Khamis, 9 Ogos 2012

MENGAPA AKIL HAYY RESAH ARTIS RAMAI BERHIJRAH?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMBACA kenyataan Akil Hayy di SINI, jelas nampaknya Akil Hayy semakin jahil di dalam menilai bidang dakwah dan politik.  Mungkin beliau kini sudah glamour seperti artis-artis yang lain, maka penghijrahan artis kepada dunia politik terutamanya kepada PAS menjadikan Akil Hayy semakin dilupakan dalam perjuangan PAS.  Akil Hayy sudah setaraf dengan Amy Search, rakan kumpulan sezaman rock beliau dahulu.


Beliau menyebut, "Tidak salah sekiranya artis mahu menyokong Umno, PAS, PKR atau DAP".  Ayat itu sudah cukup buat kita ke mana perjuangan Akil Hayy sekarang.  Beliau memberikan contoh dirinya sendiri sewaktu mula-mula berada di pentas politik terutamanya PAS.  Benar, ketika itu kita tahu nilai Akil Hayy tidak semewah Akil Hayy sekarang.  

Akil Hayy menyebut juga, artis perlu mendalami dahulu bab agama sebelum berdakwah.  Kita mahu tanya Akil Hayy sehingga tahap mana ilmu yang patut kita ada sebelum kita diwajibkan berdakwah orang lain?  Sehingga ke tahap Tok Guru atau Ulamak?  Atau sehingga ke tahap beliau sekarang?  Adakah untuk menyedarkan orang ramai agar jangan melakukan maksiat perlu kepada ilmu yang tinggi setinggi Ulamak?  

Kita semua tahu, tiada artis yang diminta untuk mengajar ilmu khusus seperti Fekah, Tauhid atau Tafsir Al-Quran yang sememangnya memerlukan ilmu yang tinggi sebelum mengajar orang lain.  Artis yang telah berhijrah ini mereka hanya menyampaikan pengalaman mereka sewaktu di zaman kegelapan dahulu dan mereka ingin memberikan ingatan kepada orang ramai terutamanya golongan muda agar jangan lupa kepada agama.  Adakah untuk itu, artis-artis ini perlu menimba ilmu agama yang mendalam terlebih dahulu?

Kita masih ingat, Akil Hayy sendiri pernah memberitahu kita "sampaikanlah ilmu walaupun sepatah ayat".  Adakah untuk sepatah ayat ini perlu kepada pengajian pondok atau ijazah Al-Azhar terlebih dahulu?  Nampaknya Akil Hayy seolah-olah merasa malu apabila semakin ramai artis menjauhi dunia glamour dan mendekati perjuangan Islam, beliau pula mendekati dunia glamour.

Apabila Akil Hayy berkata, tidak kisah artis menyokong Umno atau mana-mana parti sekali pun sudah cukup jelas betapa hanyutnya Akil Hayy dibuai oleh dunia glamour.  Sebab itu jangan pelik ke mana hilangnya serban dan kopiah Akil Hayy.  Jika ditanya kepada beliau, nescaya Akil Hayy akan menjawan serban dan jubah tidak penting, yang penting hati......Itulah jawapan `standard' artis-artis yang hanyut di dunia glamour.../wfauzdin.blogspot.com

39 ulasan:

  1. Cerita mamt nie bolehlah kita rujuk cerita dua oarng hamba Allah yang mempunyai latar belakang hidup yang berbeza, satu sangat taqwa dan taat dengan perentah Allah yang satu lagi sebaliknya,nak dipendekkan cerita yang alim ini rasa nak tahu kemewahan hidup duniawi lalu dia pun mula mendekati kerjabuat yang selama ini tidak pernah dilakukannya, manakala hamba Allah yang selama ini bergelumang dengan maksiat bertekad hendak belajar membaiki diri dari kemaksiatan, apa telah terjadi ialah hamba yang 'alim telah mulai rasa kenikmatan duniawinya dan telah lupa ketaqwaan dan takutnya kepada Penciptanya maka kekallah dia dalam kesesatan, sebaliknya hambayang kufur pada asalnya telah memilih kembali kejalan yang benar, fikirlah Akhil Hai enta mungkin lebih 'alim dari ana. Wallah hu'ahlam

    BalasPadam
  2. Ada hok putih gebu mung tinggalkan ganti dengang hok hitang.........Kalau hero jangang cerai bini tuo...tamboh takpe.....

