan sokong impian Karpal Singh itu? Lojik lagi, DAP hnya bertanding tidak lebih dari 47 ke 48 kerusi Parlimen je daripada 222 kerusi, kalau DAP menang semua sekalipun, mustahil DAP jadi PM. Jgn jadi bodo....main isu perkauman yg tak lojik dan tak masuk akal hnya takut Umno ghuyub......hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni baru rasa hidup..teori2 glamur awal2 80an...ko xtahu...

      :?cuba tgk kehenddk dong xong skrg

      >>iktiraf sijil pprksaan meereka yg dibuat seluruh donia...mrk jg mintak kerajaan bntu sklah swasta dia!

      mrk diam2 bersatu tahap donia... !! ni... still bunga2...kalu ko ni mlayu...ko bsyukur la..bn ni bn....kalu lain parti da lama ikut momentum korang main undi cina..

      apa jd kalu bn...ikut rentak anawar bodoh tahap bebal tu.!!$&^$#

      ..aku bg contoh sket ....''a aa memang semua pakai 'Allah',, kerajaan akn tolong gereja cetakkan bible versi Melayu tu.. krjaan jg sanggup membekalkan ke sekolah2 skali utk tujuan murni kebebasan beragama...'' amacam....fofularr tak bn di kalangan gereja semua...???

      kita tak boleh melacurkan agama lg...malah berlomba2 pulak tu...

      ''Anuar lak modify buku jingay dia..pr akn beri pndidikan percuma pd sekolah2 tinggi berijazah swasta...siap gereja2 pun akn dibina dlm skolah2....apa2 la..mudah sgt baca kepala org tua tu..rmbut steady hitam je...aku pun da ada ubannn...cilanat betul nafsu dia ni...


      lain2 ko pikir sendiri...

      Padam
  10. Satu penilaian yang bari saudara faudzin. Inilah realiti yang kita hadapi masa kini. Thumbs up untuk anda.

    BalasPadam
  11. dah kemaruk nak jadi PM

    BalasPadam