Khamis, 22 November 2012

CHEGU BARD 'LARI' TINGGALKAN REMBAU? SIAPA LARI TINGGALKAN PENANTI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA aku menulis tentang Parlimen Nibong Tebal yang mana semua tahu siapa yang 'memulihkan semangat' penyokong-penyokong PR terutamanya KEADILAN di kawasan tersebut sejurus MP nya menjadi katak, ada komen dari sahabat yang mengatakan aku penyokong setia Chegu Bard.  Sebabnya, aku menulis tentang mengapa Dr Mansor diumumkan di Parlimen tersebut bukannya Chegu Bard.

Walaupun aku sudah nyatakan, aku memang menyokong perjuangan Chegu Bard tetapi aku bukannya musuh kepada yang lain.  Aku pernah bersama aktiviti SAMM walaupun aku bukan ahli berdaftar SAMM, aku juga turut meraikan program MAP satu lagi NGO di bawah Sdr Mustafa Kamil Ayub sewaktu penubuhan MAP di Pahang, begitu juga aku turut bersama Jingga 13, malahan satu pentas berceramah dengan Pengerusinya, Sdr Fariz Musa.  Apatah lagi, aku menyokong kuat AMK yang merupakan sayap kepada KEADILAN. Apa jua kumpulan yang mensasarkan Umno/Bn sebagai musuh, aku pasti ingin bersamanya.

Isu di Nibong Tebal bukan isu Chegu Bard tidak terpilih.  Kalau pun Chegu Bard dirasakan tidak layak di situ, aku cuma ingin bertanya adakah benar Dr Mansor layak di situ?  Aku tabik Chegu Bard kerana sehingga kini beliau terus bekerja di merata tempat.  Komen dari sahabat aku yang menyebut mengapa Chegu Bard 'lari' tinggalkan Rembau kononnya ingin mencari tempat selamat bagi aku itu merupakan satu komen yang 'nakal'.  Cuba tanya Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar sendiri adakah beliau selama-lamanya bertanding di tempatnya di Melaka?  Adakah Sdr Shamsul Iskandar boleh kita anggap 'lari' ke tempat selamat?  Dan, benarkah beliau sememangnya selamat setelah 'lari' dari Melaka?  Aku tidak kata Sdr Shamsul Iskandar 'lari', tetapi di dalam strategi politik ada ketikanya perlu berbuat demikian.  Mungkin juga boleh dikatakan Dr Mansor 'lari' tinggalkan Penanti?  YB Azan juga 'lari' tinggalkan Indera Mahkota? 

Sahabat aku juga menyebut bahawa Chegu Bard ini jenis yang suka memberontak di dalam parti.  Kononnya tidak menghormati orang lama di dalam parti.  Malangnya, tiada satu bukti pun sahabat aku ini tampilkan untuk menunjukkan bahawa Chegu Bard ini pemberontak di dalam parti, jauh sekali tidak menghormati orang lama.  Siapa 'orang lama' itu?  Kalau diminta bukti mengapa di dalam beberapa isu Chegu Bard dilihat terlalu 'vokal' mengkritik, ada asasnya.  Mungkin YB Saifuddin Nasution selaku Setiausaha Agong KEADILAN sendiri amat memahami mengapa Chegu Bard bersikap sedemikian.

Chegu Bard sekarang bukan sahaja menghadapi musuh sebenar iaitu Umno/Bn, tetapi beliau turut menghadapi musuh peribadinya.  Berbagai-bagai cara musuh peribadi beliau lakukan untuk menyingkirkan Chegu Bard dari perhatian umum sehingga ke tahap mencipta FB palsu agar Penyelaras SAMM ini ditekan dan disiasat oleh pihak berkuasa.  Di dalam FB, berbagai-bagai tuduhan dan sindiran telah mereka lakukan hanya kerana hasad dan dengki terhadap ketokohan anak muda ini.  

Ini bukan ahli Umno yang menyindir Chegu Bard...Ini kerja siapa?
Apabila Chegu Bard mentarbiyyahkan anak-anak buahnya dengan peristiwa Khalid Al Walid yang telah diuji di dalam perjuangannya, itu pun dipersendakan oleh kumpulan hasad dengki ini.  Mereka kini lupa musuh sebenar mereka hanya kerana perasaan dendam, hasad dan dengki yang tidak berkesudahan walaupun cita-cita mereka untuk melihat Chegu Bard tidak berada di saf hadapan parti sebenarnya telah berjaya.  Tapi mereka lupa, Chegu Bard tidak perlu berada di saf hadapan hanya kerana untuk menghancurkan Umno/Bn.  Anak-anak muda dan rakyat kini boleh menilai siapa yang bekerja bersungguh-sungguh untuk menghancurkan Umno/Bn dan siapa yang bekerja siang dan malam untuk menjatuhkan sesama sendiri demi kepentingan diri.


2 ulasan:

  1. Mungkinkah musuh utama Chegu Bard ialah DSAI sendiri? Aku harap PAS dapat menawarkan kerusi untuk Cikgu Bard bertanding. Susah nak cari pejuang kental dan fokus macam Chegu Bard, Setakat ni, semua ketua pemuda dalam parti PR/BN kalah di tangan Cikgu Bard samada dari segi gerak kerja mahupun berpidato!

    BalasPadam
  2. kalaulah hendak menilai permata dan kaca chegu bard adalah permata tulin sang musuh beliau adalah kilaun palsu.chegu bard memang berani serta tegas pendirianya,rajin, bersunggoh sunggoh melaksanakan apa saja yang dipikulnya.kalaulah chegu bard dipinggirkan dalam pkr,kami berharap chegu bard tidak melatah.akan tetapi mengorak langkah kearah perjuangan islam,inshaallah kami bersama chegu bard didalam menegakkan keadilan bebas rasuah.sebagai permata campaklah kemana pun akan tetap nilainya permata jugak.

    BalasPadam