    BalasPadam
  3. dulu suka dia ni...tapi sekarang napak sangat tak ikhlas...

    BalasPadam
  4. aku dulu pon suka dia tapi sekarang tak dah....

    BalasPadam
  5. maksud dia..jangan jadi mcm abby abadi..masuk je PAS terus caci maki itu la ini la. masuk PAS bukan tiket utk mengeji orang dan bukan tiket untuk mengutuk orang. nak sedarkan orang lain pun agak2 la bukan dgn menghina dan mengeji dan memandang rendah. nak menyedarkan orang tak semestinya masuk PAS/PKR/UMNO!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam otak orang UMNO totok macam awak ni, bila orang/artis masuk PAS mula kutuk orang. Awak pernah ke dengar ceramah diaorang ni?? Kalau tak pernah jangan tembak suka hati.Sekali sekali buka hati awak datang dengar sendiri apa yang artis2 ni cakap dalam ceramah mereka.

      Padam
    2. Bro. bila pulok Abby caci maki orang, tak baik buat ftnah bulan ramadhan ni.......
      KALAU ADA TLG BAGI BUKTI, BUKAN APA KESIAN KAT bRO DAN aBBY.......

      Padam
    3. sila buktikan yg abby abadi mengutuk org bila masuk PAS....lg jgn buat fitnah klu tiada bukti..sila minta maaf pada beliau sblm beliau mengambil tindakan ke atas diri mu...

      Padam
    4. demer nie pandai2 jer nuduh.....ini confirm demer rujuk alkitabul utusania almalazia alkaki fitnatun....hihihihi...pi dengor sendiri ler.....rakam aper yg dia org kater....tlg jgn edit2....itu baru katakan bukti......hampeeehhh betullah penyokong UMNO/BN nie.....

      Padam
  6. Pernah pi ceramah dia kat Air Kuning, Perak..x sampai setengah jam aku pun blahhhh..ceramah tah apa.apa.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama 3:27pm..memang ko belah sbb tkde kutuk mengutuk mcm Abby buat.Jenis mcm korang mana sah kalu tk carut dn kafirkan org lain. Maksud Akil tu spti yg diterangkan oleh riki chu...tu pun mau spin ke....Kamu ni sumer mahkluk ader akal ke ???

      Padam
    2. Bro, kalau bro nak blahhh pun tak apa, tak ada orang nak paksa, sepatutnya kiata rasa syukur kalau ada orang yang berhijrah kearah kebaikan, ni macam ada bau-bau hancing lain macam jeeeee. kalau Abby nak balik asal macam si Amy tu, apa kita boleh buat, kita nak pukul dia? Tu bukan caranya, Amy dah besar, dia Allah bagi akal, dia boleh mikir , apa nak heran, tapi jangan kutuk dia dah lah, tak suka PAS nak buat macamana..

      Padam
  7. Sebelum terkenal tak siapa pun yg tahu ustaz rock ni hingga diwar-warkan oleh PAS dlm jelajah ceramah diseluruh negara. Tak siapa pun menawar berada dlm PAS tp kebetulan ketika iu perjuangan PAS semakin berkembang sehingga berada pada tahap ketika ini. Setelah itu ustaz rock ini semakin mencipta nama, diusung ke sana ke mari atas pentas PAS. Tapi kita kena ingat kalau tanpa ustaz rock ini PAS tetap bertambah maju dan sokongan meningkat bersama ketokohan kepimnan TGNA bersama barisan pemimpin dan keunggulan seorang pemimpin yg diuji dgn berbagai dugaan yang kadang kala tak terbayang oleh pemikiran kita. Pemimpin berkarisma itu ialah DS Anwar Ibrahim bersama pemimpin yg lahir dari jalanan yang kita tak terjangka kewibawaan mereka di dalam PKR. Jadi kita hendak tahu, siapa menumpang siapa sebenarnya? Rupanya benarlah kata bijak pandai bahawa manusia akan rebah jika diuji dengan kemewahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan ulasan ini.. sebenarnya akhil hay yang gunakan pas untuk kepentingan peribadi.. kalau tanpa pas, confirm orang tak kenal siapa dia.. dan jauh sekali la nak dapat wahida.. Allahummaqhfirlana walahu... :-).

      Padam
  8. ana setuju sangat dgn TANPA NAMA...mentang mentang jadi glamour kat Astro....program dia yg nama CUBAAN tu pun memualkan..ade ke tekeja sna tekeja sini interview org...rambut pulak siap rebonding....alahai ostaz...eeesh..nak panggil ustad pun tak lalu...sbb tak de akhlak cam ustaz....yg pelik tu. .tagline dia dlm prg IMAM MUDA? ?? ADA IMAM DI KALANGAN KITA.....dahtu ingat selama ni takde imam la....agak agakla sikit akhir hayaat....mengarutmu!

    BalasPadam
  9. PAS BERTINDAK SEPERTI KEPERLUAN BTRITISH MEMCIPTA PARTI ISLAM..pas..

    piliharaya pettama menyaksikan pas berkempen menentang Kemerdekaan..

    sapa yg tak tahu dasar 'pecah dan perintah british..'

    sampai berpuluh2 thn 'pas' men'jalan'kan fungsi british

    p/s:
    berita akhbar lama dlm black story 13mei seorang terorist dap telah menembak ketua polis negara samapi mati..
    tahniah diucapkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. blh tahan juga ko ya.Nk sebar kn fitnah.Klau DAP tu parti yg berkaitan dgn pengganas,dh lama di haram kn.Bro,Ketua Polis Perak juga mati di tembak,tp dia Cina bro Khoo Chong Kong nama ny.Klau umur bru setahun jagung usah nk kelentong hal sejarah negara dgn org lama le.

      Padam
    2. bukan klentong bro..kisah benar..mcm memali juga.. 3 org polis dibunuh pejuang negara islam pas...

      Padam
    3. peristiwa memali.....kena ingat juga berapa ramai orang awam kena bunuh??? cuba ko semak balik sejarah, atas sebab apa polis ketika itu cuba menangkap diorang atas kes apa? semua fitnah bro....

      Padam
  10. klu mula hebat ngan jubah dan serban putih ...lepas tu dan tukar dgn songkok hitam.....apa haei plak ni.....bukan nak mengata cuma m,cm satu kebetulan.....masa hati tu putih suka hok putih......masa hati dah hitam suka pulak hok hitam.....mcm dlm drama kat TV le pulok

    BalasPadam
  11. statement ustaza shitah, kazim, akil..awat hangpa nih..dh pakat2 ka. Ingat skit rezeki tu hak Allah.
    Teringat aku d masjid subang tahun 98. Bukan main lg hang kutuk Amuk, Mantera yer huhuhu. X de sapa pon suruh hang buat lagu tuhh..tetiba dlm mstar hang kutuk PAS haaa.

    BalasPadam
  12. OOOOO,,,budak ni,,,Aklahai nampak gaya macam mata duitan jugak,,

    BalasPadam
  13. dah lama mamat ni lain mcm sejak jd artis semula.dulu bukan main lagi hentam umno kau2!!lepas tu nk salah kan kononnya ada satu parti ambik kesempatan atas dia,boleh jalanlanlah ooooooiiiiiiii......................

    BalasPadam
  14. Dulu aku respek dia ni...Tapi lepas dia kantoi gi menonton wayang ngan Wahida...aku dah tak respek dah..

    BalasPadam
  15. sabar bro...aku tetap berharap akil hayy masih bersama pakatan rakyat..

    BalasPadam
  16. kahak..petuihhh...11 Ogos 2012 pada 2:03 PG

    dah fitrah manusia...bila dah senang lupa diri...dapat si dara tinggalkan bini...dah pakai songkok...serban simpan dlm almari... akan di pakai bila dah tak glamour lagiii......kehhhh...kehhh...kehhh....

    BalasPadam
  17. akhil hayy benggong

    BalasPadam
  18. huhuhu.. ustaz ni sebab tak pandai kawal nafsu pada perempuan akhirnya terpalit dengan fitnah sampai la walau perempuan tu dah jadi bini... ramai orang tak suka lagi dia... sebab tu dia hangin kot... hehehe.... baik bini pertama dari bini yang la ni.. buat orang menyampah je .... sebaiknya Pak ustaz... duduk diam-diam... jangan nak cerita politik ya kalau nak kembali popular...

    BalasPadam
  19. Artis-artis muda yang belum berhijrah jika nak cari makan... lebih baik senyap je.... buat bodo dalam politik. Sebab kalau kau orang silap cakap dan kutuk Pakatan Rakyat secara automatik kamu sudah hilang sebahagian dari peminat. Biarlah artis-artis tua yang tak laku sokong UMNO sebab mereka cuma cuba menggunakan talian hayat untuk terus dikenali untuk seketika.

    Artis-artis yang berhijrah, memanglah dah nak luput tarikh... namun tarikan baru mereka ialah peminat ingin mengetahui bagaimana mereka boleh berubah.... apa harapan terhadap Islam.... apa perasaan mereka selepas mendapat petunjuk... apa mereka kehendaki dari PAS. Lagipun mereka bukan boleh buat persembahan pun bila berada di pentas PAS, adalah sikit-sikit kot tapi taklah sampai peringkat lagha.

    BalasPadam
  20. Ingatkan si Akhil ni makin tinggi serbannya.....tapi...makin hilang nampaknya.

    Orang manuju kehadapan....si Akhil ni berundur kebelakang rupanya...

    Nampak sangat diri tu dah terbalik....HANCUS

    BalasPadam
  21. Sebijik macam hassan akidah...entah apa2....bercakap sembarangan ,,pakai bantai je asalkan boleh,,,ilmu talam 2 muka cari rezeki, memang tak akan berkat

    BalasPadam
  22. aku rasa cam tu..

    KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

    Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

    "Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

    "Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

    BalasPadam
  23. paspispus jgnlah nk menegakkan bng yg basah....

    BalasPadam
  24. setakat nak guna ugama untuk cari makan..x da beza dgn langau UMNO yg suka hinggap waima kalau taiik yg busuk..asalkan dapat cari rezeki untuk anak dan isteri...begitulah jijik & hina nya hidup apabila bersangkutan dgn umno.

    BalasPadam
  25. Orang lain makin ke depan, dia makin ke belakang

    BalasPadam
  26. Ya AlLah Ya Rahman Ya Rahim yang mencipta hati & yang boleh membalik-balikkan hati, teguhkan hati-hati kami dalam agama-MU & ketaatan hanya kepada-MU.Ya AlLah perlihatkanlah kepada kami kebenaran itu nampak kebenarannya & berilah kekuatan untuk kami mengikutinya, perlihatkanlah kepada kami kebatilan itu nampak batil & berilah kami kekuatan untuk menghindari. janganlah diterbalikkan hati kami setelah mendapat hidayah. amin ya rabb

    BalasPadam
  27. kalau beginilh caranya pemikiran akil hayy...amatlh merugikan. kembalilah kepangkal jalan sementara masa masih ada dan masih ada kesempatan itu. usahlah berselindung dan bersandiwara dengan kemanisan dunia yg bercampur baur maksiat ini yg hanya bersifat sementara dan akhiratlh tempat abadi. jadi letakanlh ISLAM diTempat yg TERTINGGI diHATI juga dalam KEHIDUPAN ini

    BalasPadam
  28. Astaghfurullah , kenapa jadi macam tu akil. Ingatkan Allah. Jangan kau kembali ke jalan yang sesat dan menyesatkan. Kau jadi begitu kerana kau tak ikhlas semasa kau bercermah dulu. Kau telah bertranformasi dari cahaya kearah kegelapan. Bukan dari kegelapan kepada cahaya. Ingatlah sesungguhnya Allah membawa kalian dari kegelapan kepada cahaya dan Syaithan membawa kalian dari cahaya kepada kegelapan. Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan.

    BalasPadam